5 Great Malaysia Dishes You Muat Try | Nama orang Malaysia, tak kira apa bangsa. Melayu ke, Cina ke atau India pasti suka 5 hidangan ini. Sempena Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) ini, ada yang cuba membuatnya sendiri.
1-Roti Canai
Kebanyakan rakyat Malaysia meminati roti canai dan ia boleh dinikmati tidak kira masa. Ada orang yang suka menikmatinya semasa sarapan pagi, ada yang suka makan roti canai pada waktu malam. Ada juga pelancong asing yang meminati roti canai. Roti canai biasanya dihidangkan bersama kuah dal dan kuah kari. Untuk membuatkannya terasa lebih sedap, ia di makan bersama teh tarik atau teh ais.
Roti canai juga terdapat dalam pelbagai jenis, antaranya mestilah yang biasa kita makan iaitu roti kosong, dan yang lain seperti roti telur, roti mentega, roti tisu dan lain-lain lagi. Kini terdapat pelbagai jenis roti canai yang telah diperbaharui bagi mengikut peredaran masa dan memenuhi kehendak pelanggan. Antaranya ialah roti keju, roti milo, roti canai telur goyang dan banyak lagi.
2-Satay
Satay yang merupakan makanan tradisi masyarakat melayu sudah semestinya mendapat tempat dihati pelbagai kaum termasuk para pelancong. Ianya merupakan kepingan daging yang dipotong dan diperap dengan rempah sebelum dicucuk dengan lidi dan kemudiannya dibakar. Satay biasanya dicicah dengan kuah kacang dan dihidangkan bersama hirisan timun dan bawang serta nasi himpit.
Bau daging yang diperap sememangnya memberikan aroma yang amat menyelerakan apabila dibakar. Satay bukan sahaja menggunakan daging lembu, malah terdapat juga satay yang mengunakan daging ayam, daging kambing, daging arnab dan daging rusa. Pilihan satay yang terdapat di dalam Malaysia adalah sama. Apa yang membezakannya hanyalah rasanya.
3-Nasi Kandar
Nasi kandar merupakan salah satu menu yang paling popular dalam kalangan masyarakat Malaysia. Apabila sebut saja nasi kandar mesti akan terlintas di fikiran nama negeri Pulau Pinang. Ianya kerana terdapat banyak deretan kedai atau gerai yang menghidangkan hidangan nasi kandar di Pulau Pinang. Walaubagaimanapun, masih terdapat beberapa restoran yang menghidangkan hidangan nasi kandar dpi seluruh Malaysia.
Kualiti hidangan nasi kandar biasanya di kaitkan dengan tekstur nasinya yang lembut dan keenakan campuran kuah karinya. Lauk pauknya yang pelbagai menjanjikan kepelbagaian pilihan lebih luas untuk penggemar nasi kandar. Walaupun begitu, antara lauk pauk yang paling digemari ialah ayam goreng ataupun ayam madu, sotong, telur rebus dan juga bendi rebus atau kukus.
4-Cendol
Cendol merupakan salah satu pencuci mulut tradisional yang terbaik di Malaysia. Tiada sesiapapun yang dapat menafikan keenakan cendol tambahan pula bila di makan pada cuaca yang panas. Cendol diperbuat daripada ais yang dikisar dan ditambah gula melaka yang sudah dicairkan dan dimasak dengan daun pandan dan ditambahkan santan dan juga cendol.
Cendol boleh didapati di gerai, restoran ataupun kedai-kedai makan. Malah terdapat beberapa orang yang suka cendolnya diletakkan pulut. Dan terdapat orang yang suka tapai, kacang merah ataupun jagung. Setiap orang mempunyai selera yang berbeza.
5-Nasi Lemak
Nasi lemak merupakan hidangan yang tidak asing lagi bagi masyarakat Malaysia. Tidak kira bangsa mahupun generasi. Nasi lemak merupakan makanan yang seolah-olah tidak akan ditolak oleh sesiapa sahaja. Malah terdapat juga pelancong asing dari Barat ataupun Timur Tengah yang turut menggemari nasi lemak walaupun ada yang tidak dapat tahan dengan rasanya yang pedas.
Malah pada waktu malam, nasi lemak akan mendapat permintaan dalam kalangan penggemar makanan waktu malam. Walaupun reputasi nasi lemak sebagai salah satu makanan yang mengandungi kolestrol yang tinggi, permintaan untuk nasi lemak semakin tinggi disebabkan keenakan rasanya yang membuatkannya berbaloi dan digemari ramai.
Yummy!
Nampak sedap semua ni sampai terus rasa nak makan. Tapi apakan daya dalam tempoh berkurung jadi nak makan semuanya dah tak boleh terus ke mana-mana restoran macam dulu lagi.
Tak apalah, setidaknya kita masih boleh order food secara online dengan pihak Foodpanda Malaysia. Kat website mereka tu ada banyak pilihan. Rambang mata dibuatnya. Nak makan apa boleh dikatakan pelbagai pilihan ada. Sekarang ni hanya perlu tepuk dada dan tanya selera. Kalau dah susah sangat tak tahu nak pilih, order je tiap satu menu untuk hari ini, esok dan bila-bila. Ops, jangan sampai membazir sudahlah.