Mommy nak simpan kat sini keputusan peperiksaan Adam Tahun 1 Berlian buat kenangan. Balik dari menjawab soalan Bahasa Cina, Adam kata "Mesti Adam kena turun kelas. Bahasa Cina susah."
Keputusan peperiksaan Bahasa Cina Adam 78%. Gred B. Hebat lah tu. Lagi 2% nak jadi gred A.
Keputusan peperiksaan Adam Tahun 1 Berlian |
Adam menangis. Adam beberapa hari sedih disebabkan nombor giliran dia dalam kelas banyak.
Mommy daddy ok saja. Tak marah pun. Jadi nak marah pula disebabkan Adam tertekan dengan keputusan peperiksaan hasil usaha dia sendiri. Mommy cakap senang, awak nak nombor 1, awak kena usaha lebih lagi. Peratus keseluruhan 89% pon dah menaik berbanding ujian sebelumnya. Gred A lagi.
Sampai la hari jamuan Tahun 1 Berlian, mommy cakap dengan cikgu Adam. Cikgu balas "Adam nak nombor satu senang saja. Adam masuk la kelas Permata. Confirm dapat nombor satu tau.". Cikgu dan mommy gelak sekali.
Kelas Permata adalah kelas terakhir. Pandai juga cikgu ni. Sejak dari tu, Adam ok dah. Adam masih di Kelas Berlian untuk tahun 2019.
Belajar sungguh-sungguh ya anakku, Adam Rayyan.
Tak apa adam. Markah dgn peratus ok dah tu.
ReplyDeletebudak² kan...dia sedih sbb no kedudukan tu byk..
ReplyDeletetapi oklah sbb peratusan tu penting :)