Mommy pernah banyak kali pengsan sebab sakit perut nak membuang. Senang cerita nak berak la. Malu apa kan. Semua orang berak. Tapi tak normal kalau berak sampai sakit. Apatah lagi sampai pengsan. 

Kali pertama mommy pengsan nak berak 22.10.2015 https://www.irrayyan.com/2015/10/mommy-pengsan-dalam-toilet.html

Kali kedua mommy pengsan nak berak juga pada 11.6.2016

Selain sakit perut, rasa loya nak muntah. Bila fikir semula, bau busuk akan buat rasa nak muntah. Bila tak bernafas, oksigen kurang jadi cepat pitam. 

Lepas 2x kejadian pengsan, mommy taknak pengsan lagi. Bila sakit lagi mommy akan buat beberapa perkara ni:-

1. Sapu biobax satu badan. Keadaan berangin akan buat mommy dalam keadaan sedar
2. Pastikan jamban wangi. Jadi mommy bernafas macam biasa. 
3. Sebab nak pitam tu mommy ketuk kepala kat dinding sampai sakit dan rasa sedar. Lepas perut lega, kepala pula sakit kesan hentakan😅. Kalau pengsan, terhantuk kuat lagi sampai benjol kan. 


Jadinya lama la mommy tak pitam dah bila sakit perut sehingga lah beberapa hari lepas  26.6.2022. Mommy pitam lagi. Kali ni berlaku sangat pantas..

Mommy sakit perut. Lari cari biobax kemudian masuk jamban. Ketuk kepala 2x rasa nak "hilang" dah. Mommy jerit panggil daddy. 

"Daddyyy..daddyyyy", daddy tak respon lagi. Daddy kat dalam bilik ready nak tidur.
"Daddyyyyy, i sakittttttt", ni jerit sekuat hati. 
"Kenapa? Kenapa?"
"Sakittttt"
"Sapu biobax kat belakang. Kepala.". Tu je ayat last aku ingat. Lepas tu aku dengar laki aku panggil² aku sambil gosok² badan aku.

Masa tu aku dengar laki aku kata nanti kita jumpa doktor. 

Selama ni kalau aku sakit, laki aku tak pernah tengok aku depan depan. Sebab kali ni aku sakit sangat dan benda jadi cepat sangat. Kalau daddy lambat, aku pitam dan jatuh lagi.

Laki aku kata bibir aku biru. Tangan kejang. Mata terbeliak ke atas. Macam orang sawan cuma takde buih je.

Gambar google. Pinjam sat eh google.

Korang imagine aku kat atas jamban tu😅 Ya la aku nak berak kan. Takkan aku nak berak kat atas tilam macam Amber pula. Tangan aku kejang macam gambar orang atas tu. Tapi aku macam tak percaya laki aku cakap sebab dia gelak gelak. Dia cakap pon esoknya masa breakfast. 

Dia kata dia risau tengok tangan aku merengkot tu. Boleh jadi normal balik ke. Lepas aku dah sedar tu aku ok je. 

Haa, aku ingat sejarah aku sakit sampai pengsan ni pon sebab aku ada tulis dalam blog. Kalau tidak aku takkan ingat😅 Tua dah wei nak ingat banyak benda. Hahahaa macam tua sangat...tak tak tak sebab badan penat, malas nak fikir dan sakitkan otak🤭

Aku bincang dengan laki aku. Eh tiba tiba aku pula eh.. kita g private ja la. Kalau nak g pakar government ni, banyak kerjaan. Mula mula kena g klinik panel minta doktor tolong buatkan surat refer ke pakar. G pula pakar, pertama kali ambil tarikh temujanji je. Entah bila lah tarikh untuk temujanji pertama tu. Bergantung kepada kekosongan. Nanti hari temujanji entah berapa lama nak tunggu. Baru cakap macam ni rasa penat. Laki aku kata ok.

Next, aku whatsapp abang sepupu pakar bedah umum kat johor. Minta abang suggestkan doktor pakar yang dia kenal. Bila dah tau nak cari siapa, aku terus call je la. Doktor Pakar Bedah Usus di MSU Medical Centre. 

Aku call hospital tanya macam mana nak buat temujanji. Berapa anggaran kos. Alhamdulillah semua dipermudahkan. Pagi 29.6.2022 aku call, buat temujanji 2.30 petang hari yang sama.

Neves juga weh walaupon aku ok je. Haa nak cerita lagi. Aku sakit perut hari Ahad. Hari isnin aku jatuh sebab tersadung kaki. Jatuh atas pasu. Dada aku la hempap pasu. Sakit gila dada aku. Jari ada luka sikit. Tapi kalau aku duduk diam, dada aku lagi sakit. Jadi aku buat je kerja macam biasa. Bila badan penat tak lah rasa sakit sangat dada. 

Hari selasa pula aku nak tutup pintu, aku tarik kuat pintu tak tutup, tapi tangan aku yang sakit. Sampai sekarang tak selesa tangan aku ni. Nak genggam sakit. Tapi macam biasa lah aku masih buat kerja macam biasa. Kalau dah sakit, pasti ambil masa lama nak baik. 

Tengok haa aku sakit 3 hari berturut. 
Ahad sakit perut
Isnin sakit dada
Selasa sakit tapak tangan

Rabu aku jumpa doktor pakar bedah usus. Doktor pon pelik la sakit aku ni. Tak pernah jumpa sakit macam ni. Jadi solution doktor kita suluh dengan kamera dulu tengok keadaan kat dalam. Kalau tak nampak apa apa kita buat MRI pula. 

Msu pakar bedah usus
Ni ubat aku dapat tu..makan sehari sebelum nak buat colonoscopy


Doktor bagi siap siap ubat aku kena minum sebelum nak masuk kamera tu. Nama sains dia colonoscopy. 

Kos aku untuk jumpa doktor;
Ubat rm40.20
Registration fees rm5
Consultation rm94.50
Total 139.70

Nanti nak buat colonoscopy rm1899. Aku rasa nak kena jual pokok keladi aku tu😂 Ada yang nak beli tak?😅

Aku harap dapat jumpa punca aku sakit bertahun ni. Walaupon aku sebenarnya takut tapi lagu mana pon aku kena hadap juga. Nak terus hadap sakit perut sampai pitam tu pon letih juga. Moga semua baik baik saja. 
Lately ni mommy rasa emosi mommy tak stabil. Cepat marah. Cepat angkat tangan kat anak. Cepat juga sedar yang mommy dah beremosi berlebihan. Cepat motivasi diri sendiri sebelum berlarutan.


Nak lari dari masalah memang tak boleh la. Tapi mommy cuba "lari" dari situasi. Macam hari ni lari ke kedai. Kahkah..tetappp bawa dua ketul tu.. nak tinggal mana lagi dah..


Makan. Hmm bising la gumuk. Tapi tetap cari makan bila stress..


Cik ida belanja ayra aara makan nasi lemak. Hurmm ni penuh nasi atas lantai. 


Jadinya hilang tak stress mommy? Berkurang lah kan. Kat kedai makan pon depa buat hal juga..sabaq ja la tokey kedai dan pekerja ya .

Boleh lah kan stress je makan. Kalau stress tak makan, nanti sakit. Banyak lagi penyakit.

Stress ni mana mana pon ada. Kita ja kena pandai handle stress.