Tiada Rahim di usia 33 tahun | Placenta Accreta | Baby 33 weeks

[Tiada Rahim di usia 33 tahun | Placenta Accreta |Baby 33 weeks]

Aku tiada lagi rahim di usia 33 tahun. Namun aku bersyukur sangat kerana aku sudah mempunyai 5 orang cahaya mata. Amanah dariNya yang akan aku jaga sebaiknya. Seorang lelaki dan 4 orang perempuan. 

Sepanjang berada dalam pengawasan doktor selama 9 hari kerana air ketuban turun, aku tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan. Ujian darah ok. Tekanan darah ok. Semuanya ok. 

Cuma aku kena cucuk ubat matangkan paru-paru baby dose ketiga. Aku warded 28 minggu dah kena cucuk ubat matangkan paru-paru 2 dose. Sakit taktau nak cakap macam mana kena cucuk tu. Sampai menangis.

Bila dah cucuk ubat matangkan paru-paru, gula dalam darah pula tinggi. Kena on insulin apabila bacaan gula tinggi. Disebabkan aku ada kencing manis under diet control, pemakanan aku di kawal. Sehari 7x bacaan gula di ambil. 

Pada 13 Februari, aku mula sakit contraction. Doktor kata kalau baby nak keluar hari ni, kita takkan simpan. 

Jalan dah terbuka 3cm. Aku sakit yang teramat sangat. Jantung baby lemah. Aku di bawa ke Operation Room untuk Emergency Ceaser. 

Tepat 3.25 petang, baby selamat dilahirkan. Baby lambat menangis. Namun alhamdulillah, baby hanya perlukan sedikit bantuan oksigen. Itu yang doktor maklumkan pada aku. "Baby awak kuat.", kata doktor.

Semasa doktor keluarkan uri, uri aku jauh ke dalam. Sukar dikeluarkan dan sangat mencurigakan. 

Rupanya uri melekat kuat pada rahim. Rahim juga ada bengkak di sebelah kiri. 

Doktor maklumkan pada suami keadaan aku di mana rahim perlu dibuang untuk selamatkan aku. 

4 doktor pakar mengambil alih membedah aku. 1.8L darah hilang diganti dengan 2 pint darah. Pembedahan bermula 4 petang dan selesai 6 petang. 

Bila aku sedar doktor cakap "Puan, kita dah buang rahim puan". Itu saja yang aku dengar dengan mamai-mamai. 
Lepas aku dah agak stabil, aku minta doktor jelaskan sekali lagi. 

Baby puan lahir 1.66kg berada di NICU. Selepas lahirkan baby, kita dapati uri puan melekat pada rahim. Jadi kita terpaksa buang rahim puan. 

Puan tak ada rahim, jadi lepas ni puan takkan ada period lagi. Puan tak perlu buat papsmear. Kami tak buang kilang ovari. Puan masih seperti biasa. Cuma puan akan menapous lebih awal dari biasa. 

Aku tanya doktor "Suami saya tahu tak?".

"Kami dah maklumkan dengan suami puan. Nanti kita panggil suami puan masuk."

Aku lihat doktor kelam kabut apabila tekanan darah aku rendah. Doktor cucuk sana sini untuk tambah air. Tambah plasma darah sebab darah cair. Aku dipantau rapi di High Dependency Room selama 48jam. 

"Allah dah permudahkan jalan kita, jalan puan, jalan saya. Alhamdulillah. Kalau beranak normal, disaster semalam. Selama 15 tahun saya bekerja, pertama kali saya jumpa kes begini.", kata salah seorang pakar yang membedah aku.

Selepas 24 jam pembedahan

Aku ok. Alhamdulillah. Cuma aku haus. Doktor takut ada pendarahan dalaman, jadi aku perlu berpuasa. Haus sangat sampai aku minta nurse bagi tisu basah untuk aku lap muka. Bagi segar dan kurangkan rasa haus.

Aku minta gambar baby, sebab selama ni beranak, aku akan terus dapat bersentuhan dengan baby. Aku dapat tengok gambar pon jadi lah. Alhamdulillah, tenang hati aku dapat tengok gambar baby. 

8.45 suami masuk menemui aku. Aku dah lupa apa kami sembang. Tapi yang ni aku ingat, "Kita memang nak anak 5 kan.". 

Sebelum keluar suami cium dahi dan kata "Terima kasih". Cukup untuk buat aku tenang.

Sepanjang di HDR, aku tak ada pening. Tak ada muntah. Alhamdulillah semuanya ok. Lepas 48 jam baru dipindahkan ke wad biasa. Lepas aku dah boleh buang air besar, baru doktor benarkan aku pulang.

Allah Maha Besar. Alhamdulillah, aku masih mampu bernyawa hingga ke hari ini. Aku selamat melahirkan seorang bayi yang cukup kuat bertahan dalam rahim yang hampir pecah. Menurut doktor pakar yang merawatku, kebiasaan bayi hanya mampu bertahan sehingga 12 minggu melihatkan keadaan rahimku. Kalau tak beranak lagi, rahim akan pecah ketika 34 atau 35 minggu. "Satu cm pecah akan membahayakan nyawa kamu."

"Apa punca rahim saya jadi macam tu doktor?"

"Kita tak tahu apa punca. Puan tak ada sejarah ceaser, malah anak yang lain semua lahir normal."

"Ini rahmat dari Tuhan. Bersyukurlah.", kata doktor pakar berbangsa cina. 

"Kamu sangat positif. Suami kamu sangat positif. He's very nice.", sambung doktor lagi. 

Aku kadang-kadang rasa tak percaya aku lalui semua ni. Bila perut sakit, oh ya aku masih dalam pemulihan major operation; melahirkan satu amanah Allah dan kehilangan satu organ.

Moga aku cepat sembuh dan baby Aara Insyirah cepat membesar dengan sihat. Mommy tak sabar nak jaga Aara sendiri.

Mommyirra,
Tiada lagi rahim tidak bererti bukan wanita sempurna 

36 comments:

  1. MOMMY!!! berlinang baca kisah mommy yang ni. YaAllah, meremang sungguh. Besar pengorbanan sebagai ibu kepada anak 5. Tahniah mommy semoga sentiasa dikurniakan kesihatan, kuat semangat dan tenang sentiasa. Mommy bertuah ada hasben penyayang dan positif juga, sama seperti mommy.

    ReplyDelete
  2. Get well soon kak ira. Selamat berpantang. Semua yang berlaku ada hikmahnya. Allah tahu akak kuat.. 💪💪

    ReplyDelete
  3. semoga awk terus kuat! awk wanita hebat..
    GWS dear.. =')

    ReplyDelete
  4. Selamat Berpantang mommy. Ada hkmah semua yang berlaku mommy insan yang terpilih

    ReplyDelete
  5. Mommy! Lap air mata baca. Moga baby Aara membesar bagai johan. Moga mommy cepat sihat.

    ReplyDelete
  6. Allah dah tentukan yang terbaik untuk kita... Tak semua orang lalui apa yang irra lalui... Irra memang insan dipilih Allah.. Tahniah..

    ReplyDelete
  7. Allahuakhbar mngis sha bca entry ni..xtaula nsb ibu2 yg bsalin nnt..pgorbanan tuk ank dn suami..mommy kuat

    ReplyDelete
  8. semoga cepat sembuh irra. irra wanita yg kuat. baby irra juga kuat. semoga d permudahkan semuanya ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allahu akbar. Mommy memang kuat. Tak semua orang boleh positif dan terima apa yang jadi. Keep on positive & spread the positivity. Semoga baby aara menjadi anak solehah dan berjaya dunia dan akhirat. Insya Allah, aamii

      Delete
  9. Allah Mommy. Kinah tau mommy kuat. Ada hikmah disebaliknya. Moga mommy cepat sembuh seperti dulu dan baby cepat keluar dari ward.

    ReplyDelete
  10. Allahu..besar pengorbanan irra kali ni.. sebak membaca nya.. Alhamdulillah selamat keduanya..moga cepat sembuh n kuat irra..

    ReplyDelete
  11. Alhamdullilah semuanya selamat. Entah kenapa Tetiba touching baca kisah irra ni. Kita mama yg kuat

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah yang penting kedua-duanya selamat. Dia perancang Dia juga pengatur yang maha hebat.

    ReplyDelete
  13. Allahuakhbar.. setiap ujian yg diberikan pasti ada hikmahnya..Allah syg mommy, beri 1 hilang 1. yg penting mommy ada suami dan family yg memahami.. mommy irra sangat kuat dan baby pun kuat.. semoga mommy dan baby cepat sembuh dan sihat.. take care mommy..

    ReplyDelete
  14. Alhamdulilah semua selamat. Kisah yang amat menyentuh perasaan dan banyak pengajaran. Setuju dengan kata Doktor tersebut,"Ini rahmat dari Tuhan. Bersyukurlah." Walau macam mana penat dan lemah perasaan seorang wanita selepas melahirkan, akan tenang bila dikucup lembut oleh si suami.

    ReplyDelete
  15. Alhamdulillah... Mommy & baby dibaway lindunganNYA. You such a strong mummy. DIA tahu irra kuat untuk harunginya 💪

    ReplyDelete
  16. Xde Rahim dah, x perlu lg mengesahkan period, Dapat puasa penuh sbln puasa. Semoga cepat sihat seperti sediakala :)

    ReplyDelete
  17. strong mommy.. speedy recovery ok..

    ReplyDelete
  18. Tak tau kenapa rasa macam dekat sangat sampai turut menitiskan air mata. Ya Allah mommy, moga cepat sembuh dan moga baby Aara jadi anak solehah. begitu juga dengan anak yang lain. 😘 be strong mommy. ^^

    ReplyDelete
  19. Alhamdulillah semuanya selamat.

    Terkejut akak bila baca berita ini. Semoga irra cepat sembuh dan baby Aara menjadi anak yang solehah. Be strong irra.

    ReplyDelete
  20. Allahuakbar Ira. Xsangka seteruk ini. Alhamdulillah all is well. Betul lah kan setiap anak tu pengalaman melahirman berbeza². Takpelah irra. Allah dah bagi 5org anak masyAllah nikmat mana lagi y kita dustakan kan? Baiknya Allah. 😭
    Take care Irra. Semoga cepat sembuh. Anak cpt membesar. Irra kuat!!

    ReplyDelete
  21. semoga anak irra yg last cepat membesar dengan sihat..:)

    ReplyDelete
  22. Alhamdulillah.. Penting kedua2 swlamat.. Semoga akk dan baby kuat.. Semoga babybkuat dan membesar dengan baik.. Tak sbr nak tengok muka baby..

    ReplyDelete
  23. semoga baby irra dan irra kuat. semoga baby membesar dengan baik...

    ReplyDelete
  24. alhamdulillah semua selamat ibu dan anak... lisa dulu 1.4kg...
    semoga cpt smbuh dan diberikan kekuatan kak ira

    ReplyDelete
  25. Moga irra n baby terus sihat dan selamat! Kuatkan semangat ya! Allah sayang kan Irra sekeluarga!

    ReplyDelete
  26. Moga Irra n baby terus sihat dan selamat serta berada dalam lindungan Allah SWT

    ReplyDelete
  27. Allahu besar ujian buat Irra tapi Irra kuat hadapinya. Semoga baby cepat sihat dan boleh jumpa mommy cepat2..

    ReplyDelete
  28. Ujian dan nikmat buat Irra dalam satu masa, syukur pada Allah ibu dan anak selamat. Moga Allah tambahkan pahala dan naikkan darjat atas pengorbanan Irra

    ReplyDelete
  29. Alhamdulillah semuanya selamat.. ujian yg Allah bg pada kita pasti ada hikmahnya.. betul kali pertama dgr uri melekat pd rahim..tp alhamdulillah dapat tahu awal dn boleh dibuang.. apa2 pun tahniah irra

    ReplyDelete
  30. Yg penting, jaga kesihatan lps ni ya irra. Akk baca entri ni, baru tahu ttg full story

    ReplyDelete
  31. Sedih baca. Get well soon dear. You, your husband, little baby and i believe all your family are very positive and supportive. Alhamdulillah semua selamat

    ReplyDelete
  32. tahniah sekali lagi Irra...mmg akan penat dgn Ayra yg masih kecil tapi soon Irra akan overcome dan nampak dah Irra very strong dan positif...

    ReplyDelete
  33. Subahanallah..kak irra wanita hebat.. insyaallah ada hikmah lain disebalik kejadian ni.

    ReplyDelete
  34. Tak tahu dari mana Irra dapat kekuatan dan boleh kekal tenang. Kak ain baca pengalaman irra ni dari tengok gambar2 kat IG irra sampai baca entry ni, menitik-nitik airmata kak ain... ngilu hujung hati..

    Ya Allah.. besar dugaan mu.. besar juga kurniaan Mu.. lindungi, rahmati dan hadiahkan sahabat ku ini sebaik-baik kehidupan dunia dan akhirat.. Aamiin Ya Rabb..

    ...

    ReplyDelete
  35. br dpt bc entry ira ni..Allah uji sbb syg..Ira kuat, suami pn kuat..kita kagum tgk ira tenang je...hugss!!

    ReplyDelete