Network 4G LTE Celcom bermasalah sehingga hujung tahun

Aku pengguna Telco TuneTalk. Sejak 27 Mac yang lalu network 4G LTE tak ada. Aku dah buat report (TT392083).
Geram sungguh TuneTalk ni

Hasilnya, Network 4G LTE Celcom di kawasan taman ini akan bermasalah sehingga hujung tahun. Dah kenapa Celcom pula? TuneTalk tumpang tower Celcom....

Celcom nak upgrade network di kawasan taman ni bagus dah. Tapi dengan cara macam ni. Tiba-tiba 4G LTE tak berfungsi tanpa sebarang makluman. Sakit hati weh!

Kerja-kerja aku memerlukan internet. 27 Mac lalu aku ada kerja nak kena siapkan. Sekali line internet nampak 4G tapi tak ada. Masalahnya kat kawasan taman ni sahaja. 

Laki aku balik kata kat jalan besar ada internet. Nasib la laki aku bijak. Tukarkan network mode ke 3G, boleh guna. Boleh siapkan kerja aku, cuma lambat sikit.


Bila kami buat report masalah yang berlaku ni, katanya hujung tahun baru ok. What? Sekarang baru April. 

Laki aku suruh tanya jiran ada pakai Celcom tak. Mama Nor pakai Celcom. Whatsapp masuk bila ada call in/out. 

Menurut laki aku, bila on call, network 4G akan bertukar 3G. Sebab tu masa call baru whatsapp masuk. Ilmu la bagi aku. Aku perasan internet tak ada langsung bila tengah on call. 

Aku pon minta Mama Nor datang rumah untuk aku ubah setting network handphone dia. Elok tukar network, baru lah hidup whatsapp mama. 

Mama mungkin la tak guna sangat internet. Tapi aku, internet tu penting sebab dengan internet aku cari makan. Dan aku 24 jam ada kat rumah. Cuma nak tukar line apa pulak la selepas ni. Haihh 

Celcom, next time kalau nak buat masalah macam ni, belajar dengan kerajaan negeri Selangor. Maklumkan awal tak ada air. Orang pon akan faham. 

Aku dah tahu masalah sampai hujung tahun. Tapi tahu selepas 25 hari 4G bermasalah. Tahu selepas aku dah topup RM30. Nak kata apa lagi? Guna ja la sebulan lagi line 3G macam siput sedut ni. Bila malam slow. Bila hujung minggu slow. Nak kena buat kerja time orang tidur. Orang lain tidur, aku pun nak tidur.

Terima kasih lah buat kami macam ni. 

Nak lamar balik Digi? Maxis?

Serabut weh!!!

1 comment:

  1. Celcom tengah upgrade nak 5G.. Tapi tu lah.. Redha je lah dia punya slow.. Sbb tu kami kat rumah pakai unifi mobile... Tapi sbb tak topup unifi mobile.. Mmg guna je la celcom walaupun slow.

    ReplyDelete