Buffet Ramadhan Ala Istana & Hotel 5 bintang tapi murah di Melaka

Kini sudah menjadi trend untuk berbuka puasa dengan Buffet Ramadhan. Selain dari aneka jenis pilihan makanan , pihak yang menawarkan Buffet Ramadhan juga akan menyediakan kemudahan untuk bersolat dan ruang parking kereta. Sambil berbuka puasa, boleh berkumpul bersama keluarga atau rakan. 

Buffet Ramadhan 2019 @ Villa Istana Melaka

Untuk warga Melaka, jom berbuka puasa Ala Istana & Hotel 5 bintang, tapi harga sangat berpatutan di Villa Istana Melaka.

Villa Istana Melaka

Villa Istana Melaka ini terletak di Ayer Keroh, Melaka serta pernah dijadikan lokasi set penggambaran  dalam drama ‘Jodoh-Jodoh Annisa’ yang kini ditayangkan di Astro Prima. Mereka menjamin sajian makanan  bertaraf 5 bintang memenuhi citarasa ramai, layanan dan perkhidmatan yang cemerlang apabila  menikmati juadah berbuka puasa sepanjang Bulan Ramadhan 2019.

Sajian Menu Buffet Ramadhan 2019 @ Villa Istana Melaka menyajikan pelbagai sajian tradisional dan  moden yang digabungkan dengan aneka juadah yang menjadi 'Menu Wajib' pada bulan Ramadan.
Antara sajian di Buffet Ramadhan @ Villa Istana Melaka

Antaranya ialah Kambing Grill, Nasi Beriani dan Nasi Serai yang dihidangkan dengan Ayam Masak  Merah, Ayam Goreng Rempah, Daging Bakar Masak Lemak Cili Padi, Daging Dendeng, Daging Rendang dan banyak lagi. Pasti akan memberikan 1001 pengalaman berbuka puasa yang tidak akan dilupakan buat mereka yang berbuka puasa di sini.

Char Kuey Teow & Lok Lok Ipoh

Kemudahan Yang Disediakan  

Suasana dewan makan yang selesa, dilengkapi dengan penghawa dingin mampu memuatkan  500 tetamu dalam satu masa. Kemudahan wifi percuma juga disediakan menjadikan Villa Istana Melaka ini tumpuan untuk berbuka puasa bersama ahli keluarga, rakan sepejabat dan majlis meraikan anak-anak  yatim.  

Selain daripada itu, Villa Istana Melaka turut menyediakan ruang parking kereta yang luas, tandas  awam, bilik solat khas yang dilengkapi dengan sejadah, selipar serta tempat wuduk untuk menunaikan solat Maghrib & Isyak dengan selesa selepas berbuka puasa.  

Bilik penginapan ekslusif juga disediakan bagi pengunjung musafir yang ada urusan lanjut di Negeri  Melaka Bandar Bersejarah. 



Buffet Ramadhan 2019 @ Villa Istana Melaka akan berlangsung pada 10 Mei hingga 1 Jun 2019.

HARGA  

Harga yang ditawarkan adalah RM45.00 untuk dewasa dan RM29.90 untuk kanak-kanak.  

Murah tau harga Buffet Ramadhan jika dibandingkan dengan tempat lain. Jom tempah awal sebelum kehabisan tempat. Kecewa nanti. 

Tempahan untuk keluarga, korporat dan berkumpulan juga di sediakan dengan tawaran pakej yang  sangat menarik.  



Tempahan awal untuk majlis korporat amat digalakkan bagi memastikan majlis berbuka tersebut berjalan  dengan lancar dan selesa.  

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:  
VILLA ISTANA MELAKA  
Lot 11319 PM1313  
Jalan TU1, Taman Tasik Utama  
Ayer Keroh, Melaka.  
06 - 233 0205 / 017 - 340 8715 / 016 - 790 0804 / 010 - 794 0115 / 017 - 335 7466 
Instagram: www.instagram.com/villaistanamelaka

Apa lagi warga Melaka Bandar Bersejarah, bawa keluarga atau ajak rakan berbuka bersama di Villa Istana Melaka.

3 comments:

  1. wah tengok design pun nampak excslusive sangat. memang grand lah ^_^

    ReplyDelete
  2. alahai sedapnya ada kambing grill

    ReplyDelete
  3. fuhhh mereciksss buffet dan hotelnya! mesti puas hati. 5 bintang woh :D

    ReplyDelete