Tips jimat air semasa gangguan bekalan air

Tempat aku antara 577 kawasan KL, PJ, Klang, Shah Alam, Gombak, Kuala Langat dan Kuala Selangor mengikut dalam berita akan mengalami gangguan bekalan air selama 3 hari; 24 April sehingga 27 April.

Kajian menunjukkan purata di Malaysia menggunakan jumlah air yang paling banyak di dalam tandas dan untuk cucian. Sungguh la kan. Baby boleh la cuci dengan baby wipes. Setakat beberapa bulan sahaja, kemudian dah kena guna air untuk melancarkan cucian. Baby boleh la sebab minum susu sahaja. Kalau orang dewasa? Siap kena flush baru hilang bau. 

Tips jimat air semasa gangguan bekalan air

Ini adalah antara tips yang aku praktikkan bagi menjimatkan air semasa gangguan bekalan air:-

1. Kurangkan flush jamban dengan menggunakan spray pencuci. 
Spray untuk hilang bau. Aku guna pencuci lantai sahaja. Kalau dah buang air besar, flush je la. Ada datang penyakit pula nanti. 

link

2. Cebokkan anak
Anak-anak tahu saja lah. Nak main air. Nak tak nak, kena lah emaknya rajinkan diri selepas ini. Banyak hari tak ada air ni. 

3. Guna cawan dan pinggan pakai buang
Cara ini boleh la mengurangkan sedikit penggunaan air. Namun, periuk belanga dan jag kena cuci pakai air juga. 

4. Cuci pinggan guna air dalam water dispenser. 
Boleh la gantikan paip dan memudahkan kerja. Susah kan nak cebok air membasuh. 
Dispenser yang asalnya isi air masak

5. Air cuci pinggan guna semula untuk cuci jamban
Haha! Kitar semula untuk penjimatan. Kena lah berjimat-jimat supaya cukup bekalan air 74 jam. 

Buat masa ni, itu sahaja tips yang aku buat untuk menjimatkan air. Moga semua ok.

Risau sangat air tak cukup sampai guna kotak dan raga baju anak

#AirSelangor
#Meru 
#Kapar


2 comments:

  1. Berguna sangat idea ni.

    Jemput blogwalking ke blog saya :)

    ReplyDelete
  2. tak terfikir pun guna raga kain mcm tu, taruk plastik bag.

    ReplyDelete