Ini cerita bilik mommy pula. Mommy tak ada side table. Jadi segala mak nenek semua ada atas katil. Walaupon katil king, kalau dah semua barang termasuk handphone, botol minyak kelapa dara, losyen, extension socket, tisu, botol air, macam-macam ada memang semak lah.
Tunggu side table muncul sendiri, memang tidak la. Akhirnya mommy cari kat shopee. Semak mata dah tengok barang sendiri.
Buka bungkusan side table |
Cuma nak pasang kena minta tolong encik suami juga la. Banyak hari juga la baru daddy nak tolong buat. Mommy siap nak merajuk dah. Muahahahaa.
Haaa mommy kuat merajuk, menangis, esok melekat perangai kat baby. Macam Adam. Masa mengandung Anis dan Amal jiwa kental kot. Tu yang Anis dan Amal macam kental lebih dari Adam.
Thank you tolong pasang |
Tahu kenapa mommy cakap macam tu? Ummi marah sikit ja menangis dah Adam. Anis dan Amal macam tak ada perasaan sangat kalau kena marah. Peduli apa kan. Muahahahhaa.
Tinggal laci lagi satu. Siap! |
Mommy tengok sahaja daddy pasang sambil di bantu Adam, Anis dan Amal.
Ngam ngam sahaja sama tinggi katil. Jadi lah tu. Tak ada gambar sekali katil. Ngeee nanti lah ada masa ambil gambar. Katil penuh dengan bantal pula. Ibu mengandung kena ada banyak bantal. Hehe #alasansangat
Cantiknya side table.
ReplyDeletecantik warna putih.. =D
ReplyDelete