Mommy irra cikgu tuisyen

Saya seorang ibu kepada 3 orang anak. Masa saya dihabiskan sepenuhnya bersama anak-anak & handphone🤭. Menguruskan mereka dari belum terbit matahari hingga hilang matahari, berulang setiap hari. 

Pernah menjadi pengaturcara(programmer) di Shah Alam selama 9 bulan sambil menjadi cikgu tuisyen di sebuah pusat tuisyen. Kemudian menjadi cikgu tuisyen dari rumah ke rumah siangnya dan malam cikgu di pusat tuisyen. 

Dah kahwin pun saya terus mengajar. Cuti bersalin beberapa bulan dan sambung mengajar pada malamnya. Daddy jaga anak. Anak menangis nak mommy. Dia menangis sebab nak susu. Tapi tak reti nak minum dengan susu botol.

Hari pertama tuisyen, saya dah balik awal bila daddy whatsapp(belum ada telegram) anak menangis tak berhenti. Hari seterusnya daddy tak bagitahu dah. Sampai rumah saya dengar anak menangis. Saya ada pengalaman tinggalkan anak tu. Hati ingatkan anak di rumah walaupun bukan orang lain yang menjaganya.

Sambil jaga anak saya meniaga online. Jual produk kecantikan. Jual tudung. Jual makanan. Buka booth sana sini walaupon perut memboyot(anak kedua). Lepas bersalin, saya berhenti buat semua. Fokus pada anak yang kena ekzema. Ekzema teruk satu badan.

Nak cerita panjang sangat. Kami suami isteri fikirkan masa depan anak, masa depan kami, dan kami berhadapan dengan keluarga dan orang luar apabila memilih kaedah rawatan secara semulajadi.

Susah nak fahamkan orang dengan pilihan kita. Suami kata tak perlu terangkan pun kenapa kita pilih cara begini. Mereka takkan faham. Kita diam sahaja lah. Angguk sahaja. 
Saya menulis blog www.irrayyan.com atau www.mommyirra.com buat pertama kali pada 8/5/2014. Anis berusia 9 bulan. Masih lagi ada ekzema. 

Setelah setahun, ekzema Anis pulih. Alhamdulillah. 

Kemudian saya mengandung lagi masa Anis berumur setahun 2 bulan. Mengandungkan Anis masa Adam berumur setahun sebulan. 

Anak pertama 31/8/11
Anak kedua 27/6/13
Anak ketiga 18/3/15

Mengandung lagi masa Amal berusia 3 tahun 3 bulan. Pengalaman mengandung kali ke4 ni lain sangat sebab anak-anak dah besar. 

Jadi cerita mommy buat masa ni adalah cerita anak-anak dan cerita mengandung. Semua cerita berkaitan kehidupan. Anak-anak lah kawan saya. Kawan gaduh. Kawan menangis. Kawan gembira.

Panjang kan mommy bebel. Cuba bayangkan kalau sembang depan-depan. Hehe. Cuma tak ada kesempatan nak bersembang dengan orang. 

Keadaan sekarang ni, baik mommy rehat sepenuhnya sebelum mommy kena berjaga bila ada baby kecil nanti. Hahahahaha. 

Menikah dengar macam syok ja. Tanggungjawab yang awak kena pikul besar. Tak boleh nak buat sesuatu perkara main-main. Nak jaga anak bukan senang. Syok bau baby lahir. Bau syurga. Namun nak melahirkan, nak bawa 9 bulan, macam-macam dugaan. Belum masuk nak membesarkan mereka. I love you mak & abah! 



Mesti ada yang baru tahu mommy cikgu tuisyen kan. Sekarang mommy adalah media influencer. 


18 weeks

5 comments:

  1. moga sihat2 ye time pregnen ke4 ni.
    aida x pernah jadik guru tuisyen, irra.
    pernah konon nak try, part time. tak berani hu hu hu hu...
    now, jadi cikgu tuisyen free kat umah ni.
    skola menengah. skola rendah. pra-skola.
    aduhai!!!

    ReplyDelete
  2. bila dah kawen banyak tanggungjawab kna pikul..:)

    ReplyDelete
  3. da baca ni kat FB kan haritu heheeh bangun pagi bukak FB baca post sis rasa seronok je haha

    ReplyDelete
  4. tahniah Irra..seronok baca kisah Irra ni

    ReplyDelete