Senangnya untuk pergi bercuti

Senangnya untuk pergi bercuti | Siapa tak suka pergi bercuti kan? Kali ini mommy ingin kongsikan info-info tentang nak pergi bercuti ni. Bercuti adalah satu keperluan untuk kita rehatkan minda setelah penat bekerja. Terapi juga tu.

Nak bercuti ke JPO ke mommy? Gambar ehsan encik google

Zaman Teknologi IT yang semua benda di hujung jari banyak membantu memudahkan kerja kita. Jadi dalam artikel ni mommy nak share bagaimana cara nak dapatkan cheap KLIA transit deals online kat Traveloka. 

Traveloka dibuat untuk memudahkan kita yang suka travel sebabnya kita boleh book dan buat payment secara serentak. Jom mommy cerita macam mana nak book and lepas tu mommy akan cerita sikit kat mana kita boleh pergi bercuti. 

Menarik juga aplikasi Traveloka ni. Selain booking hotel atau flight kita boleh guna aplikasi ini untuk cari atau find bus from kl sentral to klia promotions online  dengan senang.

Anda pergi ke menu dan cari Airport Transfer. Dari situ anda boleh pilih destinasi dari mana, kemudian nak ke KLIA. Harga akan dipaparkan dan anda boleh book.

Menu Aplikasi Traveloka
Menu Aplikasi Traveloka

Nak senang lagi, klik sahaja gambar promo di screen tersebut seperti gambar di bawah.

Traveloka KLIA Express
KLIA Express

Anda  masuk hanya perlukan waktu pengambilan (Pick-up Date) dan masa (Time) sahaja. Pastikan destinasi "From" dan "To" betul ya.
cheap KLIA transit deals online kat Traveloka

Selepas payment dibuat melalui debit card atau credit card, voucher akan dihantar ke email anda. Voucher tu nanti akan digunakan untuk naik bas. Senang kan? Tak perlu naik teksi, boleh elak jammed dan cepat sampai. Kalau nak naik ke KLIA2 pon boleh.

Mommy nak ingatkan voucher  ni nanti tak boleh jual balik. Jadi make sure kalau dah beli tu, pakai lah ye. So guys, please download aplikasi Traveloka. Senangkan kau orang juga nanti. 

Bazar karat Johor Bahru

Next pulak mommy nak cerita tempat-tempat yang best di Johor. Kepada peminat uptown atau pasar malam, boleh lah datang ke Bazar karat Johor Bahru setiap hari. Kemeriahan kehidupan malam di sini telah menarik perhatian penduduk sekitar mahupun Singapura untuk datang menikmati suasana di sini.

Ada pelbagai jenis barangan dijual di bazar ni, antaranya baju dan seluar, cenderamata, kasut, perfume dan bermacam lagi. Bazar Karat ini menjadi tumpuan ramai kerana pengunjung boleh tawar menawar ketika berurus niaga dengan penjual kat sini.

Selain itu, anda boleh berehat di gerai-gerai makanan yang ada di sekitar bazar ini sambil melayan persembahan muzik jalanan yang berbakat. Dan bagi peminat barangan bundle dan rare, Bazar Karat pasti menjanjikan satu pengalaman yang berharga untuk anda mencari barang-barang pilihan.

Johor Premium Outlets (JPO)

Siapa saja yang tidak kenal akan JPO. Dibuka pada tahun 2011, tempat ini antara pusat membeli belah yang terkenal dengan menjual barangan yang berjenama mewah dan eklusif pada harga yang berpatutan.

Hampir setiap hari, setiap kedai di sini menyediakan potongan harga dari 25% hingga 65%. Dan pada musim perayaan, anda mungkin berpeluang untuk mendapatkan barangan mewah dengan potongan harga sebanyak 90%.

JPO juga dikenali sebagai Dataran Batu Pahat, dataran ini terkenal dengan anjuran pelbagai festival bersempena hari sambutan di Malaysia seperti Hari Kebangsaan, Hari Raya Aidlifitri dan Tahun Baru Cina.

Penduduk tempatan juga gemar berkunjung ke Tugu Batu Pahat yang kelihatan macam batu dipahat oleh sepasang tangan.

Selain itu, penduduk tempatan juga selalu berkunjung ke sini pada hari biasa untuk bersantai dan beriadah. Ada juga yang bermain layang-layang di samping ada gerai makanan di sekitar dataran.

Bangunan Sultan Ibrahim

Bangunan Sultan Ibrahim merupakan bekas pusat pemerintahan Johor, bangunan ini sekarang dijadikan sebagai salah satu tarikan utama pelancong di Johor Bahru. Bangunan yang mengabungkan seni bina kesultanan Johor, seni bina kolonial, dan seni bina Islam ini siap dibina pada tahun 1940 bertujuan untuk menyelaraskan dan menyatukan sistem pentadbiran negeri.

Bangunan Sultan Ibrahim
Bangunan Sultan Ibrahim. Gambar ehsan encik google

Infrastruktur luar yang mempunyai gaya kolonial, seni bina dalaman Bangunan Sultan Ibrahim mengikut gaya Melayu Johor dan ada sentuhan seni bina Islam pada ukiran-ukiran pada bangunan ini.

Pada pencinta sejarah, anda harus berkunjung ke sini kerana Bangunan Sultan Ibrahim ini juga merupakan benteng pertahanan ketika Perang Dunia Kedua. Penuh dengan sejarah. 

4 comments:

  1. Bestt pergi kalau ade sale.. lg2 time perayaan.. mmg sale kaw2..

    ReplyDelete
  2. rindu nak ke Selatan tanahair...kalau kesana pastinya kena ke JPO, Pasar Karat...bagus apps Traveloka tuu..

    ReplyDelete
  3. Dah lama tak pergi sini. Bestnya sopink.

    ReplyDelete
  4. Belum pernah sampai ke bazar karat tu lagi. Nanti balik Jb boleh pergi. ;)

    ReplyDelete