Mari Belajar Mengenai Ekzema bersama Dr Kartini Farah Rahim | Baru-baru ini mommy irra berkesempatan menyertai Sesi Kaunseling Belajar Mengenai Ekzema bersama Dr Kartini Farah Rahim, Pakar Dermatologi dari Avisena Specialist Hospital.
Anak mommy ada ekzema 2013/2014 |
Bersama Dr Kartini Farah Rahim, Pakar Dermatologi, Avisena Specialist Hospital dan anak mommy yang masa baby kena ekzema. |
Ekzema dan bayi sangat sinonim sekarang ni. Rata-rata bayi baru lahir ada ekzema. Ekzema bukanlah penyakit berbahaya atau berjangkit. Ekzema boleh dikawal dengan baik.
Ekzema bukan sahaja kena pada bayi. Ekzema tidak mengenal usia. Dari bayi, kanak-kanak, orang dewasa malah orang tua boleh mendapat ekzema. Jadi molek lah kita mengambil tahu serba sedikit mengenai ekzema.
Sebaik sahaja ekzema Anis dah baik, mommy pula yang kena ekzema. Jadi mommy sertai sesi kaunseling ini untuk menimba ilmu bagi diri sendiri.
Adakah ini ekzema?
Ekzema adalah masalah keradangan kulit yang lazim, berulang-ulang dan gatal.
Bentuk awal semua jenis ekzema
- bintik-bintik halus/kasar
- gatal
- merah
- kering atau bersisik
Antara ciri lain ekzema adalah sejarah ekzema, asma, resdung, alergik. Kemungkinan besar mereka yang ada sejarah di atas akan mendapat ekzema.
Anak mommy sendiri dahulu tahun 2013/2014 ada ekzema. Boleh tengok di link ini http://anisinsyirahmohdrafhan.blogspot.com mommy simpan untuk kenangan.
Walaupun ekzema tak berbahaya, namun kesan ekzema pada kami sekeluarga sangat besar. Ibu ayah yang ada ekzema beruntung sangat dapat join Sesi Kaunseling bersama Dr Kartini ini. Pendedahan banyak benda baru yang memudahkan penjagaan anak ekzema atau mengawal ekzema.
Untuk sesi kaunseling ini, kami belajar secara amali. Banyak benda baru yang dapat belajar mengenai ekzema. Dan mommy nak kongsikan dengan anda semua. Antaranya:-
Teknik Mengawal Ekzema Kering
- cara betul mandi
Mandi guna pencuci yang tidak berbuih. Bukan sabun. Lepas mandi, dab badan bukan gosok ( dab dab saja).
- cara betul memakai pelembap
Lepas dap badan, lumurkan pelembap. Masa basah lagi tu, senang nak ratakan pelembap.
- cara betul pilih pelembap
Untuk kulit kering sangat, pakaikan pelembap yang lebih tahan lama(ointment)
Air -> Lotion -> Cream ->
Ointment - >Vaseline
Turutan pelembap semakin tahan lama
Pemilihan pelembap bergantung kepada:-
- tahap kekeringan kulit
- cuaca
- kesesuaian bayi
- kos
Pelembap yang baik mesti mengandungi minyak (galian atau tumbuhan)
Tambahan glycerin, ceramide, kolestrol, free fatty acids. Bahan-bahan yang membantu: squalene, Sodium Hyaluronate, Glycyrrhetic acid, palmitoylethonalamine, telmesteine, Vitamin E.
Anda boleh rujuk www.ewg.org/skindeep untuk mengetahui bahan yang ada dalam setiap produk yang kita gunakan adalah terbaik.
Untuk ekzema basah, gunakan lotion / KMNO4
Untuk ekzema kering, gunakan pelembap krim/minyak
Untuk ekzema tebal, gunakan pelembap minyak
- cara pelembap kekal lama
Lepas lumur pelembap, tutup dengan ointment
Untuk sapuan steroid, mohon rujuk dengan doktor pakar Dermatologi yang merawat anda ya.
- Pembalut fabrik elastik (wet wrap)
Lumur pelembap, sapu ointment, wet wrap. Tahan 4 jam.
Kebaikan wet wrap
- menyejukkan kulit
- meninggikan kelembapan kulit
- mengurangkan gatal
- menghalang dari tergaru
Ekzema mendatangkan stress. Stress akan merangsang ekzema. Jadi, pesakit mahupon kedua ibu bapa pesakit ekzema perlu mengawal emosi. Antara aktiviti yang membantu mengawal emosi ini adalah:-
- senaman ringan/riadah
- bersikap positif
- menghubungi rakan yang mengalami ekzema, berkongsi pendapat dan mendapat ilmu
- ikut kumpulan sokongan seperti Malaysia Eczema Support Community
- berjumpa dengan pakar psikiatri atau Psikologi
Kalau ada lagi kelas amali mengenai ekzema ni, mommy akan kongsikan dengan anda. Belajar face to face lagi mudah hadam kan. Semoga perkongsian ini serba sedikit membantu anda yang menghidap ekzema atau pon ada anak ekzema.
Perkongsian yang menarik. LeYa dan keturunan memang ada ekzema ni. Jadi semua anak-anak buah yang lahir, pasti ada ekzema. Dan kami memang mengikut nasihat doktor untuk merawat ekzema ini.
ReplyDeleteSebelum ni cikla ingat ekzema bdk2 je kena. Tp org dewasa pun boleh kena eh.. Good sharing mommy...
ReplyDeleteNice and useful sharing mommy
ReplyDeleteDerita bila tengok gambar anis. Auni yang gatal sikit pun menangis rasa, inikan pula kanak-kanak yang hadap eczema. Terima kasih kak irra share info berguna. Good for mommiessss :)
ReplyDeleteekzema ni igtkan sejenis penyakit gatal2 merah2 tu semacam alergik..oo resdung pun dlm kategori ekzema juga ye..thanks sharing
ReplyDeleteKesian tengok baby yang kena ekzema..bagus laa ada program mcm ni sekurang2nya ibu2 boleh mendapatkan ilmu dan info tentang ekzema
ReplyDeleteyeah important to take care of skin, know about ekzema and how to handle it. It's sad to see ekzem patient suffers, now you sharing this we can also online check for info and also see doctor.
ReplyDeleteKesian cx tengok anak² yang alami ekzema. Cx pon tak secekal mereka. Semoga baik² sahaja dan cepat sembuh hendaknya. Ekzema pon ada jnis dia ya. Baru tahu. Bagus perkongsian ini. Terima kasih
ReplyDeleteThanks for sharing. Very useful information. Nowadays i see many people with eczema.
ReplyDeleteSyira faham sangat perasaan org yang ada ekzema. Sepupu syira sendiri menderita ekzema sampaikan tak boleh masuk asrama. Yelakan kalau masuk asrama nak kena basuh baju sendiri. Mmg tak boleh kena sabun
ReplyDeleteBila tengok anak orang kena ekzema rasa ya Allah mesti sakit baby tu. Sedih pun sedih jugak. nak jaga anak anak yang ada ekzema ni pun mesti berhati hati kan
ReplyDeleteInfo yang sangat bermanfaat. Saya baru tahu ada eczema basah dan kering. Selama ni ingatkan sama je semuanya. Yang saya tahu orang eczema kulitnya sensitif. So kena berhati-hati dalam pemilihan produk. Teruskan berkongsi. Banyak ilmu baru.
ReplyDeleteActually tak tahu pulak yg Ekzema nie sangat normal dihadapi oleh bayi dan kanak2. Ingatkan jarang2 yg kena. Bagus ada perkongsian mcm nie. So that org ramai cakna akan isu ini dan dpt ilmu berkenaan ekzem
ReplyDeleteterima kasih atas perkongsian tentang penyakit ekzema ini, lepas ni, nanti bila ada yang bertanya bolehlah share..
ReplyDeleteAnak buah kita ada 2 org ada eczema. Kesian tgk bila panad, naik merah2 semua. Kdg tu xtau kenapa, dia trigger terus merah2 juga. Bila merah gatal, nangis tak benti. Sayu sgt.
ReplyDeleteAlhamdulilah, onie dan keluarga takde ekzema, bagus dr.kartini share berkenaan ekzema ini. Kadang orang lain susah nak rawat diri sendiri, maka tips ini sesuai untuk mereka yang mencari penyelesaian ekzema kan :D
ReplyDeleteEkzema ni kalau dirawat dengan betul, in shaa allah boleh baik kan.
ReplyDeleteMcm sedara kita ramai yang anak2 nya kena ekzema. Ada yng baik dengan ubat. Ada yang Baik sendiri bila membesar..
Thank you mommy ira share info ni.
Org yg ada maslaah ekzema ni kami gelar “kulit mahal, maintainants pn mahal”...sbb apa??..sbb nk rawat n nk jga bkn mudah...kena betul2 ikut pantang larang yg doktor sebutkan...
ReplyDeleteLia tak boleh tengok ekzema bila kena dekat bayi takpun kanak-kanak sebab kesian tengok mereka tanggung sakit ni. Tak sanggup tengok insan kecil ada sakit ni. Bagus juga dapat belajar sendiri ekzema dari doktor boleh dapat banyak ilmu untuk masa akan datang.
ReplyDeleteTerima kasih atas tips-tips untuk kulit ekzema ni. Nak mohon share article ni kat kawan-kawan saya ya. Terima kasih.
ReplyDeletewahh banyak ilmu dapat bila hadir sesi macam ni...bagus juga terutama jika kit anak tahu masalah anak kita yang memang ada masalah enzema ni kan
ReplyDeletePerkonhsian yang sangat bermanfaat. Bagus jugak kita tahu masalah enzema ni kan..mana tahu akan dtg kena pada keluarga kita pulak so kita dah tahu mcm mana nak hadapi.
ReplyDeletei sangat curious, apakah punca ekzema ya ? sebab terlampau ramai dah kanak kanak mengalami penyakit kulit ni.. satu lagi mak ayah atok nenek tak de eczema tapi mai kat anak ada eczema... adakah ianya salah satu peyakit genetik.. lagi satu nak tanya kalau ada eczema ni adakah budak budak masih kena ambil vaksin ya ?
ReplyDeleteini seperti ruam biasa yang disebabkan oleh alergik atau virus?
ReplyDelete