Gigi berlubang jangan biar sampai sakit | Aku sendiri tak tahu kenapa aku boleh biarkan gigi berlubang. Seingat aku, gigi yang mula-mula jadi mangsa korban adalah disebabkan aku suka makan coklat sebelum tidur. Padahal dah belajar, sebelum tidur kena gosok gigi. Disebabkan aku buat remeh dah nak "sedap" sahaja, sedap lah kuman membiak sehingga gigi berlubang dan sakit. Masa ni doktor decide nak buat rawatan akar. Tapi aku kerap sedut gigi dengan lidah untuk buang makanan tersekat. Disebabkan habit aku sedut gigi tu menyebabkan rawatan akar gagal dan doktor terpaksa cabut. Ini gigi korban pertama sebelum kahwin.
Gigi kedua jadi korban adalah semasa mengandungkan anak pertama. Ini pon kes aku biarkan gigi berlubang. Doktor nak buat rawatan akar juga. Tapi rawatan terpaksa ditangguhkan kerana aku mengandung. Untuk rawatan akar kena xray gigi. Disebabkan aku sendiri dah tak boleh tahan sakit gigi, aku decide untuk cabut sahaja. Sakit cabut gigi tak selama aku menanggung sakit gigi.
Sekarang aku korbankan gigi geraham yang ketiga. Masalah yang sama. Gigi aku dah sakit sangat. Aku tak rela nak menanggung sakit dah. Cabut pun sakit sebenarnya. Tapi sakit cabut ni beberapa hari sahaja. Sakit gigi kalau tak cabut, boleh buat aku mengamuk sepanjang hari. Sakit dia tangkap kepala. Tak boleh anak bising. Tak boleh anak menangis. Semua yang berlaku jadi gangguan. Stress.
Jadi lepas ni aku kena jaga elok lah gigi aku. Takkan nak korban gigi lagi? Itu lah jadi nenek gigi tinggal dua. Ahahaha no! Nehi!
Anak-anak pon aku puas la bebelkan mereka supaya gosok gigi, jaga gigi.
Kalau gigi rosak kena cepat-cepat lah bawa jumpa doktor. Huhu walaupun tak ada kereta, kena juga la ikhtiar naik grab pergi klinik gigi. Sebab malas nak kacau daddy yang sibuk tu lah, bila dah sakit sangat, baru jumpa doktor. Uhuhuhuu
Ni aku nak abadikan gigi aku kat dalam blog aku ni. Seram. Tapi entah kenapa kali ni aku minta gigi aku. Kalau dulu aku buat tak tahu je gigi macam mana. Kalau aku tengok mungkin aku akan lebih berjaga-jaga kot kan. Besarnya gigi. Macam mana gigi yang akar besar macam tu pun boleh rosak. Haish la mommy irra. Why? Why? Nasi dah jadi bubur. Jaga sahajalah gigi yang ada. Plus jaga gigi anak-anak.
Aku blur kan gambar ni. Aku sendiri ngeri. Besar gigi tu. Patut berpusing-pusing kepala masa doktor nak cabut. Harapkan aku ubat bius. |
aaaa paling takut kalo dengar doc cakap nak cabut gigi.. lagi2 graham huwaaa.. stakat cuci tampal takpa. ngeri bila dengar nak cabut.
ReplyDeletecabut gigi?nieyl x pernah g klinik cabut gigi...dlu cabut sndri je xpun ayah yg cabutkan..hehehe
ReplyDeleteHari tu pun seminggu sakit sebab cabut gigi geraham.. tapi redha sakit itu daripada sakit lama.. gigi berlubang jugak kesnya. Tu pun sebab masa preggy tetiba dia berlubang & sakit.. hahaha.. dah beranak pun sakit lagi.. so cabut je la..
ReplyDeleteAduhhh memang nyeri bila sakit gigi ni. Kinah pun cabut geraham bongsu aritu pun disebabkan gigi lubang. Biar lama sangat.. Hah dapat kat doktor, doktor suruh buang sebab lubang dah sampai gusi. Mommy take care dan banyakkan berehat.
ReplyDelete