Lepas je daddyG hantar Adam tuisyen, daddyG suruh mommy bersiap. Nak pergi makan cendol durian. Wahhhh....
Bersiap, ambil Adam habis tuisyen terus ke Jalan Kebun cari cendol durian viral.
Ingat nak rasa cendol durian Musang King RM20. Tapi stok durian belum sampai. Ada durian d24 sahaja.
Cendol durian d24 RM10 |
Jadi lah dari tak ada. Lama dah teringin nak makan. Satu mangkuk ni RM10.
Warong Nasi Bajet |
Gerai Cendol Durian ni ada dalam Warong Nasi Bajet. Lokasi di pintu masuk kilang. Ikut waze dia bagi merepek juga la. Kemudian tak berapa nak nampak banner Warong Nasi Bajet tu. Al maklum lah mommy rabun.
Hantu durian |
Mommy order satu sahaja cendol durian. Tapi anak dara menurun mommy suka makan durian ni berebut durian dengan mommy. Arghhh...
Orang nak makan cendol durian, dia bantai makan durian saja |
Mommy request la dengan atuk cendol durian. Nak durian sahaja boleh tak. Anak saya dah habiskan durian.
Dengan mommy dapat la makan durian. Muahahaha |
Tambah isi durian 4 ulas RM12. Satu ulas RM3. Mommy rasa ok ja kot harga tu. Kalau beli durian ntah berapa harga. Belum tentu kena yang sedap.
link
Durian kat sini sedap. Secukup rasa. Amal makan 4 ulas. Mommy makan 2 ulas.
Sedapnya adik oii |
Adam Anis tak berahi durian yang telah dikopek ni. Dua beradik ni menurun daddy.
Cendol pon sedap |
Daddy kongsi cendol biasa dengan Anis. Adam boleh habiskan seorang. Hebat!
Anis yang tak suka durian sangat |
Adik melayan makan durian. Mommy nak ambil durian ulas terakhir, dia tak bagi.
"Ini Amal yang punya.". Hahahahaha..
Kalau ada lagi, dia mau |
Memang betul-betul hantu durian. Menurun siapa lagi kalau bukan mommy.
Layan makan durian |
Daddy ni saja melayan kecewa mommy semalam kan. Hehe. Thank you sayang!
perghhh gambar last tu mmg win ...
ReplyDeleteanak akak pun hantu durian..Tengok orang jual durian tepi jalan suruh umi dia berhenti.Kalau akak suka cendol letak pulut dengan jagung je..sedap wehh
ReplyDelete