Rancang Temuduga yang Sempurna | Temuduga merupakan salah satu langkah awal memasuki alam pekerjaan. Namun begitu, ramai yang kecundang ketika sesi ini. Kenapa mereka gagal? Jawapannya adalah mereka kurang persediaan untuk menghadapi sesi temuduga dan pelbagai faktor lain.
Jika anda dipanggil untuk sesi temuduga, seeloknya rancanglah perjalanan temuduga anda supaya ia menjadi sempurna. Dalam erti kata lain, anda pastikan yang anda akan berjaya dalam sesi temuduga tersebut. Sekarang ini, bagaimana menjadikan temuduga anda adalah temuduga yang sempurna?
Pertama sekali, pastikan anda bersedia untuk menghadapi sesi temuduga. Ramai calon yang tidak ambil kisah mengenai sesi ini. Mereka buat persediaan ala kadar sahaja dan hadir sekadar memenuhi panggilan temuduga.
Apabila mereka gagal, mereka akan salahkan pelbagai pihak sedangkan puncanya datang dari mereka sendiri.
Cara untuk mengatasi masalah ini sudah pasti dengan melakukan persediaan awal yang cukup sebelum hadir ke sesi temuduga. Antara perkara penting yang anda boleh ambil perhatian adalah contoh soalan temuduga dan jawapannya, etika pemakaian ketika temuduga dan teknik berkomunikasi apabila berhadapan dengan penemuduga.
Kedua, Anda ingin temuduga yang sempurna? Pastikan anda hadir ke sesi temuduga dengan pakaian yang kemas dan mengikut protokol yang ditetapkan. Satu perkara yang anda kena tahu, ada markah khusus untuk pakaian yang betul dalam sesi temuduga. Jadi kalau anda tak pakai elok-elok sudah pasti markah bonus itu tidak diberikan pada anda.
Ada diantara calon yang datang temuduga dengan memakai jeans. Perkara ini adalah salah dari segi etika temuduga. Pastikan anda tidak melakukan perkara sedemikian.
Ketiga adalah keyakinan yang tinggi dalam memastikan jawatan itu milik anda. Ini bukan untuk bangga diri tetapi anda perlukan semangat yang tinggi untuk meyakinkan penemuduga agar memilih anda berbanding calon lain.
Jika anda tidak mempunyai keyakinan yang tinggi, dikhuatiri kedudukan anda dalam senarai calon akan tergugat. Pastikan anda yakin ketika bercakap, yakin dengan penampilan diri anda dan yakin dengan semua perkara yang anda buat sempanjang tempoh temuduga tersebut.
Satu nasihat, jangan terlalu yakin sehingga menampakkan yang anda tidak ada toleransi bila berada di dalam syarikat tersebut. Kadang-kadang penemuduga sekadar ingin menguji anda. Jika anda tersilap langkah, maka jawatan itu bukan milik anda.
Seterusnya, pastikan anda dapat mengelak dari melakukan perkara-perkara yang tidak sepatutnya ketika temuduga. Antaranya adalah terlalu banyak bercakap atau terlalu kaku dan diam. Yang kedua, Berpolitik ketika temuduga dan lain-lain. Sebolehnya fokus kepada temuduga dan laluinya dengan baik dan positif.
Akhir sekali, jika anda pegang kepada 3 perkara ini, sudah pasti sesi temuduga yang anda hadiri akan menjadi sempurna. Anda mungkin akan diberi surat pelantikan sejurus selepas sesi temuduga itu tamat. Jangan putus asa, teruskan berusaha!
sentiasa dupdapdupdap kalau kena interview ni mommy >.<
ReplyDeletealhamdulillah, terima kasih info. dah lama tak terlibat dengan interview. kali terakhir 10 tahun lepas. huhu
ReplyDeletesha gi iv haritu dan tak dapat mybe sbb banyak bercakap kot hahaha :3
ReplyDelete