Sembang-sembang dengan Ain di Klinik Desa, Ain jiran satu jalan saja. Tapi kenal lpas mengandung. Bila dah tahu Ain jiran, lagi lah terus makin rapat.
Haa orang mengandung kena kawan dengan orang mengandung. Baru sehati sejiwa. Ngam saja apa-apa isu yang dibangkitkan pun.
Kalau orang tak mengandung ni, laaa kenapa sakit? Eh eh dah macam tak pernah rasa mengandung pula.
Sebab tu mommy senang berkawan dengan biobax je. Walaupon dia tak boleh bercakap, tapi dia banyak membantu menyenangkan kerja mommy.
Ok, tiba-tiba masuk bab "barut bayi". Ain beli dengan misi (jururawat masyarakat) kat Klinik Desa tu. Satu RM5.
Tapi masa Ain bagitahu tu, mommy macam malas la nak keluar duit sendiri. Sah sah la kena guna duit sendiri. Kalau beli dengan daddy, daddy bayar.
Ntah kenapa masa checkup 34 minggu baru ni, tergerak hati nak tengok barut bayi tu. Barut tinggal 3 sahaja. Satu RM5.
Barut bayi rm5 |
Elok sangat barut tu. Walaupon tak ada pilihan corak atau warna. Belasah saja lah.
Kalau nak menapak pergi kedai baby semata-mata nak beli barut. Tak payah la. Nanti nampak macam-macam, putih mata tak dapat beli sebab ongkosnya tiada. Muahahahaha.
Barut ni boleh la tahan sampai babyA 6 bulan. Kahkah! Tu pon kalau mommynya rajin nak melayan pakaikan barut sampai 6 bulan.
yang kuning tu comel! bestnya tak lama lagi ada bau baby dalam rumah
ReplyDeleteMUrahnya barut..
ReplyDeleteSenang orang sekarang, semua serba siap, sedia wang ajo..