Group whatsapp sekolah

Setiap hari akan masuk message dari group sekolah agama Adam, ada sahaja yang tidak hadir sekolah dengan bermacam alasan.
Tidak hadir ke sekolah

Namun, bagi aku, aku lagi senang "PM" ustazah/cikgu kelas Adam.
Aku tak rasa "PM" aku mengganggu ustazah/cikgu kerana mereka perlu tahu situasi anak murid mereka. Malah aku tidak mengganggu parent pelajar lain.

Cukup sahaja group tersebut jadi tempat ustazah/cikgu menyampaikan info.

Oh aku yang terganggu dengan message mereka? Agak la. Aku ingatkan notification dari group sekolah adalah perkara penting. Aku segera buka dan baca. Alahai. Tak ada apa pon.

Itu belum masuk lagi soalan yang sudah ada jawapannya. Kan dah ada parent yang terlepas pandang. 

Ada isu yang aku rasa tak patut terjadi, aku terus ke sekolah bersemuka dengan cikgu. Senang. Tak ada salah faham. Aku sendiri tak susah hati memikirkan. 

6 comments:

  1. Bertabahlah mommy, miza pun terganggu jugak itu belum lagi parent yang acah-acah tersalah promo barang dalam group

    ReplyDelete
  2. Setuju tu.. Sbb tu malas betul nak buat group WhatsApp sekolah utk ibu bapa walaupun ada permintaan. . Utk sekolah anak, suami yg join group tu..

    ReplyDelete
  3. setuju. rasanya bila ada hal2 yang peribadi better DM personal tak perlu di group umum. lebih terjaga daripada semua nak dikongsikan bersama =)

    ReplyDelete
  4. betul tu! tah tah kalau anto dalam group tu ustazah dorang terlepas pandang ke kan, lain kalau pm mesti perasan punya

    ReplyDelete
  5. betul tu...tu masalahnya bila kita tak faham apa kegunaan group whatsapp tu sendiri..

    ReplyDelete