Anda pernah makan perut lembu? DaddyG suka makan perut lembu tapi hanya makan apabila dijamu. Haha. Kalau nak jumpa perut lembu ni mesti lah di musim Raya Haji. Tahu tak rupa asal perut lembu? Boleh tengok di sini --> http://www.irrayyan.com/2016/09/pertama-kali-tengok-perut-lembu-sebelum.html
Perut lembu |
Selepas dicuci, perut lembu boleh di potong kecil. Ikut selera masing-masing juga.
Perut lembu |
Mommy tengok adik ipar potong kecil-kecil. Mommy pun turut sama potong comel-comel.
Perut lembu |
Mommy tak pernah makan tau. Haha ntah la tak pernah sesiapa suruh makan.
Lepas perut lembu dipotong, perut lembu tersebut akan direbus sehingga empuk.
link
Air Asam di Kedah lain, di Kelantan lain. Adik-adik tak makan sayur. Mak hanya letak perahan limau nipis dan cili tumbuk.
Air asam perut lembu |
Kalau di Kedah, mak letak hirisan tomato, bawang, sedikit belacan dan kerisik. Sedap oi. Tapi mommy makan dengan daging sahaja. Haha
Mommy rasa juga la satu perut lembu ni. Nak try test kan. Rasa kenyal-kenyal. Gigit tak lumat-lumat. Alamak! Telan saja lah. So satu saja lah mommy makan. Sedap lagi telinga, hidung dan bibir lembu.
sedapnya... memang lain resepi setiap negeri kan...
ReplyDeletelama tak makan perut ni, time raya haji je dapat...sedap sangattt
ReplyDeleteTgk je dah tau sedap. Makan tu saja dengan nasi pun dah cukup.
ReplyDeletefav kak liez tau perut lembu buat kerabu..
ReplyDelete