Sebagai seorang ibu, saat yang meresahkan sepanjang hari adalah apabila anak tidak sihat. Tambahan sekarang musim panas yang teruk. Mudah sangat anak mendapat penyakit seperti selsema, batuk, berkahak atau demam.
Susah hati betul. Macam mana nak kawal sakit anak? Baru-baru ni Ayra yang masih 5 bulan batuk berkahak dan selsema. Malamnya Ayra terus demam. Badan dia kalah melawan virus yang menyerang lah tu. Bertambah susah hati mommy...
Seperti yang kita semua tahu, bayi bawah 2 tahun kita tak boleh sembarangan bagi makan ubat. Pergi lah ke pakar sekalipun, mereka tidak akan memberi ubat. Masa Amal belum 2 tahun, kerap selsema sehingga ada jangkitan pada telinga, doktor pakar hanya minta mommy belikan sterimar. Jadi untuk Ayra mommy dah sediakan sterimar apabila Ayra selsema. Cuma bila Ayra batuk berkahak? Apa yang perlu mommy lakukan?
Haa tahu tak? Dalam badan kita ada bakteria baik dan bakteria jahat? Kita jatuh sakit apabila bateria jahat menguasai badan. Masa Anis ekzema dulu, mommy ada berikan Anis probiotik juga. Hurmm kena juga cari Probiotik untuk Ayra lah macam ni.
Apa itu probiotik? Gambar rajah di bawah mommy dapat dari blog www.ovennini.com hasil perkongsian rakan mukabuku 2 tahun lepas. Sebab senang faham, jadi mommy nak share di sini.

BioGaia Drop Probiotik pilihan mommy untuk Ayra |
Apa itu probiotik? Gambar rajah di bawah mommy dapat dari blog www.ovennini.com hasil perkongsian rakan mukabuku 2 tahun lepas. Sebab senang faham, jadi mommy nak share di sini.
Probiotik & prebiotik |
Percaya atau tidak, penyakit yang datang adalah dari usus. Usus menerima makanan dari apa yang kita makan. Apa yang kita makan akan menentukan kesihatan tubuh badan kita.
Jadi nak sihat, jaga lah pemakanan. Cuma kalau kita tengah sakit macam mana?
Apa itu probiotik?
Apa itu probiotik? |
Probiotik adalah makanan/minuman atau supplemen yang mengandungi mikroorganisma baik yang boleh hidup di dalam saluran penghadaman manusia dan memberi pelbagai manfaat.
Sumber probiotik |
Makanan atau minuman Probiotik dalam gambar di atas mommy tak makan. Haha serius la mommy tak makan budu, tempe, yogurt, kimchi, cencaluk atau tempoyak. Kefir atau teh kombucha pun mommy tak pernah tengok depan-depan.
Kalau baby yang tak sihat, mana boleh baby makan makanan probiotik. Nak taknak mommy kena cari supplemen probiotik yang sesuai untuk bayi.
Supplemen probiotik terbaru yang ada di pasaran adalah BioGaia. Jenis cecair, minum 5 titis setiap hari. BioGaia Probiotic Drops selamat untuk bayi 0-3 tahun.
BioGaia juga mengeluarkan probiotik berbentuk tablet yang boleh dikunyah. Sesuai untuk kanak-kanak berusia 4 hingga 18 tahun dan juga orang dewasa. Selamat untuk ibu menyusu dan semasa mengandung.
Amal akan dapat batuk setiap kali minum minuman berais atau makan aiskrim. Tapi sejak mommy bagi Amal(4 tahun) makan BioGaia Probiotic Chewable Tablets, tak dengar dah Amal batuk. Ayra pon dah tak selsema atau batuk. Alhamdulillah senang hati mommy bila anak-anak mommy sihat.

BioGaia Probiotic Chewable Tablets |
Amal akan dapat batuk setiap kali minum minuman berais atau makan aiskrim. Tapi sejak mommy bagi Amal(4 tahun) makan BioGaia Probiotic Chewable Tablets, tak dengar dah Amal batuk. Ayra pon dah tak selsema atau batuk. Alhamdulillah senang hati mommy bila anak-anak mommy sihat.
Khasiat Probiotik:-
- Membantu menurunkan tekanan darah
- Membantu proses penghadaman
- Membantu pengawalan berat badan
- Meningkatkan fungsi sistem imun
- Mengawalselia kesihatan jantung
- Mengurangkan keradangan
- Membantu mengurangkan jerawat
- Memulihkan cirit birit, sembelit & isu gastrousus
Mommy juga akan bagi anak makan probiotik apabila mereka mengambil antibiotik. Antibiotik akan membunuh semua bakteria jahat dan baik. Jadi anak-anak perlukan kembali bakteria baik dengan segera sebelum bakteria jahat menggalak.
Gini lah nak faham mudah sikit. Kalau ada virus serang, dia akan sekufu dengan bakteria jahat. Jadi bila bakteria baik tak ada, maka bakteria jahat akan bermaharajalela dan badan akan mudah sakit. Bila mommy topup probiotik, badan akan stay kuat sebab bakteria baik akan lawan virus yang menyerang.
Makanan tidak sihat adalah makanan kepada bakteria jahat. Maka sila ajar anak anda(anak mommy juga) untuk makan sayur selalu dan amalkan pemakanan sihat.
Wow. Blh try ni
ReplyDeleteBaru faham mengenai probiotic Ni. Boleh cuba
ReplyDeleteMenarik juga nih..
ReplyDeletelama tak singgah sini kan mommy, apa sahaja yang baik untuk anak-anak pasti kita sebagai ibu akan lakukannya.. semoga Adam, Anis, Amal dan Ayra akan membesar sihat dan cemerlang dunia akhirat..aamiin
ReplyDeletememula kenal probiotik rasanya masa yakult diperkenalkan.. dlm tu pun ktanya ada probiotik..
ReplyDeletecomey ayra, rasa nak picit picit je pipi nya
ReplyDelete