Amal dah sekolah - 4 tahun

Mommy yang nak Amal pergi sekolah sebabnya:-
1. Boleh belajar berkawan
2. Boleh belajar lebih banyak perkara. Bukan belajar ABC sahaja, belajar mengenal dunia luar.
3. Masa 4 jam di sekolah terisi dengan perkara bermanfaat

Mommy dah sarat mengandung. Mommy tak boleh nak buat macam-macam untuk Amal. Nanti ada baby, mesti mommy pon sibuk dengan baby pula. 

Mommy dah ajar Amal mandi sendiri. Berak sendiri. Pakai baju sendiri. Amal boleh buat semua sendiri.

Mommy tak boleh buat homeschooling. Mommy tak kuat nak melayan. Dulu ya mommy boleh ajar tuisyen. Tapi tidak lagi sekarang. Mommy tak boleh stress. Mommy taknak stress. Mommy akan cuba minimumkan stress. Bahaya tau hidup dalam stress ni. Orang lain boleh buat homeschooling, silakan. Kita tak serupa. 

Hari pertama Amal sekolah
Hari ni hari pertama Amal sekolah. Adam hari kedua sekolah tahun 2019. Anis pula hari pertama sekolah tahun 2019.

Adam dah 8 tahun. Jadi mommy daddy tak teman Adam ke sekolah. Adam naik van sekolah macam biasa.

Anis dah mula sekolah masa 4 tahun, iaitu tahun 2017. Anak nombor 2 ni senang nak cara. Dia yang nak pergi sekolah masa 4 tahun. Senang nak handle. Tak menangis.

Hari pertama Amal sekolah adalah hari di mana ibu bapa kena datang juga. Jadi Amal ok saja. Ada Anis dan daddy. Sementara mommy pergi klinik gigi.

Hari pertama Amal ke sekolah.

Daddy hantar gambar Amal makan rambutan sahaja. Amal sangat suka makan rambutan. 

Amal makan rambutan sahaja

Selesai di sekolah Amal dan Anis, daddy ambil mommy kat Klinik. Tengok-tengok Amal dah tertidur di belakang.

Tak sampai rumah dah terlena. My first day!

Hari kedua Amal sekolah
Hari kedua baru betul-betul Amal sekolah. Amal mula berdrama. 

"Anis tak ada, Amal taknak pergi sekolah"

"Mommy, mommy ikut ya amal pergi sekolah?"

Macam-macam lah pujuk rayu Amal sambil air mata bertakung. Sesekali Amal kesat air mata. 

link

Mommy kata "Ok, Amal pergi dengan van CikSal, nanti mommy pergi sekolah Amal."

Depan kamera haruslah senyum

Cikgu kirim gambar di group whatsapp

Mommy ada kat sekolah. Yeay!

Kawan sekelas Amal

Jumpa saja mommy, Amal terus berceloteh. 

"Mommy tadi kawan amal buat macam ni kat Amal. Geli. Hihihi", kata Amal sambil cubit kedua-dua pipinya. 

Amal bercerita macam-macam. Daddy balik, ulang cerita kat daddy pula. 

Hari ketiga Amal sekolah
Esoknya Amal mula drama lagi. Nak mommy teman dia ke sekolah. Arghh saja lah tu. Kali ni mommy iyekan sahaja tapi mommy tunggu di rumah. Haha

Comelnya anak mommy

Hari keempat Amal sekolah
Amal dah ok. Mommy hantar naik van sekolah. Mommy tunggu Amal balik dengan ciksal kat depan rumah.

Amal versi lain

Terima kasih cikgu bagi gambar

Makan nasi lemak dalam talam

Alhamdulillah. Amal seronok nak pergi sekolah. Balik sekolah dia akan ulang apa yang cikgu ajar. 



3 comments:

  1. wahh wahhh Alhamdulillah. comel sangat Amal pakai uniform sekolah. dengan senyuman manisnyaa haihh cair makcik ni ha ahhahaa.

    bagus lah mommy. anak buah kc ada 3 orang 4 tahun tahun ni. tapi tak hantar ke sekolah. tahun depan baru pergi hehehe.

    ReplyDelete