Bilik anak

Bilik ini asalnya ada katil dua tingkat. Mommy dah jual katil tu. Buat sementara hanya letakkan tilam sahaja. 4 buah tilam menjadi tilam King yang selesa. 

Kalau sebelum ni mereka ada bilik tapi tidur di ruang tamu. Anak yang seorang tu, tahap kebuasan melampau dia sampai bangun pagi hilang. Bawah meja makan la. Dekat ruang depan la. Seluas alam ruang tamu tu pon tak cukup. 

Yang penting sekali, ruang tamu mommy dah tak sesemak dulu. Semak dalam bilik tak apa, orang datang boleh saja tutup pintu.

Panorama bilik anak

Nota pada dinding, mommy tampal masa ada double decker dulu. Dulu mommy tampal gambar penuh dinding dah tercabut atau dicabut dek anak-anak bertuah mommy. Mommy ingat nanti nak beli wallpaper, pasang wallpaper pula. Tapi entah bila nak pergi DIY tu.

Tak dapat la nak sarung tilam tegang

Rak kayu pula mommy beli dengan jiran. Second hand milik kolej. Tak ingat dah harga. RM15 kot. Masa mula beli, hari-hari spray magic-magic. Beribu ekor semut gatal kecil warna merah terdampar atas lantai. Dia dah beranak pinak sakan dalam kayu tu. 


Ada bajet lebih boleh la mommy belikan almari besar IKEA. Sekarang baju mereka ada dalam almari mommy juga. Huhu. Nak juga berdempek dengan mommy kan.

Perasan tak ada kotak kat sebelah rak tu? Macam kotak harga karun tu dibuat dari kotak biasa. Mommy bungkus dengan wallpaper kedai 2 ringgit saja. Asalnya mommy letak buku Adam. Sekali mommy hentam masukkan beg mereka. Suka sangat balik sekolah letak barang merata. Tak larat nak bebel hari-hari. Tapi kenal bebel juga. 

Ini dah kemas baru nampak elok. Sekejap saja sepah semula. Oh anak!

Seterusnya sudut belajar. Tapi biasa lah, ada meja elok tetap juga ada masa dia buat meja sebagai tempat longgokan barang. Ada meja elok tapi nak juga meniarap atas tilam. Ada meja elok nak buat kerja menghadap TV atau berdempek atas katil mommy. Tak menggunakan sepenuhnya apa yang mommy dah buat untuk mereka. Argh! 

Meja belajar ergonomik Sunperry kids. 

Dinding coklat tu guna wallpaper kedai dua ringgit juga. Nanti tukar bagi kaler ceria sikit. 

Patut la mak suka bebel. Sesekali mak cubit. Itu mak kata bukan senang nak jadi mak. Kena banyak sabar. Esok ni dah besar, anak-anak mommy jadi mak, baca entry ni. Haa tahu lah korang masa kecil-kecil macam mana. Hahahahaha. 

4 comments:

  1. Mereka baca entri ni mesti senyum..

    ReplyDelete
  2. sama la anak2 saya. susah nak tulis atas meja. atas lantai jugak jadi pilihan.kemas dah tu biliknya. bilik anak dara saya pun bersepah kalau tak monitor. sekali abah masuk spotcheck, kena la. haha.

    ReplyDelete
  3. Biasa laa mommy..huhu...ibu memang keje bebel je..buat helok bilik diaorang pun tetap nak tidur ngan ibu.... tetap nak lepak luar jgk..

    ReplyDelete