Bila ibu mengandung HB low

Cerita ibu mengandung 34 minggu 3 hari. Biasa lah ibu mengandung ada GDM(kencing manis semasa mengandung) ni 2 minggu sekali kena pergi temujanji.

Temujanji hari ni adalah check perut & jumpa doktor di Klinik Desa.

Seawal 7.20 pagi, aku dah ada dekat Klinik Desa. Dapat giliran nombor 4. Awal juga la hari ni sebab ciksal van sekolah ambil Adam & Anis awal. Adam & Anis naik saja van, terus daddyG hantar aku ke klinik yang jaraknya 600 meter dari rumah. Nampak dekat 600 meter tapi nak menapak memang tak la. Kena lintas jalan besar laluan utama yang sesak dengan kereta.

7.45 pagi boleh ambil urine. Kalau awal sangat , nurse tengah sibuk mengemas. Kalau lewat ambil urine, nurse bising. 7.45 tu kira ngam ngam waktu cantik untuk ambil urine. Urine normal. Lepas tu terus timbang. 62 kg. Duduk semula.

Pukul 8 pagi nurse mula panggil giliran. JM(Jururawat Masyarakat) akan panggil mengikut kawasan jagaan masing-masing. Kawasan aku, JM Siti.

JM Siti sibuk ambil BSP. Jadi ada JM lain yang jaga kawasan aku. Tak tahu pula nama.

8.10 pagi JM panggil nama aku. Check tekanan darah/ blood pressure (BP). BP Normal. Check Hemoglobin darah(HB). HB low. 10.4(tulisan merah). Sudah! Merah ni kena buat apa la. 

Duduk semula. Nanti JM akan panggil lagi dekat atas pula.


8.20 pagi JM panggil nama aku. Tanya soalan macam-macam. Baby gerak ok? Buat ujian untuk asma. Kena tiup corong asma 3x. Pesan jangan minum kopi dan teh. 

Kemudian check perut. Naik atas katil bertutup tirai. JM check ketinggian rahim dan denyutan jantung  baby.  Denyutan baby ok. 

Disebabkan HB tadi low, dia terus refer aku ke KKIA untuk ambil darah lagi sekali. Kat KKIA ada makmal boleh terus dapat result. Plus kena ambil darah untuk Hba1c. Padahal darah dah ambil untuk HBa1c 4 Disember tahun lepas tapi resultnya tak ada. 

8.40 pergi KKIA. Jarak dalam 3km. DaddyG ambil aku kat Klinik Desa, bawa ke KKIA dan dia balik rumah dengan Amal.

9.00 pagi aku sampai KKIA, terus register. Bagitahu kata nak ambil darah untuk HB & hba1c. 

Dah register pergi bilik 1 untuk ambil darah. Kat sini bercampur ibu mengandung, baby dan orang tua. Lambat lah nombor giliran di panggil. Yang paling lambat tu adalah baby. Kesiannya baby dalam pantang menangis-nangis kena ambil darah. 

Dah ambil darah, hantarkan ke makmal di sebelah.

Dapat keputusan bawa ke bilik 9 iaitu bilik doktor.

10.20 pagi baru dapat masuk bilik doktor. Doktor kata HB ok. 11.6. Bacaan darah ambil kat jari dan tangan memang berbeza. Jadi puan tak ada masalah apa-apa. Boleh balik.

Bila ibu mengandung HB low

10.25 pagi siap!

Sebelum balik, aku singgah bilik air dulu. Haha masalah ibu mengandung biasa la. Kerap jalan, kerap la singgah ke bilik air. Kemudian ke kaunter semula untuk minta timeslip buat suami.

10.40 pagi daddyG sampai. Singgah beli nasi lemak depan masjid meru. Singgah Speedmart aku nak beli roti. Pukul 11 pagi sampai rumah. 

Aku nak cepat habis, kena jadi yang terawal sampai ke Klinik Desa. Habis temujanji, daddyG nak masuk office pula. Dan seperti biasa, suprise je keputusan-keputusan dari klinik. Memang kena terima saja dengan hati terbuka. Seperti hari ni kena pergi Klinik Ibu dan Anak disebabkan HB low. 

Sekian cerita berjalan ke 2 buah klinik hari ini.

#ibumengandung

2 comments:

  1. letihlah mcm ni kan mommy, ulang alik KKIA dan Klinik Desa ... bertabahlah yer... kak pip pun time baby Nami low HB dan GDM jugak...

    ReplyDelete