Minum air gula / Modified Glucose Tolerance Test-MGTT | Modified Glucose Tolerance Test-MGTT atau dalam bahasa Melayu; Ujian Toleransi Glukosa, bertujuan untuk memeriksa tahap kawalan gula dalam badan.
Ujian ini digunakan untuk mendiagnosis penyakit kencing manis semasa hamil (diabetes gestasi). Ibu hamil yang sangat berkemungkinan mengalami penyakit ini seperti perlu menjalani ujian ini;
- obes (dengan BMI lebih daripada 30).
- pernah melahirkan bayi besar dengan berat 4kg atau lebih.
- pernah menghidap diabetes gestasi dalam kehamilan sebelum ini.
- sejarah keluarga dengan diabetes (ibu atau bapa, adik-beradik atau anak menghidap diabetes).
Prosedur MGGT atau minum air gula
- Puasa dari jam 10 malam.
- Sebaik tiba di klinik, jururawat akan mengambil sampel darah. Sampel darah yang pertama akan digunakan untuk mengukur tahap gula dalam darah ketika sedang berpuasa.
- Seterusnya, minum air gula yang mengandungi kira-kira 75 gram glukosa.
- Sampel darah kedua diambil selepas dua jam dan ukurannya dibandingkan dengan julat normal. Dalam masa dua jam menunggu itu, tidak boleh makan atau minum.
Ujian ini akan mengesan samada ibu hamil menghidap diabetes ataupun tidak. Seramai 14 peratus wanita hamil menghidap diabetes gestasi. Tidak seperti lain-lain jenis diabetes, diabetes gestasi biasanya hilang sebaik sahaja bayi dilahirkan.
Ia biasanya dijalankan semasa minggu ke-24 hingga ke-28 kehamilan, kecuali jika ibu hamil pernah mengalami diabetes gestasi sebelum ini, yang mana dalam kes ini ibu hamil akan diminta menjalani ujian pada minggu ke-16 hingga ke-18 dan sekali lagi pada minggu ke-24 hingga ke-28.
First pregnancy mommy Irra disahkan ada
Gestational Diabetes Mellitus(GDM) under diet control. Maka wajib lah minum air gula sebanyak 2x untuk pregnancy seterusnya. Second and third pregnancy Alhamdulillah tak ada GDM. Pada minggu ke 11, mommy kena minum air gula untuk 4th pregnancy.
Bacaan keputusan MGTT
Bacaan normal bagi MGTT adalah:
Berpuasa 3.0 mmol/L hingga 5.5 mmol/L
Selepas 2 jam minum air gula kurang daripada 7.8 mmol/L
Bacaan tidak normal adalah:
Berpuasa lebih daripada 5.5 mmol/L
Selepas 2 jam minum air gula lebih daripada 7.8 mmol/L
Bacaan tidak normal adalah:
Berpuasa lebih daripada 5.5 mmol/L
Selepas 2 jam minum air gula lebih daripada 7.8 mmol/L
Mommy flashback bacaan MGTT kandungan yang ketiga pada tahun 2014. Apabila dah mengandung ni, memang kena hadap la untuk derma darah selalu. Haha
Bcaan MGTT(1) 2014 |
Bacaan MGGT pertama pada 9/10/2014
Berpuasa: 3.9 mmol/L
Selepas 2 jam minum air gula: 3.8 mmol/L
Bacaan MGTT (2) 2014 |
|
Bacaan MGGT kedua pada 29/12/2014
Berpuasa: 3.6 mmol/L
Selepas 2 jam minum air gula: 3.9 mmol/L
Bacaan gula dalam darah cantik masa tu. Mommy Irra bebas daripada kencing manis semasa mengandung kali ke 3.
Untuk kandungan ke 4, mommy kena minum air gula seawal 11 minggu. Sesekali rasa menyesal mommy pergi checkup awal. Haha.
Kali ini mommy akan berulang ke Klinik Desa yang jaraknya 600m dari rumah dan Klinik Kesihatan Ibu dan Anak Meru yang jaraknya 2.7km dari rumah.
Nampak dekat tapi untuk naik basikal seorang diri melintas jalan besar yang sentiasa banyak kereta, tak mungkin lah daddy akan bagi. Melintas dengan kereta pon payah.
Untuk minum air gula mommy kena pergi KKIA Meru. Mommy memandu sendiri ke Klinik. Biar daddy jaga anak-anak di rumah setiap kali checkup.
Seramai 87 orang minum air gula. Wow! Ramai sungguh. Mommy yang ke 36. Patut lah lama sungguh menunggu. 8.24 pagi baru dapat minum air gula. Seawal 7.30 mommy dah ada di Klinik Meru. 10.40 pagi baru dapat ambil darah selepas 2 jam.
Keputusan tak akan dapat on the spot. Sekiranya positive ada kencing manis, nurse akan hubungi sebelum pukul 6 petang. Tetapi jika tak ada panggilan dari klinik, maksudnya keputusan MGTT adalah negatif.
Malangnya pukul 5 lebih mommy dapat panggilan dari KKIA. "Bacaan puan tinggi. Puan kena buat BSP minggu depan."
Murung sekejap!
Bacaan MGGT
Berpuasa: 4.9 mmol/L
Selepas 2 jam minum air gula: 7.9 mmol/L
Mommy kongsikan sedikit tips bagaimana mommy minum air gula. Pengalaman 4x mengandung dah 6x minum air gula.
Tips minum air gula
- Set minda bahawasanya air gula ni minum untuk kebaikan mommy and baby.
- Untuk buktikan mommy tak ada diabetes.
- Taknak baby besar sebab susah nak beranak. Lagi satu lambat nak baik sebab bukaan besar semasa beranak. Seksa weii!
- Minum air gula sekali nafas. Tarik nafas panjang-panjang dan minum sampai habis.
- Jangan fikir air tu manis. Bayangkan macam minum air biasa saja.
Bila dah ada GDM ni mommy kena buat pemeriksaan perut dan BSP 2 minggu sekali. Nasib lah badan.
Belum lagi minum air gula. Cuak jugak nih nanti nak kena minum. Huhuuu
ReplyDeletemmg rasa seksa nak menelan air gula tu kan...akak pun dh kena sebab anak ke 2 tu waktu dilahirkan berat dia 4.15..mujur waktu kehamilan ke 5 dan 6 je yg kena sebab rajin nau nurse check history..
ReplyDeleteUntuk Irra..bertabahlah..semoga dipermudahkan segalanya
tak pernah lagi minum air gula..tq for the tips mummy..mana tau nnti kot kena minum air gula..hehe
ReplyDeletekita tengah pregnant ni rasa scary pulak bab kena minum air gula ni harap tak kena la T.T
ReplyDelete