ZIKIR SUBHANALLAH WABIHAMDIHI BANTU CARI BARANG HILANG | Kunci rumah dihilangkan oleh anakku, Adam 10 tahun. Mommy bagi kunci spare. Letak ditali dan gantung di leher Adam. Adam taknak ikut mommy daddy keluar sebab nak main dengan kawan-kawan. Tapi masa tu masih awal. Mommy bagi lah kunci. Supaya kunci tu tak hilang, mommy siap letak tali panjang pada kunci tersebut.
Malang tak berbau. Benda yang taknak itu terjadi. Padahal mommy daddy tak keluar lama pon. Kenapa ye boleh lupa minta kunci setelah tiba di rumah? Adam pon tak balik hantar kunci. Bila difikir banyak, benda dah jadi. Sekarang kena cari sampai jumpa.
Pukul7 malam baru sedar kunci spare pada Adam tak ada. Daddy tanya Adam kunci mana. Baru dia gelabah mencari kunci. Daddy tanya awak letak kunci kat mana. Dia jawab sini(padang).
Mommy tanya pula awak gantung tak kunci tu? Adam jawab gantung. Makna kata Adam sendiri tak tahu kunci jatuh kat mana. Dan yang pasti Adam main kat padang. Punya besar padang. Nak mencari kunci di malam hari. Serabutnya la hai.
Mommy balik rumah ambil handphone. Buat suluh cari kunci. Bayangkan padang bola yang besar tu. Berjalan hujung padang ke hujung padang kawasan yang Adam bermain petang tu. Sampai lenguh lah kaki mommy. Tapi tak jumpa kunci. Mulut pon tak berhenti membebel kat dia. Masa ni bukan masa nak marah dia. Tapi takkan tak marah? Geramnya la hai. Sebab kau nak main dengan kawan, mommy daddy tinggalkan dia. Hmmm mommy pun salah. Kenapa bagi kunci tu? Arghhhhh...
Kau bayangkan kalau kunci tu dapat kat orang, orang boleh buka pintu rumah semasa orang tiada. Masa orang ada, InsyaAllah tak ada apa-apa. Sebabnya pintu keselamatan ni tak boleh dibuka jika dah ada kunci samada dari dalam atau luar. Masa mommy ada kat rumah, selamat la orang takleh cuba buka. Tapi....itu yang buat sesak dada memikir..
Daddy pon malas nak cari dah, daddy masuk. Mommy pon ikut masuk. Daddy kata "esok tak payah sekolah, pagi pagi cari kunci".
Malam hujan lebat. Selebat lebatnya. Selalu bila hujan mommy risaukan pokok dia. Tapi semalam hujan, mommy risaukan kunci rumah tu kat mana. Risau nak tinggal rumah. Risau nak balik kampung macam mana? Jauh sampai ke situ memikir.
Daddy tempik juga Adam tapi masih cool lah. Adam pon relax je. Diam je. Sebagai denda malam tu daddy tak bagi Adam main handphone.
Bangun pagi, daddy kejut Adam bangun bersiap ke sekolah. Semalam hujan, pagi ni padang basah. Nanti balik sekolah baru cari kunci.
Daddy relax sungguh nampak. Mommy susah hati tak habis lagi. Mommy ajak Anis ke padang seusai kereta daddy hilang dari pandangan. Anis sekolah petang hari ni.
Sambil tu mommy ada whatsapp kawan mommy ni. Beberapa hari lepas ada ahli group share doa jika ada barang hilang. Jadi mommy cari semula doa tu. Eh zikir sebenarnya.
Bermula hujung padang ke hujung padang mommy mencari sambil berzikir. Subhanallah wabihamdihi. Padang basah. Becak. Redah juga lah.
Kunci diletakkan pada tali. Gantung di leher. Masakan boleh hilang? Aku juga lah yang salah. Aku yang nak bagi dia kunci. Aku juga lah yang letak tali kaler hitam. Haa dah semua kayu warna hitam. Semalam gelap gelita, apa tak nampak. Hari ni dah cerah tak jumpa juga.
Anis cari sana, mommy cari sini. Dari satu kawasan ke satu kawasan.
Jiran tegur. Cari apa tu? Cari kunci rumah.
Jiran pon round juga la mencari dan memberikan idea;-
1. Letak tali..jadi kawasan dah cari tak ulang banyak kali
2. Petang nanti minta budak² di padang carikan
Mommy dah frust 15 minit dah jalan tak jumpa. Tapi memikirkan keselamatan nak meninggalkan rumah apabila kunci spare tu ada pada orang lain. Mommy pusing semula ke tengah padang. Allahuakbar. Akhirnya jumpa kunci.
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Allah permudahkan urusanku. Subhanallah. Subhanallah. Allahuakbar. Allahuakbar.
Pengajaran lepas ni tak boleh dah bagi anak kunci. Adam pon lepas ni ikut je la ke mana mommy daddy pergi. Rasa luruh berguguran jantung mommy dari malam tadi. Sekarang dah kutip semula.
InsyaAllah akan amalkan zikir tu..walaupon tak ada barang hilang. Terima kasih Allah.
0 comments:
Post a Comment