6 tahun dah berdikari

6 tahun dah berdikari | Mommy terpaksa sebab mommy dah tak boleh nak jalan sangat. Tekanan berjalan banyak tu buat sakit kat tut. Ibu mengandung faham la. Sedangkan berjalan buat kerja dalam rumah sahaja dah sakit. 

Tapi mommy usaha juga tunggu Anis kat depan rumah. Anis akan pergi mengaji berjalan kaki atau naik basikal. Ikut mood dia.
Anis mengaji iqra naik basikal
Mommy pun tunggu lah sampai Anis habis mengaji kat luar rumah. 


Sakit mommy macam ada benda keluar kat situ. Susah nak cakap sakit macam mana. Belum kira sakit tulang pinggul lagi. Kalau boleh transfer rasa sakit ni untuk bagitahu sakit macam mana. Kalau jela. Mana boleh buat. 

Orang mengandung lain-lain sakitnya. Awak mengandung mungkin tak sakit. sakit macam saya. Alhamdulillah la. 

Mommy tahu Anis faham. Amal je la tak faham. Mommy hantar juga Amal mengaji. Tunggu. Tengok Amal mengaji sampai habis. 4 tahun baru kan. Mana boleh bagi dia pergi sendiri. Nanti mommy sakit sangat, Amal terpaksa la skip mengaji iqra. Huhu. 

Suami selalu akan suruh abaikan apa orang cakap. Bukan kita menyusahkan orang. 

Moga mommy cukup bulan sahaja terus beranak. Aaminn. 

3 comments:

  1. take care tau mommy.
    mengandung ni memang sakit dia berbeza beza dgn yang lain.
    dah tak larat nak kerja berat2, jangan paksa tau. mesti rehat.
    hope baby tu sihat dan mommy pun sihat.

    ReplyDelete
  2. Saat mengandung cubaan dan ujian setiap orang lain-lain, bukan setakat setiap orang, orang yang sama tapi setiap kali mengandung pun akan lain-lain sakitnya...jangan kita samakan keadaan kita dengan mereka. Percaya dan yakinlah Allah tahu apa yang terbaik untuk kita dan baby...manusia lain hanya bercakap ikut sangkaan mereka.

    ReplyDelete