Mommy nak bancuh kopi o. Tapi kopi dah keras. Mommy dah masukkan dalam tong sampah, ish rugi pula. Boleh buat scrub ni. Sental badan anak-anak.
Tengah sental badan anak-anak. Riuh rendah dalam bilik air, daddy balik.
"Daddy tolong ambilkan gambar anak."
Photo taken by OnePlus 5 |
Gambar sekeping sahaja mommy letak kat FB. Hitam. Tak nampak apa-apa yang harus dimalukan.
Mungkin akan akan ada yang terkejut sebab gambar ni lalu tengah malam.
Facebook delete gambar asal yang penuh tu. Mommy edit separuh upload lagi sekali kat FB.
Tak tahu bahagian mana yang melanggar etika. Masa nak upload gambar, dah tunjuk kat daddy. Daddy bagi upload.
Penderaan kanak-kanak? Haha!
Kalau tengok gambar hitam boleh nampak benda lain, kena periksa hati tu juga nampak gayanya.
Kalau malu tengok gambar budak yang tak nampak apa tu, kena ada "lebih" malu nampak gambar kawan yang tunjuk bentuk badan, bonjol sana sini walaupon kawan tu berbaju. Itu dosa terus.
Aku letak gambar kat sini sebagai kenangan aku habiskan kopi masuk angin sebagai scrub dekat anak-anak aku.
eh good idea la mommy ... boleh lah I tiru ...
ReplyDeletecia cia cia ... husband punya kopi kekadang masuk angin,
buang mcm tu saja ...
terkejut nieyl..
ReplyDeletedah kenapa budak² ni jadi hitam...rupanya kopi...good idea la kak..