Sebenarnya, mommy taknak ingat dah pengalaman kelahiran ke-4 ini. Tapi nanti lupa terus pula. Boleh la Ayra baca pengalaman melahirkan dia.
6.54 petang, 11 Mac 2019; air ketuban pecah ketika mommy sedang bercangkung nak ambil barang dalam laci.
Mengikut pengalaman pertama dan kedua, akan ada bunyi "pop" semasa air ketuban pecah. Barangkali mommy dah memang tengah buka ruang kat bawah tu(bercangkung), mommy hanya rasa ada air nak keluar. Sempat pekup dengan tangan sebelum sambar bakul sampah. Itu yang paling dekat.
Kebetulan Adam jemur kasut dalam bilik mommy. Kasut tu terlapikkan kotak. Mommy buat lapik guna kotak tu juga.
Mommy terus bagitahu daddy dan minta daddy balik segera.
Sementara tu mommy beri arahan kat anak-anak ambilkan baju dan seluar mommy. Kain batik yang mommy pakai dah basah lencun.
Dah siap pakai lengkap dengan tuala wanita, mommy mulakan kerja. Cari baju sekolah anak-anak dan semua keperluan letak depan pintu. Pagi tadi mommy rajin iron semua baju untuk satu minggu. Macam tahu dah tiba masanya.
Masa ni tak ada sakit lagi. Boleh siapkan anak-anak dan makan malam. Selesai semua baru hantar anak-anak ke rumah jiran.
9.00 malam; Tiba di Hospital Shah Alam. Mommy nampak tak sakit. Ya memang tak sakit. Nurse pon buat lambat-lambat. Orang dah tak sabar nak beranak ni.
9.47 malam; Baru naik tempat menunggu dewan bersalin, PAC.
10.50 malam; Doktor buat VE(vaginal examination) atau orang sebut kena seluk. Tengok cara tukang seluk juga la. Ada yang buat tak sakit. Ada yang sakit. Ada yang sakit gila. So rezeki masing-masing la nak dapat yang macam mana. Haha.
Apa yang mommy buat dalam PAC tu? Duduk, berjalan, menunggu, berulang ke bilik air. Sehingga lah berlaku tragedi handphone Honor View 20 mommy masuk dalam lubang jamban jam 11.56 malam. Hahahahhaa
Daripada menahan sakit, terkejut handphone jatuh terus tak sakit. Mujur lah air bersih. Air tak banyak. Mommy cepat ambil handohone dan cuci-cuci. Teruk benar hang irra!
Nurse kata minta suami belikan makanan. Kat sini tak disediakan makanan. Mommy order mcD.
Tengah malam, fastfood je la |
Bila dah pakai baju seragam pokadot, dah tak boleh keluar dari Hospital. Sepatutnya mommy dah warded tapi katil penuh. Kena la menunggu dia ruangan menunggu. Cuma ada beberapa katil lipat. Kalau kosong boleh baring.
Katil lipat |
Tapi tak selesa nak baring apabila dengar orang sebelah mengerang kesakitan. Dah kau belum sakit kan. Haha.
Me n hubby |
Mommy ni pula, bila lepak dengan daddyG baru ada contraction. Bila masuk dalam PAC, tak sakit. Adeh! Bila nak beranak ni kalau tak sakit.
4.45 pagi, 12 Mac 2019; Doktor pasang branula.
Haih susah la nak bergerak bila dah pakai branula |
Mommy masih di PAC, maka daddy la kena belikan breakfast. Daddy belikan nasi lemak kerang untuk isterinya yang tak makan kerang.
12.55 tengahari; Doktor cucuk branula sebelah kanan sebab yang sebelah kiri tak boleh masuk ubat.
Disebabkan air ketuban pecah lebih 18 jam,mommy kena on antibiotic 4 jam sekali.
Kali ni doktor cucuk sampai 2 tempat tangan sebelah kanan. Sekali masuk jarum, darah tak keluar. Kali kedua baru ok. Doktor cuma kata "Maaf ya puan". Huhuuu sakit tetap sakit.
4 petang; Mommy dapat naik wad. Kipas kuat bukan main. Bila dah naik wad, baru mula sakit. Aduh! Dah la seorang diri.
Kali ni doktor cucuk sampai 2 tempat tangan sebelah kanan. Sekali masuk jarum, darah tak keluar. Kali kedua baru ok. Doktor cuma kata "Maaf ya puan". Huhuuu sakit tetap sakit.
4 petang; Mommy dapat naik wad. Kipas kuat bukan main. Bila dah naik wad, baru mula sakit. Aduh! Dah la seorang diri.
4.30 petang; Tukar katil masuk bilik ada aircond. Sakit makin kuat. Mommy terus call daddy minta datang.
Tadi seharian kat PAC senyum-senyum sebab tak sakit. Sekarang menangis seorang. Daddy yang baru sampai rumah, datang semula bila si isteri call dia tapi tak cakap. Tahan nangis lah tu.
6.30 petang; Daddy sampai. Minta daddy suap makanan. Orang bukan mengada ya. Sakit.
Minta daddy tolong teman pergi bilik air. Sakit sampai keluar air mata.
Makanan sebelum beranak |
Keluar bilik air, sejuk pula. Terketar-ketar. Sejuk dan sakit.
7malam; Daddy keluar bila guard sound. Alaaaa i need you. Tapi daddy malas la bila dah kena sound. Dia tinggalkan kita yang terketar-ketar ni.
Dah kena tinggal dalam sakit, mommy tak tengok handphone dah. Nurse dan doktor silih berganti. Mommy demam.
Doktor buat VE dah buka 6 cm dan nak hantar mommy ke Labour Room (LR). Nurse minta minta hubungi suami untuk tunggu kat bilik menunggu.
Update tanya wife dia macam mana |
Dah masuk LR, doktor buat VE baru 4cm. Boleh macam tu? Tapi kita dah sakit sangat ni. Dengan demamnya lagi. Nurse seorang suap paracetamol. Nurse lain ambil suhu berulang kali. Nurse lain tuam badan dengan kain basah. Sampai suhu turun.
Doktor pon macam-macam datang. Sampai pakar datang, nak bagi pethadine. Mungkin la sebab bukaan baru 4cm tapi mommy dah seharian tak rehat. Jadi doktor decide bagi ubat tahan sakit.
Doktor pon macam-macam datang. Sampai pakar datang, nak bagi pethadine. Mungkin la sebab bukaan baru 4cm tapi mommy dah seharian tak rehat. Jadi doktor decide bagi ubat tahan sakit.
"Lepas ni kita panggil suami puan masuk ya."
Lepas dah cucuk ubat tahan sakit, baru daddy masuk lebih kurang 9.30 malam.
Sakit yang kuat sangat sampai tak boleh tahan menggelupur, mommy jerit panggil nurse. Tapi baru buka 6 cm.
Sakit yang datang tu sakit sangat. Satu cara yang buat lega, jangan tahan sakit tu. Biar ja kepala baby lalu. Baru rasa lega.
Nurse bising kata "Puan teran ke?"
Tak, tak, saya tak teran pun.
Nurse minta teran, tak boleh teran pulak. Salah teran sampai baby masuk balik dalam.
Masa ni ikut je arahan nurse. Akhirnya mommy selamat bersalin baby girl jam 11.51 malam. Lama lah daddy teman mommy kali ni.
Baby diletakkan atas dada. Nurse nak keluarkan uri.
Kemudian mereka perasan bibir vagina bengkak. Aku tak tahu rupa macam mana sebab tak nampak. Yang aku rasa adalah sakit. Sampai nurse bising minta aku pegang baby. Bila dah sakit kena godek kat bawah, terangkat-angkat tangan aku. Last solution doktor hantar aku ke bilik bedah sebab ada pembuluh darah pecah atau nama saintifiknya Hematoma.
Aku beranak intact perineum iaitu tiada koyak. Tapi habuan aku juga la kena Hematoma.
Itu saja la pengalaman bersalin aku yang ke 4. Masa yang lama. Sakit yang lama. Taknak beranak lagi dah.
Datang untuk menjenguk
ReplyDeleteIslam Is Great
Nnt bila dah lupa2 bab sakit ni , haha mesti tk risau nak beranak lagi..
ReplyDeleteTapi mmg seram juga baca pengalaman mommy ni bersalin, syukur semua selamat.