Anis dapat nombor 5, 5 Tahun

Anis dah dihantar ke PASTI seawal usia 4 tahun kerana Anis yang berminat nak ke sekolah. Tak macam Adam. Menangis kena pergi sekolah. Tapi by hook or by crook tetap kena pergi sekolah. Tetap kena naik van sekolah. Tangisan itu tidak memberi kesan apa-apa kepada mommy daddy. Haha. 

Ok mommy nak cerita kisah tragis masa Anis nak periksa akhir tahun, mommy tak sempat nak peduli. Anis kena study sendiri. Kira tak study sangat lah kan. Mommy tengah alahan mengandung. Mommy cuma bagi arahan untuk anis study dan kemas beg.

Anis pula hari pertama peperiksaan buat liat nak bangun dan bersiap. Mommy kelam kabut lah last minit baru check pensil case Anis. Tak nampak pensel case. Allah! Sambil membebel sambil siapkan pensil case baru. 

Anis balik sekolah menangis. Anis tak boleh jawab sebab tak ada warna kuning. 

Bila mommy check pensil case Anis. Eh ada dua. Ada sebenarnya pensil case yang Anis dah kemas. Mommy yang tak nampak. Ada pula warna kuning. Pensil case yang mommy sediakan tak ada warna kuning.

Keputusan keluar Anis dapat 98%. Salah sebab tak ada warna kuning. Sob sob! Salah mommy lah. 


Anis dapat nombor 5 dalam kelas. Peratusan jatuh sikit, namun masih cemerlang. Mommy ingat dapat nombor 5, tahun ni Anis tak naik pentas macam tahun lepas la. Tahun lepas Anis dapat nombor satu.


Rezeki juga Anis dapat naik pentas sebab nombor 1 hingga 5 dapat naik pentas. 




Tahniah Anis! Pulun lagi 6 tahun nanti. Dan mommy, tahun depan ada adik baby. Macam manalah nak handle pelajaran anak-anak eh? Haha.. Moga mommy diberi kesihatan yang baik. Moga anak-anak mommy diberi kesihatan yang baik. InsyaAllah semua baik-baik belaka. 

2 comments: