Pandemik covid-19 yang melanda dunia menyebab pergerakan kita terbatas. Jiwa meronta nak melihat dunia tapi tidak boleh. Namun sekiranya mendapat izin, mommyirra dah rancang nak bawa anak-anak rentas negeri bercuti ke Melaka.
Lama benar rasanya kami tak bercuti. Senang kata lama benar kami tak tidur di hotel. Tidur di hotel merupakan wishlist anak-anak. Impian mereka adalah staycation di hotel, makan apa saja, tidur atas tilam "putih" dan mandi pool.
Mommyirra tak boleh bagitahu mereka planning nak bercuti ni. Mau mereka sebut setiap jam. Biar lah rahsia sehingga kerajaan mengumumkan kebenaran merentas negeri. Eh! Dah nak gerak esok baru mommyirra cakap dengan anak-anak.
Kalau kita nilaikan pandemik covid-19 ni, kita tak tahu bila ia akan berakhir. Tahun depan ke? Dua tahun lagi ke? Selagi wujud covid-19 ni, kita perlu menjalani kehidupan harian dengan norma baru dan SOP yang ditetapkan KKM.
Mommyirra ada anak 5 orang. Semua kecil lagi. Yang antibodi tak kuat mungkin bukan mereka tapi mommyirra sendiri. Ya lah, mommyirra baru 35 tahun tapi badan sakit sana sini. But I need to be a strong and powerful mom untuk uruskan anak-anak. Kalau anak seorang sakit, susah. Kalau mommy sakit lagi susah. Jadi mommyirra sekeluarga amalkan SOP. Tak keluar ke mana lah anak-anak melainkan duduk dalam kereta. Kesian kan. Tapi untuk kebaikan kami bersama juga.
Jadi kami (mommyirra dan daddyG) nak bercuti tapi tidur hotel je la. Mommyirra pon riki lah tempat best yang kami anak beranak boleh enjoy buat aktiviti dalam hotel selain makan dan tidur.
Mommyirra dah beberapa kali bercuti ke Melaka Bandaraya Bersejarah. Namun masih banyak tempat yang belum mommy jejak di Melaka. Alahh kalau dapat berjalan pon still susah la nak bawa 2 baby bercuti, Ayra 2 tahun dan Aara 1 tahun. Virus sekarang ada di mana mana kan. Sekarang covid-19. Dulu HFMD atau chicken pox. Kalau tak ada covid-19, mommyirra dan daddyG tetap akan sentiasa berjaga-jaga apabila ke tempat awam.
Ok, tempat pilihan mommy untuk bercuti di Melaka adalah The Pines Melaka . Sebabnya adalah mommy boleh tengok pemandangan sungai dan Bandaraya Melaka. Cantik sangat gambar di google view siang atau malam. Boleh buat content youtube nanti. Hehe.
Baca punya baca review tentang The Pines Melaka sekali jumpa review blogger Ana Suhana. Makin menarik perhatian mommy nak pergi ke sana.
View malam, gambar dari blog Ana Suhana |
Gambar ehsan google: Pemandangan siang |
Gambar ehsan google: nampak tak pool tu? |
Ingatkan mommy dah rentas negeri... Cepatlah boleh rentas ya
ReplyDeleteOm pun tak sabar nak rentas negeri.
ReplyDeleteNak ikut mommy g tido the pines melaka tu..haha.. lama juga x ke melaka. Rindu asam pedas melaka..haha
ReplyDeleteRamai yang rindu nak bercuti merentas sana sini. Argh rindunya.
ReplyDeletewaaaa.. kita pon xsabar nak bawak anak2 bercuti... dapat private pool lg besttt
ReplyDeleteBila terperap lama disebabkan PKP, otak jadi tepu. Bagi diya pun tak sabar nak tunggu pengumuman boleh merentas negeri. Boleh bercuti untuk release stress kan?
ReplyDeleteHari ni kes dah turun ke 3 angka! Insyallah tak lama dah tuuuuu.. bestnya pi Melaka kan
ReplyDeletePerkataan yg paling ditinggu-tunggu. Bila rentas negeri dibenarkan
ReplyDeletelawanya the pines d waktu malam. arghhh... KG pun nak ke melaka la tp..covid19 ni kacau laaa. apapun mommy irra jaga kesihatan bebaik..jga anak2 elok2
ReplyDeleteWah.. Bestnya lama juga tak ke melaka ni...
ReplyDeleteingat dah merentas negeri tadi. kalau daddy g ada jemputan dari u*itm melaka, boleh selit sekali. hehe
ReplyDeletemenarik ni.. memang x sabar nak bercuti, harap2 malaysia semakin aman..
ReplyDeletejemput singgah sini kak https://saripkay.com/