Terima kasih mak. Lahirkan irah di usia mu 37 tahun. Terima kasih kerana mendidik, membesarkan irah.
Mak saya |
Bila irah jadi mak, baru irah tahu bagaimana rasanya jadi macam mak. Semua kerja rumah mak buat. Susah nak nampak mak berehat. Banyak benda mak kena buat. Mak buat tanpa merungut.
Mak, Rokiah Binti Ahmad |
Mak susah. Abah bawa teksi. Abah ada buka kedai runcit sikit-sikit. Untung sepuluh sen dua sahaja. Tujuannya memudahkan mak untuk dapat bahan mentah seperti tepung beras gula garam bawang halia dan sebagainya.
Mak & cucu-cucu |
Musim kopi masak, mak kutip kopi, keringkan kopi, gorengkan kopi, jadikan serbuk kopi. Dapat banyak boleh dijual.
Musim kekabu masak, mak kumpul kekabu, keringkan, asingkan biji kekabu, jual kekabu.
Terima kasih mak abah hantar irah mengaji sampai habis degree. Sampai ke hari ini, mak abah akan ingatkan untuk bayar hutang ptptn. Bayar hutang ptptn.
Mak kata irah senang. Duduk rumah jaga anak-anak, semua keperluan cukup. Tak macam mak dulu.
Kalau compare dengan mak, lain lah. Abah kerja bawa teksi, sebelum bawa teksi abah buka gerai meniaga. Mak pernah kata mak dalam pantang kena meniaga. Irah dalam pantang duduk saja jaga anak, mak jagakan irah.
Tapi kan, segan juga bila pergi rumah orang ada perabot, dapur siap kabinet lawa. Sampai rasa segan nak ajak orang datang rumah. Rumah kecil. Sofa orang bagi. Haha. Suami pula jenis yang sangat sederhana atau "kampung" la. Makan bersila kat lantai ok saja. Tak mewah dan tak memewahkan kami.
Mak pernah cerita. Mak simpan duit untuk beli meja. Simpan duit untuk beli pinggan atau beli apa yang mak nak. Irah jadikan inspirasi.
Sejak ada blog ini, hidup anak mak ni dah berubah. Walaupon mak tak nampak anak mak bekerja, dengan blog dan telefon di tangan memberi sedikit kesenangan kepada anak mak. Senang sebab poket boleh isi sendiri dan miliki apa yang anak mak nak.
Terima kasih mak terima pilihan irah. Terima kasih mak atas segalanya.
mom always the best
ReplyDeletebila dah jadi mak2 ni mesti kita boleh rasa apa yg mak kita dah buat utk kita kan...arwah abah akak dulu lepas pencen askar pun bawa teksi..dulu agak mewah hasil teksi dah Alhamdulillah dengan duit teksi mak dan arwah abah boleh pergi haji. Semoga kita menjadi anak yg terbaik buat kedua org tua kita dan menjadi ibu yg terbaik utk anak2 kita jugak kan
ReplyDelete