22 NOVEMBER 2022 lahir satu lagi jam pintar keluaran Huawei iaitu HUAWEI WATCH GT 3 SE yang boleh didapati di Kedai Dalam Talian Rasmi HUAWEI dan Kedai Pengalaman HUAWEI dengan hanya RM899. Sayangnya rebat RM200 dah tamat. Kalau tidak boleh la mommy cuba jam pintar terkini Huawei.
Tahun 2022, kebanyakan orang ada jam tangan pintar. Banyak dah jam tangan pintar di pasaran dengan pelbagai fungsi dan jenama. Mommyirra sendiri dah cuba beberapa jenama jam tangan pintar.
Teknologi makin lama akan makin canggih, maka tak perlu meragui kecanggihan HUAWEI WATCH GT 3 SE yang merangkumi keperluan penjelajah bandar, peminat sukan dan kecergasan, dan individu yang berfokuskan kesihatan. Gabungan fesyen dan fungsi, HUAWEI WATCH GT 3 SE membolehkan pengguna bergerak ringan dengan reka bentuk yang ringan dan pemakaian yang selesa.
10 SEBAB PILIH HUAWEI WATCH GT 3 SE
1. Skrin yang jelas
Semestinya dengan pilihan jam tangan pintar ini nampak lebih bergaya dengan reka bentuk antara muka baharu pada paparan warna AMOLED 1.43 inci. Paparan warna definisi tinggi jam tangan menggunakan resolusi definisi tinggi 466 x 466 dengan 326 PPI, membolehkan warna pada skrin nampak lebih jelas.
2. Ringan
Lebih menarik HUAWEI WATCH GT 3 SE hanya mempunyai berat 35.6g (tanpa tali) dan ketebalan keseluruhan hanya 11mm (badan jam tangan).
3. Pilihan warna
Jam tangan ini didatangkan dalam dua warna, hitam dan hijau, dengan pelbagai pilihan muka jam tangan.
4. Cipta wajah jam tangan sendiri
Lebih unik, wajah jam tangan boleh dicipta dengan menggunakan foto OOTD dan Mod Potret.
5. Caj 2 minggu sekali
HUAWEI WATCH GT 3 SE menyediakan penggunaan berterusan selama dua minggu sebelum perlu dicaj.
6. Rintangan air
HUAWEI WATCH GT 3 SE menyokong rintangan air 5ATM yang memenuhi standard ISO 22810:2010, membolehkan ia beroperasi pada kedalaman sehingga 50 meter selama 10 minit.
7. Good choice untuk yang suka bersenam
Buat peminat senaman, HUAWEI WATCH GT 3 SE menyediakan lebih daripada 100+ mod sukan, pelan larian pintar dan juga algoritma TruSport™ Huawei yang dibangunkan sendiri yang memberikan penilaian dan cadangan sukan berwawasan berdasarkan pelbagai data berjalan.
Pembantu kesihatan yang sempurna untuk melindungi kesihatan dengan HUAWEI TruSleep™ 3.0
8. Pembantu kesihatan
HUAWEI WATCH GT 3 SE menyokong pemantauan kesihatan menyeluruh yang mengesan kadar denyutan jantung, tidur, SpO2, tekanan dan kitaran haid.
9. Jejak tidur
HUAWEI TruSleep™ 3.0 boleh memantau tidur termasuk tidur ringan, tidur nyenyak, REM dan terjaga. Ia menyokong rakaman perbualan tidur dan penjejakan berdengkur untuk memberikan pandangan berguna kepada pengguna mengenai tabiat tidur.
10. App hidup sihat
Untuk membantu pengguna mengekalkan gaya hidup sihat, HUAWEI Health App menyediakan banyak peringatan peribadi mengenai cabaran Hidup Sihat, pengambilan air harian, peringatan ubat-ubatan dan banyak lagi untuk memastikan pengguna kekal berada di landasan yang betul.
HUAWEI WATCH GT 3 SE ialah pembantu peribadi yang berguna untuk pengalaman pintar
HUAWEI WATCH GT 3 SE menyediakan pengalaman pintar yang lebih mudah. Sama ada menjawab panggilan telefon, carian maklumat, penjejakan kecergasan dan banyak lagi, pengguna akan dapat melakukan semuanya dari pergelangan tangan sahaja.
HUAWEI WATCH GT 3 SE menawarkan ciri-ciri berguna untuk pelbagai senario. Bagi pengguna yang ingin melancong, jam tangan ini menawarkan Map Navigation, fungsi penting bagi sesiapa sahaja di kawasan yang tidak dikenali.
Dalam bidang permainan dan hiburan, ia menyokong Radio MyTuner, Infinity Loop, Muzik eSound dan banyak lagi. Dan untuk meningkatkan kecekapan dan kesihatan, ia menyediakan TickTick Focus To-Do, Senaman Rumah dan banyak lagi.
HUAWEI WATCH GT 3 SE menyokong ciri pembantu suara pintar seperti muzik, senaman dan kawalan suara untuk menetapkan penggera.
HUAWEI WATCH GT 3 SE serasi dengan telefon pintar Android dan iOS untuk sokongan ciri yang menyediakan pengguna menggunakan pembantu peribadi terbaik.
Bila dah senaraikan segala kebaikan HUAWEI WATCH GT 3 SE, marilah kita menabung. Hahaha part paling best yang mommyirra suka adalah rintangan air tu. Tak perlu buka jam tangan ni.
Untuk maklumat lanjut mengenai HUAWEI WATCH GT 3 SE, sila layari Laman Web Rasmi HUAWEI, laman Facebook Rasmi HUAWEI atau Instagram untuk maklumat terkini.
Nice post thank you Daniel
ReplyDelete