Bila panas, selain ruam, batuk berkahak

Apabila cuaca panas, selain ruam, anak akan kena batuk berkahak. Kadang-kadang tu sampai semput. 

Kejadian ini akan berulang dan berulang. Apabila cuaca panas, kita akan pasang kipas kuat. Angin yang kuat akan buat tekak kering seterusnya jadi batuk-batuk.

Tak pasang kipas kuat, naik pula ruam sana sini sebab berpeluh.

link

Cuaca panas akan jadikan aktiviti dalam bilik mandi suatu yang menyeronokkan. Anak-anak boleh mandi berjam-jam. 

Cuaca panas juga menjadikan air batu suatu yang enak dimakan. Haha. Mommy tak tahu kenapa mommy tiba-tiba rajin buat ais. Sedap sangat mengunyah ais. 

Sebab cuaca panas, bangun pagi anak-anak tidur atas lantai. Ini antara punca anak dapat batuk-batuk.

Apa daya mommy nak membantu? Sedangkan kita sama-sama mencari penyakit. Dah sakit, mohon sakit itu pergi jauh. 

Bila dah sampai tahap semput, kita pergi klinik. 

15/1/2019

Moga amal & anis cepat sembuh dari batuk. Taknak lah semput lagi. 




2 comments:

  1. kalau anak2 batuk ni memang kesian..semoga Anis dan Amal segera sembuh

    ReplyDelete