Penempatan kelas di Bengkel Kemahiran Hidup

Penempatan kelas di Bengkel Kemahiran Hidup | Tahun 2019, kelas Adam Tahun 2 Berlian di tempatkan di Bengkel Kemahiran Hidup. Ini adalah disebabkan oleh penambahan 2 kelas bagi pelajar tahun 1. 

Mula-mula tengok kelas masa pendaftaran yuran, mommy dan daddy macam "Okey". 

Mommy siap pesan dengan cikgu kalau ada nak gotong royong kemas kelas, bagitahu la. Kami tolong mana yang mampu. 

Kelas Adam bekas Bengkel Kemahiran Hidup

Setelah beberapa hari kelas, ada ibu pelajar bersuara dalam group whatsapp. Anak dia balik mengadu sakit pinggang. Ada juga anak yang demam di minggu pertama persekolahan.

Meja kerusi Bengkel Kemahiran Hidup

Mommy terus tanya pada Adam. Adam pon kata dia sakit badan. 

Cuba fikir kan, kita masuk bengkel paling lama pon 1 atau 1 setengah jam. Anak-anak ni terpaksa berjam-jam duduk atas kerusi tanpa penyandar. 

Cikgu kata hujung bulan Januari baru dapat meja kerusi. Aduh. Kesian anakku. 

link

Mommy siap survey kerusi untuk Adam guna sementara waktu. Tapi Adam kata tak apa. Adam tu mesti dia taknak kalau dia seorang saja guna kerusi lain. Huhu. 

Alhamdulillah, pertengahan bulan Januari kelas Adam dah dapat kerusi dan meja. 

Dapat kerusi meja baru setelah 2 minggu belajar

Luas lah kelas adam dah dapat bengkel. Tapi pelajarnya ada 46 orang. Tetap kelas sampai ke belakang. 

Cikgu kongsikan gambar. Tu haa Adam Rayyan baris ke 4

Gotong royong mengemas dan mengecat

Cikgu ada buat gotong royong mengemas dan mengecat kelas. Ibu bapa yang ada masa turun padang membantu cikgu mengemas dan mengecat kelas. 

Cikgu pilih baby blue & pink

DaddyG wakil mommy buat kerja gotong royong mengecat kelas Adam

Gigih ibu bapa bergotong royong

Mak-mak pasang wallpaper

Cat luar kelas

Tinggi-tinggi serah pada ayah-ayah

Turunkan meja bengkel dengan tali

Ayah-ayah hebat

Sebelum dan selepas


Sebelum dan selepas

Sebelum dan selepas

Moga anak-anak 2 Berlian lebih semangat belajar dan cikgu pon bersemangat mengajar.

3 comments:

  1. wah bagusnyaa parents anak2 ni semua. senang hati cikgu mengajar. ramai2 turun padang menghias kelas.. lega daa skrng da ok da kelasnya cantik =D

    ReplyDelete
  2. Cantik dan selesa setelah diubah suai.
    Ramainya sekelas.
    Kesian cikgu yang mengajar

    ReplyDelete
  3. Wah.. Bagus betul mak ayah.. Macam ini barulah hubungan antara guru, ibu bapa dan pelajar jadi lebih erat.. Saling bantu membantu dan berkerjasama.. Aanak-anak nak belajar pun makin selesa..

    ReplyDelete