Luahan perasaan | kecewa tak dapat makan cendol durian

Aku luah perasaan kat sini sahaja lah. Kecewa sebab tak dapat makan cendol durian.

Beberapa minggu lepas suami(daddyG) ada ajak makan cendol durian percuma. Percuma untuk ibu mengandung. Tapi disebabkan aku nak kena buat BSP. Aku tak la excited sangat. Kang bacaan BSP teruk sebab durian, aku kena cucuk insulin.

Tapi dah masuk 36 minggu ni, aku teringin pula! Arghh macam mana ni. 

Ini la cendol durian percuma untuk ibu mengandung, aku ambil dari fb mereka.

Banyak kali aku sebut cendol durian, daddyG pun masukkan dalam list aktiviti kami hari ini. Ada 5 perkara nak kena settle, salah satunya adalah bawa makan cendol durian. 


Hari ni daddyG sakit gigi. Sakit urat belikat lagi. Tapi dah janji. Kena juga la buat apa yang dah dirancang sampai ke malam. Satu-satu kami selesaikan. 

Dengan muka anak-anak mencuka sebab kata nak jalan tapi tak turun kereta pun. Lepas tu mencuka sebab lapar. Mommy nak ambil hati mereka, belanja la aiskrim seorang satu. Terus happy semula. 

Tapi daddy pula jadi lain. Susah nak penuhi kehendak semua orang kan. Konon nak pujuk anak, bapa dia pula buat hal.

Ingatkan ada harapan lagi nak makan cendol durian. Sebab kedai cendol durian tutup pukul 10. 

Tinggal cendol durian sahaja ni. Dari rumah kami ke Setia Alam. Kemudian ke Klang. Seterusnya ke Subang Jaya. Akhir sekali kami ke Damansara. 

Masuk sahaja kereta, aku tanya lah.  

"Kita jadi pergi makan cendol durian ni?" 

DaddyG balas "I tak larat dah".

Huwaaaaa tatap sahaja lah gambar cendol durian tu.. 

Belum pukul 10 malam, daddyG dah lena.

Huwaaaa sambung tatap gambar cendol durian......

0 comments:

Post a Comment