Ada ke orang Malaysia yang tak suka Cuti-cuti Malaysia? Rasanya takde, semua memang suka jalan. Jalan-jalan cari makan. Dah memang sebati dalam darah daging orang Malaysia tak kira bangsa. Sama je kita semua. Mommyirra pun sama, sudah pasti.

 

Sekarang ni tengah fikir nak bawak anak-anak lima orang ni ke mana. Tapi dengan ada nya hotel promo Traveloka, rasanya ke mana-mana negeri pun boleh. Bukan hotel je ye, kalau nak naik kapal terbang pun ada diskaun pada pakej. Dah lengkap vaksin pun ada diskaun. Tak habis kat situ lagi, ada promosi terpilih yang boleh tebus cukai pendapatan tahunan sehingga RM1000!

 

Mommyirra dah senaraikan beberapa tempat yang sesuai:

·   Langkawi

Cuti cuti malaysia langkawi


Pulau yang mengandungi sejarah dan alam semulajadi yang cantik menjadikan destinasi yang tak jemu dikunjung. Seronoknya bila membayangkan pasir pantai yang putih gebu tu, sambil angin tiup. Jalan kat gigi air dengan daddyG pun seronok jugak ni, romatik nya! Ok, mommyirra dah start berangan macam dalam movie pulak.

Shopping kat Langkawi pun memang terbaik. Barangan bebas cukai yang paling mommy suka, tak lain tak bukan ialah coklat. Kalau kat KL nak beli coklat tu mahal sampai puluh-puluh RM pun ada. Tapi di Langkawi zon bebas cukai, jimat la sikit duit mommy. Boleh beli pinggan mangkuk pulak! Periuk segala macam jenama, harga murah sikit dari biasa. Terbaik kalau bawa mak-mak, memang encik suami dan anak-anak tu tunggu kat kedai minum aje lah, kita dah tak peduli.


·   Melaka

Cuti cuti malaysia melaka


Kaya dengan sejarah dan budaya. Walaupun negeri nya kecil, sentiasa padat dengan pelancong. Tak susah nak mencari hotel melaka yang sesuai mengikut bajet. Bandar Melaka pun padat, jadi kebanyakan tempat tertumpu di bandar. Dari hotel nak ke Menara Taming Sari contohnya, ada yang boleh jalan kaki. Ada juga yang perlu naik kereta, tapi tak jauh lah. Lima minit drive dah sampai, cuma nak cari parking tu je lah yang mencabar.

 

·   Pulau Pinang

Cuti cuti malaysia pulau pinang


Terkenal dengan pantai-pantai yang cantik dan pelbagai jenis makanan yang menjadi tarikan pelancong dari dalam dan luar negara. Makanan kat Penang ni memang terkenal sangat. Yang tak halal pun terkenal, yang halal pun sama. Mommyirra memang makan yg Halal sahaja la ya, nasi kandar. Letak ayam goreng, kuah campur. Fuh, sedapnya! Hari-hari makan kat kedai nasi kandar yang berlainan. Yang terkenal Line Clear, Deen, Beratur (sila datang waktu malam ya), Hameediyah, Nasi Kandar Kapitan Keling dan bermacam-macam lagi.

Kalau ada rezeki pergi musim durian, paling best singgah Balik Pulau. Durian kat sana memang terkenal, diimport serata Malaysia dan negara jiran. Tapi kalau bukan rezeki, takpa lah. Jalan-jalan tepi pantai pekena pasemboq atau laksa. Pendek kata kita takkan kelaparan kalau ke Pulau Pinang.

 

·   Port Dickson

Cuti cuti malaysia port dickson PD


Destinasi yang dekat dengan Kuala Lumpur. Kebanyakkan pelancong berkunjung di musim cuti atau hujung minggu. Kalau untuk pergi sekejap 2 hari 1 malam, sesuai ke Port Dickson. Boleh juga main air pantai, berkelah dengan keluarga. Hotel tak perlu risau ye, macam-macam jenis ikut bajet yang bersesuaian. Lepastu jangan lupa guna promosi hotel Traveloka, lebih jimat.

Makanan laut pun sedap juga buat makan malam bila di PD kan? Mommy dah tak ingat bila kali terakhir pergi ke PD. Maklumlah, sejak COVID-19 pandemik ni bermula, memang duduk rumah saje.

Susah juga nak buat pilihan ni, semua negeri ada tarikannya tersendiri. Mommyirra kena bincang dengan daddyG untuk percutian kali ni. Biar ada aktiviti untuk anak-anak dan mak ayah nya sekali.

 

Jam 5.50. Aku nak ambil Anis keluar sekolah pukul 6.10. Aku nak bawa Ayra dan Aara sekali. Pampers pula dah penuh. Bergegas aku tukarkan pampers. Pakaikan baju. Kemudian kami keluar. Aku tengah nak kunci pintu. Anak-anakku dah hilang. Ayra dan Aara dah keluar pagar. Pintu pon aku tak kunci, aku keluar cari mereka. Berdesup sekejap je.

Ayra dah jauh pergi kat kakak dia. Aara masih depan rumah. Aku tengok dari jauh sambil pegang Aara. Nak kejar pon dia dah dekat dengan Amal. Nak kejar pon aku bukan gagah lagi nak kejar dengan Aara. Tapi aku tengok Ayra selamat pergi kat kakak dia. 


Ada kereta perlahan nampak anak aku tu. Kemudian dia berhenti depan aku, sound aku. "Pantau anak-anak tu."

Ayat dia tu buat aku marah. Sampai saat aku menulis ni pon sebab aku marah. Kau ingat aku sengaja biar dia pergi ke? Kau nampak aku siapkan budak² sebelum mereka keluar? Benda jadi sekelip mata je.

Ya la aku salah. Tapi aku bukan sengaja. Aku berdiri depan tu pon sebab aku nak lintas jalan naik kereta ambil anak aku. 

Kau hanya nampak aku tak perhatikan anak aku tanpa kau tahu cerita sebenar.


Ya lah orang bukan tahu dan bukan nak tahu apa kita buat. Buruk je orang nampak. 


Aku harap benda benda macam ni tak berulang lagi. Buat aku down je. Aku dah buat sehabis baik jaga anak-anak aku. Jaga sendiri weh. Aku tak kerja sebab nak jaga anak-anak aku sendiri. Bila jadi macam ni, aku rasa kecewa. Benda ni pon tak pernah jadi sebelum ni. Sebab pertama kali jadi kau dah sound aku macam tu. Arghhhhhhhhhhhh
ZIKIR SUBHANALLAH WABIHAMDIHI BANTU CARI BARANG HILANG | Kunci rumah dihilangkan oleh anakku, Adam 10 tahun. Mommy bagi kunci spare. Letak ditali dan gantung di leher Adam. Adam taknak ikut mommy daddy keluar sebab nak main dengan kawan-kawan. Tapi masa tu masih awal. Mommy bagi lah kunci. Supaya kunci tu tak hilang, mommy siap letak tali panjang pada kunci tersebut.

Malang tak berbau. Benda yang taknak itu terjadi. Padahal mommy daddy tak keluar lama pon. Kenapa ye boleh lupa minta kunci setelah tiba di rumah? Adam pon tak balik hantar kunci. Bila difikir banyak, benda dah jadi. Sekarang kena cari sampai jumpa.

Pukul7 malam baru sedar kunci spare pada Adam tak ada. Daddy tanya Adam kunci mana. Baru dia gelabah mencari kunci. Daddy tanya awak letak kunci kat mana. Dia jawab sini(padang).

Mommy tanya pula awak gantung tak kunci tu? Adam jawab gantung. Makna kata Adam sendiri tak tahu kunci jatuh kat mana. Dan yang pasti Adam main kat padang. Punya besar padang. Nak mencari kunci di malam hari. Serabutnya la hai. 

Mommy balik rumah ambil handphone. Buat suluh cari kunci. Bayangkan padang bola yang besar tu. Berjalan hujung padang ke hujung padang kawasan yang Adam bermain petang tu. Sampai lenguh lah kaki mommy. Tapi tak jumpa kunci. Mulut pon tak berhenti membebel kat dia. Masa ni bukan masa nak marah dia. Tapi takkan tak marah? Geramnya la hai. Sebab kau nak main dengan kawan, mommy daddy tinggalkan dia. Hmmm mommy pun salah. Kenapa bagi kunci tu? Arghhhhh... 

Kau bayangkan kalau kunci tu dapat kat orang, orang boleh buka pintu rumah semasa orang tiada. Masa orang ada, InsyaAllah tak ada apa-apa. Sebabnya pintu keselamatan ni tak boleh dibuka jika dah ada kunci samada dari dalam atau luar. Masa mommy ada kat rumah, selamat la orang takleh cuba buka. Tapi....itu yang buat sesak dada memikir.. 

Daddy pon malas nak cari dah, daddy masuk. Mommy pon ikut masuk. Daddy kata "esok tak payah sekolah, pagi pagi cari kunci".

Malam hujan lebat. Selebat lebatnya. Selalu bila hujan mommy risaukan pokok dia. Tapi semalam hujan, mommy risaukan kunci rumah tu kat mana. Risau nak tinggal rumah. Risau nak balik kampung macam mana? Jauh sampai ke situ memikir. 

Daddy tempik juga Adam tapi masih cool lah. Adam pon relax je. Diam je. Sebagai denda malam tu daddy tak bagi Adam main handphone.


Bangun pagi, daddy kejut Adam bangun bersiap ke sekolah. Semalam hujan, pagi ni padang basah. Nanti balik sekolah baru cari kunci. 

Daddy relax sungguh nampak. Mommy susah hati tak habis lagi. Mommy ajak Anis ke padang seusai kereta daddy hilang dari pandangan. Anis sekolah petang hari ni. 

Sambil tu mommy ada whatsapp kawan mommy ni. Beberapa hari lepas ada ahli group share doa jika ada barang hilang. Jadi mommy cari semula doa tu. Eh zikir sebenarnya. 

Zikir barang hilang

Bermula hujung padang ke hujung padang mommy mencari sambil berzikir. Subhanallah wabihamdihi. Padang basah. Becak. Redah juga lah. 

Kunci diletakkan pada tali. Gantung di leher. Masakan boleh hilang? Aku juga lah yang salah. Aku yang nak bagi dia kunci. Aku juga lah yang letak tali kaler hitam. Haa dah semua kayu warna hitam. Semalam gelap gelita, apa tak nampak. Hari ni dah cerah tak jumpa juga.

Anis cari sana, mommy cari sini. Dari satu kawasan ke satu kawasan.

Jiran tegur. Cari apa tu? Cari kunci rumah.

Jiran pon round juga la mencari dan memberikan idea;-
1. Letak tali..jadi kawasan dah cari tak ulang banyak kali
2. Petang nanti minta budak² di padang carikan

Mommy dah frust 15 minit dah jalan tak jumpa. Tapi memikirkan keselamatan nak meninggalkan rumah apabila kunci spare tu ada pada orang lain. Mommy pusing semula ke tengah padang. Allahuakbar. Akhirnya jumpa kunci.

Kunci hilang baca zikir cari barang hilang

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Allah permudahkan urusanku. Subhanallah. Subhanallah. Allahuakbar. Allahuakbar.

Pengajaran lepas ni tak boleh dah bagi anak kunci. Adam pon lepas ni ikut je la ke mana mommy daddy pergi. Rasa luruh berguguran jantung mommy dari malam tadi. Sekarang dah kutip semula.

InsyaAllah akan amalkan zikir tu..walaupon tak ada barang hilang. Terima kasih Allah.

Menu pizza sudah tidak asing lagi di kalangan penduduk Malaysia. Hampir setiap negeri di Malaysia ada tempat makan pizza yang boleh dikunjungi, termasuk Pulau Pinang. Di Penang ada banyak tempat makan pizza yang menarik cuma perlu dipastikan mana satu halal dan mana satu tidak. 


Antara tempat makan pizza yang mendapat tempat di hati warga Pulau Pinang ini adalah seperti : 


1. US Pizza



US Pizza popular dengan pizza asli buatan tangan yang dibuat dengan tepung premium yang menjadikannya pizza Amerika terbaik yang pernah anda rasa. Walaupun mereka mempunyai topping biasa seperti pepperoni dan triple cheese, ramai mengesyorkan untuk cuba Salted Egg Pizza.


Kelembapan dari telur melengkapkan rasa keju dengan sempurna. Dikatakan bahawa mereka menyediakannya dengan begitu baik sekali sehingga akan membuatkan anda makan sampai tahap menjilat jari. 


2. Pizza Station



Restoran pizza tempatan ini telah dibuka selama lebih dari sepuluh tahun  jadi tidak hairanlah jika terdapat ramai orang yang berkunjung ke restoran ini. Anda sememangnya harus mencuba menu yang telah menjadi kegemaran tempatan, iaitu Flaming Chicken.


Pizza ini terkenal dengan kerak “Extreme Cheese”nya anda akan mendapat tarikan keju yang sememangnya menguirkan bagi sesiapa yang melihatnya. Doh disebarkan secara merata dengan lapisan sos tomato pedas, diikuti dengan mozarella parut. Di atas semua ini, anda disajikan dengan potongan ayam pedas, nenas, paprika hijau, cendawan butang dan bawang.


3. Syed’s Street Pizza



Tempat pizza ini sangat sesuai kepada anda yang ingin bersantai dan beristirahat setelah seharian berkerja. Susun atur tempat pizza ini luas, jadi jika anda ingin berkunjung dalam jumlah yang besar tidak akan menjadi masalah.


Terdapat pelbagai perkara yang diperkatakan tentang Veggie Pizza yang terdapat di sini. Walaupun hidangannya ringkas, anda semestinya akan berpuas hati dengan bahan-bahan segar yang digunakan dan anda akan menyukai tarikan keju pizza tersebut.





4. OLIVIA’S



Ramai telah mencuba pizza Smoked Chicken di sini. Jika anda bertanya kepada sesiapa yang pernah berkunjung ke sini mereka mesti akan menyarankan agar anda memesan kerak pizza yang nipis bagi mendapatkan rasa yang maksimum. Rasa ayam salai mereka yang kompleks membuatkan pizza di sini mempunyai peminatnya yang tersendiri. 


5. Restorante Bella Italia Pizzeria


Suasana restoran yang merendah diri ini menyerupai kedai pizza di jalan-jalan berbatu yang terdapat di Itali. Restoran ini sesuai buat anda yang ingin berduaan dengan orang yang tercinta. 


Dapatkan sepiring sotong goreng untuk permulaan sebelum anda menjamu selera dengan Salmon Pizza mereka yang terkenal. Kesegaran potongan salmon yang tebal di atas roti yang renyah sememangnya berpatutan dengan harga yang dibayar. Akhiri makan malam anda dengan hidangan Tiramisu yang dibuat dengan keju mascarpone.



Seperti yang telah dikatakan tadi, tidak semua tempat makan pizza ini halal. Kadang ada yang berstatus ‘pork free’ tapi di premis tersebut masih ada penjualan minuman keras. Ini juga bercanggah dengan orang Islam. 


Baik restoran di atas mahupun tempat makan pizza yang lain, salah satu cara untuk makan pizza tanpa perlu buang masa  dan penat adalah melalui servis pizza delivery. Dengan menggunakan servis pizza delivery dari Foodpanda, status makanan boleh dilihat dengan jelas sebelum pesanan di buat.


Dengan servis Foodpanda ini juga, tidak kira di mana berada dengan mudah boleh buat pesanan. Tanpa perlu keluar dari rumah, tetap boleh makan sedap bersama ahli keluarga. 






KWC Fashion Wholesale Tempat Shopping Best Untuk Keluarga | Misi mencari baju raya, tudung raya, kasut raya, tshirt raya🤪 mommyirra sekeluarga tahun 2021 adalah di KWC Fashion Wholesale, KL. Nak tahu tak? Ini adalah kali pertama mommyirra jejak KWC. Selalu dengar je kawan kawan memborong dekat KWC. Bila daddy nak bawa ke KWC, wahhhh teruja lah saya!
 
Walaupon kebarangkalian untuk pulang beraya di kampung sangat tipis, namun tak mematahkan semangat mommyirra untuk membuat persiapan raya seperti membeli baju raya. Beli baju raya iaitu baju kurung dan baju melayu hanya sekali setahun. Jadi kena lah beli juga. Baju raya tahun lepas dah tak muat tau. 😂 Semua dah membesar termasuk mommyirra.
 
Ini adalah bangunan KWC (gambar bawah). Gambar mommyirra ambil dari Pakcik Google. Besar sungguh bangunan KWC. Parking senang dalam bangunan ni sahaja. Kami masuk parking atas. Naik punya naik sampai tingkat 11. Ada juga parking premium di bawah yang dibuka mulai jam 11. 
 
KWC Fashion Wholesale
Pinjam gambar google : KWC Fashion Wholesale

Takpe, kita try je lah masuk parking biasa ni. Dah masuk baru tahu charge parking premium beza hanya RM1. Next time boleh la guna parking premium. Dari parking terus masuk kawasan kedai.

 

Masa nak ambil tiket parking, dah ada staf kiri kanan bersedia nak tembak dahi. Haha nak ambil suhu semua yang ada dalam kereta. See! SOP ketat. Kalau demam jangan gatal la datang ye. Terus kena hambat balik nanti.

 

Mommy dah lama berangan nak shopping kat sini tau. Tapi dengan anak 5 orang, susah la nak berjalan jauh. Baru jalan 5 minit dah keluar soalan "Mommy, bila nak balik?". Baru je masuk dah ajak balik! Sebab tu lah mommy kena cari tempat shopping yang selesa dan harga yang mampu milik. 

 

Dengan suasana bertema #MekarDiAidilfitri, lebih bersemangat mommyirra nak shopping walaupon berpuasa dan kena kawal 5 orang budak yang macam-macam ragam tu. Baru masuk KWC, dah kena tukar pampers Ayra(2 tahun). Terus cari Baby Changing Room.  Sanatize dulu, baru lah rasa lebih selamat. SOP kita jaga. Kita JAGA kita. 

 

baby changing room KWC Fashion Wholesale
Baby Changing Room KWC Fashion Wholesale

Dah misi cari baju raya, jadi kita memang beli baju raya lah. Bila mata mommy singgah tengok blouse cantik, baju baby comel-comel, seluar murah-murah, daddy warning "cari baju raya duluuuu". Arghh daddy nieee. Serius laa teringat sampai sekarang t-shirt baby rm5. Seluar pon rm5. Ok apa kalau beli. Mana nak jumpa tempat lain. Tapi bila dah habis beli baju raya, kau pon tak sabar nak masuk kereta😂 Kaki sakit weh. Masa jalan tadi bukan tak sakit, tapi mommyirra TAHAN sakit.

 

Anak anak pula bila lalu bahagian mainan, "Mommy nak ni. Daddy nak ni." . Tapi as usual mereka dah kenal daddy mereka. Memang tak akan dapat la. Hahahahahaha mujur tak ada adegan hentak kaki guling guling minta mainan. Bila lalu bahagian makanan atau minuman pon kena buat tak tahu sebab puasa kan. Nak berbuka puasa kat sini pun boleh.

 

Yang ni pon mommyirra nak mention. Ruang untuk berjalan kat sini luas walaupon kiri kanan ada kedai. Tak la berlanggar bontot. Orang ramai tapi tak sesak. Kami yang ada anak ramai ni, tak lah payah nak ke sana sini. Nak elak anak berlari ke sana sini, mommy bawa stroller 2. Lift pon banyak, jadi perjalanan kami lancar je.

 

tunggu lift KWC Fashion Wholesale
Nampak macam tak ada orang, tapi orang ramai je...





Beli baju harga borong di KWC Fashion WHolesale
Tengok harga baju ni..waahh murah sangat..

 

Selalu raya, mommy pilih tema. Mommy pilih baju. Kali ni daddy pilih. Daddy berkenan baju tu. Dia beriya suruh anak cuba. Ok la ok la. Kasi chance la kat daddy. Anak 5 jadi setiap orang cuba akan ambil masa yang lama lah. Lepas anak, daddy mommy pula.

 

cuba baju di KWC Fashion Wholesale
Daddy cuba baju. Ni untuk tengok saiz sahaja, bukan color pilihan

 

fitting baju di KWC Fashion Wholesale
Baju Adam yang lama langsung tak boleh pakai. Ya la makin membesar dah.

Di depan kedai ada kerusi rehat. Bila anak awak dah penat, suami awak pon penat. Mereka tunggu kat kerusi. Mommy terus mencari baju. Dah jumpa boleh panggil "gamit gamit" je minta daddy tengok dan bayar. 

 

Setiap kedai ada limit berapa orang boleh masuk dalam satu masa. Jadi tak sesak lah dalam kedai tu. Boleh memilih dan mencuba dengan aman damai. 

 

Kami jalan dari satu kedai ke satu kedai. Nak tengok harga dan fesyen yang berkenan. Banyak tingkat ada. Banyak pilihan ada. Tinggal kau nak kena ada tenaga nak terjah semua je. 

 

Dah sudah beli baju, mommyirra cari tudung pula. Weiii nak bagitahu ni, tudung murah murah, lawa lawa. Mommy beli 5 tudung rm60. Ingat nak beli lagi, tapi kesian kat daddy...hahaha.

 

shopping tudung shawl dewasa kanak-kanak di KWC Fashion Wholesale
Seronok memilih tudung/shawl murah murah

tudung bawal kanak kanak KWC Fashion Wholesale
Ni mommy berkenan tudung bawal kanak-kanak. Satu RM8.


Seterusnya kami cari kasut. Rupanya daddy dah aim kasut kat ground floor. Kasut berjenama ada sale 80%. Dah beli kasut raya, anak anak mintak kasut harian. Dapat lah seorang dua pasang kasut. Mommy pon nak juga! Beli kasut untuk mommy satu. 

 

beli kasut di KWC Fashion Wholesale
Seller lah melayan anak mommy. Mommy dah penat.

Baju dah, tudung dah, kasut dah, daddy berkenan tshirt pula🤣. Masa ni anak anak dah stress. Orang pon dah tak ada sangat. Sabar semua. Sabar. Daddy nak belanja, bukan selalu. Daddy 2 helai, mommy 2 helai, anak-anak seorang sehelai. Thank you daddy.  
 
tshirt KWC Fashion Wholesale
Daddy borong tshirt

Daddy suruh snap. Tapi dah memang murah la harga barang barang kat sini.
 
Lalu kawasan kasut, mommy beli selipar pertama Aara. RM10 sepasang. Lepas tu Ayra pon nak juga kasut. Budak ni dah pandai meminta. Haha.

shopping di KWC Fashion Wholesale
Aara Ayra dengan selipar baru
Belanja dan Tebu di KWC Fashion Wholesale
Belanja dan Tebu di KWC Fashion Wholesale


Dah banyak belanja. Boleh TEBUS HADIAH pula. Gambar di bawah ada Ayra pegang bakul kuih tu, hasil tebusan lah. Sebenarnya boleh dapat pengisar buahan mini atau mini speaker. Takde rezeki dapat yang lain tu sebab dah habis. Belanja ️ RM200 / Belanja RM400 ️ dapat free gift.

 

mommyirra shopping di KWC Fashion Wholesale
mommyirra shopping sakan di KWC Fashion Wholesale

 

Lihat video mommyirra shopping di KWC Fashion Wholesale.


Haa korang nak shopping yang best datang lah KWC Fashion Wholesale ni. Mommy baru sekali datang dah jatuh cinta #iloveFashionAtWholeSalePrice (boleh bodek daddy datang lagi). Membeli belah pada harga borong memang sangat sesuai lah untuk keluarga yang ada anak ramai macam kami.

 

Ada satu kedai tu jual baju kaler off white je. Lawa sangat. Nak beli baju sedondon anak beranak senang kat sini. Beli banyak, murah lagi. Tak sabar mommyirra nak datang lagiiiiii.

 

Haaa last, jangan lupa sertai peraduan KWC Style Rayaku OOTD. Boleh menang sehingga RM1000 dengan cara:-

1) Ambil pic kat KWC Fashion Wholesale

2) Upload di FB dan Tag 3 friends

3) Guna hashtag #KWCStyleRayaku + #KWCFashionWholesale

4) "Public" kan post.

Mommyirra sedar yang tulang Amal, anak mommy yang ke-3 berumur 6 tahun sangat kecil semasa memegang pergelangan tangannya untuk memilih jam. "Ya Allah, aku pegang tangan anak aku ke ni? Tinggal tulang je. ", mommyirra bercakap dalam hati.

Lama benar mommyirra tak pegang (pimpin) tangan anak. Ya la, dah lama sangat kita dilanda wabak covid-19. Sejak tu lah kami tak keluar ke mana-mana. Kalau keluar berjalan baru lah nak pimpin tangan anak. 

Rasa bersalah kerana tidak menyedari lebih awal diluahkan pada suami. "I pegang tangan Amal tu rasa tulang je.".

Sejak dari hari tu lah kami membebel setiap hari pada Amal. Amal makan sikit sangat. Badan Amal halus. Sebenarnya abang kakaknya pon kurus. Tapi taklah kurus kering seperti Amal. Kalau pegang tangan mereka, masih rasa ada isi. 

Amal 6 tahun

Amal kurus kering

Rasa tulang je

Yang buat mommyirra sentap adalah apabila daddy kata "Bagi Amal minum susu, nanti tulang dia tak besar besar, tak cukup kalsium, kecil macam tu je". 

"Dah la dengan kawan-kawan, Amal paling kecil.", sambung daddy lagi.

Susah sebenarnya anak sejenis taknak makan ni. Dia lapar beriya minta berbuka puasa. Tapi dia makan sikit je. Tu pon dah kenyang. 

Kali ni mommyirra nak ikhtiar dengan susu kambing. Mommyirra suka cari barang di Shopee. Ada free delivery. Hahaha kot mana pon mommy kena jimat cermat. Cari je la susu kambing Nouqman, boleh pilih seller mana yang berkenan. Harga sama je mommy tengok.

Susu Nouqman

Mommyirra dah noticed kebaikan susu kambing berbanding susu lembu sejak anak kedua kena ekzema. Sejak daripada itu, mommyirra akan cari susu kambing. Mommyirra sendiri sanggup cari susu kambing segar masa mengandung walaupon mahal.  

Manfaat susu kambing
Comel pula gambar ni, pinjam eh pakcik google.

Tapi nak bagi anak minum susu tepung kambing pun dah kos banyak. Namun dalam sesetengah hal, kita akan pejam mata juga untuk kesihatan anak. 

Mommy nak susu kambing tapi nak harga yang mampu milik serta berkualiti tinggi. Kawan mommy suggest susu Nouqman ni. Harga sekotak Susu Nouqman ialah RM42. Ada 500 gram. 

Susu Kambing Susu Tepung Nouqman
2 perisa susu Nouqman ; Vanila dan Coklat

Susu Nouqman ni ada dua jenis perisa iaitu Vanila dan coklat. Mommy beli dua-dua. Mommy nak bagi adik Ayra( 2 tahun) dan Aara ( satu tahun 2 bulan) minum sekali. Daripada minum air teh o baik minum susu kambing. Minuman favorite kami sekeluarga adalah teh o. Jadi yang kecik tu pon layan minum teh o juga. Insaflah mommy. 

Mommyirra nak share dengan korang satu cerita. Pakcik mommy di Johor eksiden patah 4 tulang rusuk. Hari hari dia minum 7 gelas susu. Dalam masa 4 bulan, 3 tulang rusuk pakcik dah bercantum. Doktor pon terkejut. Jadi mommyirra kena paksa anak minum susu at least sehari 2 gelas setiap pagi dan malam. 

Alhamdulillah Amal suka susu Nouqman berperisa coklat. Muka ada senyum puasa hari ni sebab sahur Susu Nouqman. 

Lupa mommy nak snap gambar Amal minum susu sahur pagi tadi

Adik-adik tak payah cakap. 

Susu Tepung Nouqman Susu Kambing
Aara dan Ayra suka sangat susu Nouqman

Adik-adik pantang nampak apa-apa makanan atau minuman. Semua nak. Tengok kaki lah...hahahaha 

Kaki adik Aara & Ayra tu rasa nak gigit gigit jee

Harapnya mommy lah istiqamah bagi anak-anak minum susu untuk dapat zat yang cukup. Membesar dengan sihat dan mengikut perkembangan usia mereka. Tak suka bila pegang pergelangan Amal yang rasa tulang je tu😭.

Mommy nak share dengan korang juga pasal susu Nouqman ni. Susu Nouqman ni ada campuran kismis, madu, kurma, delima, inulin, probiotik dan tambahan vitamin dan mineral. Katanya rumusan ini dapat meningkatkan selera makan. Sebab tu juga mommy beriya nak bagi Amal cuba susu Nouqman. Seronok rasanya kalau dapat tengok Amal berselera makan. Bagi Amal besar sikit.


Facebook Nouqman 




Pandemik covid-19 yang melanda dunia menyebab pergerakan kita terbatas. Jiwa meronta nak melihat dunia tapi tidak boleh. Namun sekiranya mendapat izin, mommyirra dah rancang nak bawa anak-anak rentas negeri bercuti ke Melaka.


Lama benar rasanya kami tak bercuti. Senang kata lama benar kami tak tidur di hotel. Tidur di hotel merupakan wishlist anak-anak. Impian mereka adalah staycation di hotel, makan apa saja, tidur atas tilam "putih" dan mandi pool. 


Mommyirra tak boleh bagitahu mereka planning nak bercuti ni. Mau mereka sebut setiap jam. Biar lah rahsia sehingga kerajaan mengumumkan kebenaran merentas negeri. Eh! Dah nak gerak esok baru mommyirra cakap dengan anak-anak.


Kenapa Melaka?
Mommy sekarang berada di Selangor. Mommy nak juga jalan jauh. Tapi taknak jauh sangat. Haha bagaimana tu? Melaka ok la 2 hingga 3 jam perjalanan. Kalau nak jalan jauh lagi, kita balik kampung je lah. Lagi satu mommy teringin nak jumpa blogger/youtuber Azuraa Rahman yang ada di Melaka.


Kalau kita nilaikan pandemik covid-19 ni, kita tak tahu bila ia akan berakhir. Tahun depan ke? Dua tahun lagi ke? Selagi wujud covid-19 ni, kita perlu menjalani kehidupan harian dengan norma baru dan SOP yang ditetapkan KKM.


Mommyirra ada anak 5 orang. Semua kecil lagi. Yang antibodi tak kuat mungkin bukan mereka tapi mommyirra sendiri. Ya lah, mommyirra baru 35 tahun tapi badan sakit sana sini. But I need to be a strong and powerful mom untuk uruskan anak-anak. Kalau anak seorang sakit, susah. Kalau mommy sakit lagi susah. Jadi mommyirra sekeluarga amalkan SOP. Tak keluar ke mana lah anak-anak melainkan duduk dalam kereta. Kesian kan. Tapi untuk kebaikan kami bersama juga.


Jadi kami (mommyirra dan daddyG) nak bercuti tapi tidur hotel je la. Mommyirra pon riki lah tempat best yang kami anak beranak boleh enjoy buat aktiviti dalam hotel selain makan dan tidur.


Mommyirra dah beberapa kali bercuti ke Melaka Bandaraya Bersejarah. Namun masih banyak tempat yang belum mommy jejak di Melaka. Alahh kalau dapat berjalan pon still susah la nak bawa 2 baby bercuti, Ayra 2 tahun dan Aara 1 tahun. Virus sekarang ada di mana mana kan. Sekarang covid-19. Dulu HFMD atau chicken pox. Kalau tak ada covid-19, mommyirra dan daddyG tetap akan sentiasa berjaga-jaga apabila ke tempat awam. 


Ok, tempat pilihan mommy untuk bercuti di Melaka adalah The Pines Melaka . Sebabnya adalah mommy boleh tengok pemandangan sungai dan Bandaraya Melaka. Cantik sangat gambar di google view siang atau malam. Boleh buat content youtube nanti. Hehe. 


Baca punya baca review tentang The Pines Melaka sekali jumpa review blogger Ana Suhana. Makin menarik perhatian mommy nak pergi ke sana.

View malam, gambar dari blog Ana Suhana

Gambar ehsan google: Pemandangan siang

Gambar ehsan google: nampak tak pool tu?

The Pines Melaka ada kolam renang air masin. Mommy dah terbayang macam mandi tepi laut. Tapi airnya bersih. Boleh la mommyirra dan anak beranak berendam lama-lama.

Ini private pool. Waaa syoknya

Selain tu dekat dengan tempat makan dan ada parking bertingkat. Senang nak cari makan kalau lapar. Parking pon selamat. Arghhh tak sabarnya mommy nak bercuti! Cepat lah boleh RENTAS NEGERI! 




Sepang adalah sebuah daerah di negeri Selangor, Malaysia. Ia terletak 50 km ke selatan Kuala Lumpur. Sebilangan besar pelawat menuju ke Sepang untuk sampai ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan litar Formula Satu Sepang terletak di daerah ini. Pusat daerah adalah Bandar Baru Salak Tinggi. 


Sepang juga merupakan nama sebuah bandar kecil di Jalan Persekutuan 5 atau jalan utama Pantai Barat di mana terdapat sambungan bas tempatan ke Port Dickson di Negeri Sembilan, KLIA, dan Banting lebih jauh ke utara di pantai Selangor.




Sehingga tahun 2000, daerah Sepang hanya merupakan ladang kelapa sawit. Kini ia mempunyai puluhan juta pengunjung setahun kerana dua sebab iaitu Litar perlumbaan Formula Satu Sepang, dan KLIA. Namun, di luar dua tarikan ini dan kawasan yang bersempadan dengan Petaling Jaya, kalian masih akan disambut dengan kampung-kampung yang tenang dan pemandangan ladang-ladang kelapa sawit yang luas.


Tidak hanya itu, Sepang juga sangat best kerana mempunyai banyak tempat makanan menarik untuk disinggahi. Antara tempat makan yang ada di Sepang ini adalah :


#1 - Restoran Perahu



Restoran Perahu menghidangkan bufet BBQ pada hari Jumaat dan Sabtu, dengan menu a la carte pada waktu malam yang lain. Sekiranya sedang bercuti dan ingin merasai sesuatu yang baru dan menarik, Restoran Perahu adalah tempat yang tepat untuk kembara makanan! 


Makan sambil dapat saksikan matahari terbenam ketika sedang menjamu selera dengan dapat merasakan angin laut yang sepoi bahasa memang amat mengasyikkan. Pelbagai jenis menu ada ditawarkan dari hidangan antarabangsa yang mesti dicuba hingga resipi tempatan yang menarik. 


#2 - Aunty Aini’s Garden Cafe 



Sebuah kafe di dalam sebuah taman atau kebun, itulah dia Aunty Aini’s Cafe. Kafe taman desa ini sangat menawan kerana mempunyai suasana yang menenangkan dan pemiliknya juga sangat ramah untuk menyambut tetamu yang datang. Makanannya juga sedap dan hebat. 


Pelbagai menu tempatan ada seperti masak lemak cili padi dengan daging salai. Sangat berkrim dan terasa cara masak salai dagingnya yang sempurna dengan sedikit rasa berasap. Kerabu pucuk paku sambal tempoyak juga ada. Tak lupa sambal tumis udang petai yang mengecurkan air liur. Pasti lima bintang di beri untuk tempat makan yang menarik dengan menu yang amat memuaskan hati. 


#3 - Restoran Bila-Bila 



Minum dan makan pada bila-bila masa yang di sukai, itulah dia maksud bila bila yang dibawakan oleh restoran ini. Bila-Bila saja ia dibuka dari waktu pagi untuk sarapan, sepanjang hari untuk makan tengahari dan menu petang, hingga ke larut malam untuk makan malam. Boleh dikatakan Restoran Bila-Bila ini menawarkan menu istimewa sepanjang malam. 


Bersantai dengan angin laut di luar juga boleh. Selain itu boleh pilih untuk nikmati hidangan ala carte atau bufet. Pilih juga antara citarasa tempatan terbaik dan kegemaran antarabangsa. Dapatkan pencuci mulut yang hebat dan dengan WiFi yang tersedia, dan boleh bersantai lebih lama untuk istirehat yang sebenar. 


#4 - Angsana Coffee House



Mahu makan dalam suasana yang tampak lebih mewah tetapi santai? Angsana Coffee House adalah tempatnya dan ia terletak di tingkat lobi dalam bangunan Empress Hotel. Ini adalah restoran kecil yang bagus dan selesa, sesuai untuk tetamu hotel yang menginap di sini tanpa pengangkutan mereka sendiri. 


Makanannya adalah campuran untuk menu tempatan, Asia dan barat. Harga sesuai, cukup berpatutan untuk kualiti dan kuantiti makanan yang disediakan. 


#5 - Sepoi Sepoi Cafe 



Makanannya sangat enak, tetapi jangan terkejut jika hanya akan disajikan air lemon terlebih dahulu, kemudian barulah makanan yang dipesan, dan apabila setelah setengah makan barulah akan menyajikan minuman. Sebenarnya keadaan ini tidak pelik kerana sudah sering dilakukan begini di restoran barat seperti dalam negara Taiwan dan sebagainya.


Cuma untuk orang Malaysia yang belum biasa mungkin akan terasa sedikit pelik dan kekok kerana biasanya setiap kali pesan makanan, restoran kan menyajikan minuman dan menjadi hidangan utama serentak. Oleh itu, harap bersabar, minuman akan datang apabila tiba masanya.


Tidak hanya itu, di Sepang ini juga turut ada servis online food delivery. Bagi kalian yang terasa nak duduk berehat di rumah penginapan tanpa ingin ke mana-mana, bolehlah gunakan servis penghantaran makanan oleh Foodpanda.


Di website Foodpanda tu, nak order makanan tak susah. Hanya perlu masukkan lokasi dan kemudian bolehlah pilih apa jua jenis makanan yang ada di sekitar lokasi berkenaan sebagaimana yang telah ditunjukkan di dalam website Foodpanda. Duduk goyang kaki tak perlu susah payah masak atau pandu kenderaan keluar hanay untuk makan, team rider Foodpanda sentiasa bersedia untuk memberikan servis mereka sebaik yang mungkin.