BSP(Blood Sugar Profile)

BSP(Blood Sugar Profile) | Hari ni 12 September, mommy ada monthly checkup dan BSP. Asalnya temujanji check perut saja. Tapi disebabkan minggu lepas sangkut GDM(kencing manis semasa hamil), hari ni ada juga BSP.

Terpaksa lah mommy beli Blood Glucose Meter ni untuk  check BSP(Blood Sugar Profile) supaya tak perlu berulang ke Klinik Desa.

Blood Glucose Meter

Dah tinggal di desa, mommy checkup di klinik Desa. Apabila perlu akan buat checkup di Klinik Ibu dan Anak Meru, pekan Meru, Klang. 

Klinik Desa jaraknya hanya 600 meter. Manakala KKIA Meru jaraknya 2.7km. Macam dekat tapi perlu melintas jalan besar yang tak pernah lengang. Nak tak nak kena naik kenderaan untuk ke sana. Naik basikal dengan anak-anak, janganlah! Suami pon takkan benarkan. 

Ok sambung semula mengenai BSP. BSP kena buat 4x iaitu :-
8 pagi
10 pagi
2 petang
8 malam

Untuk 8 malam tu wajib pergi Klinik Desa. Memang Klinik Desa buka malam untuk BSP.

Jadi panjang lah entry mommy kali ni. Nak cerita kisah dari awal pagi sehingga malam hari. 

Seawal 7.15 pagi mommy pergi Klinik Desa. Rancangan asal minta daddy hantar, tapi mommy tumpang van sekolah ciksal yang Adam dan Anis naik sebab satu laluan, tumpang je lah alang-alang kan. Ciksal pon ok sahaja sebab banyak lagi kosong. 

Mommy sampai awal ke Klinik Desa. Orang kedua terawal.

Nak settle awal, kena lah datang awal.

Untuk BSP kena puasa dari 10 malam sebelumnya. Malam tadi mommy makan malam pukul 9. Makan nasi dengan Tomyam ayam. Sedap oi. Terlajak makan nasi banyak. 


Bacaan BSP 8 pagi adalah 5.2. Agak tinggi. 

Bacaan puasa tak boleh melepasi 5.3. 

Kalau lebih kena cucuk insulin. Seramnya! 

Lepas ambil BSP terus kena giliran untuk checkup. Datang awal hari ni kan. Sementara JM Siti  ambil tekanan darah beliau tanya bawa bekal tak? Nak makan, makan sekarang. Nak ambil bacaan pukul 10 nanti. JM Siti siap pesan minum air kosong saja.

Mommy makan roti gardenia sekeping bersama air kosong. Mommy bawa roti 3 keping. Berangan nak makan semua tapi takut tengok bacaan tinggi tadi. Perut pon tak jadi nak lapar. 

8.45 pagi mommy dah selesai check perut. Takkan nak tunggu pukul 10 untuk BSP. Lama lagi. Terus call minta daddy ambil.

Daddy terus pergi kerja, mommy kat rumah belek gajet mommy baru beli tadi. Ambil gambar yang penting. Haha! 

9.45 pagi mommy dah standby depan Blood Glucose Meter untuk ambil bacaan 10 pagi.  Tapi godek punya godek sampai hancur. Instruction ada pon tak faham. Tadi nurse dah terang pon tak boleh nak buat juga. 

10.10 mommy call grab. Kali kedua mommy naik grab. Siap minta driver grab tunggu. Sekejap saja nak ambil darah. Nak balik kena cari grab lagi. 

Nurse pon tunjuk lah cara nak guna betul-betul dan sekali check BSP mommy. Ya Allah! Haha apa dah jadi dengan aku ni. Senang je. Tak susah pon.

Masuk grab, driver kata "Eh dah siap?". Tak sampai 10 minit pon. 

Rezeki grab tu lah. Tadi hantar rm5. Balik rm5.

Bacaan pukul 10 pagi adalah 4.7.

Untuk bacaan pukul 10 pagi, 2 petang dan 8 malam tak boleh melebihi 6.8.

12 tengahari mommy makan nasi sikit dengan telur dadar sikit dan daun salad banyak. Daun salad cicah kicap dan cili padi. Pergh sedap walaupun dah macam makan salad bersayurkan nasi.

2 petang mommy ambil bacaan BSP sendiri kat rumah 5.2

BSP 2 petang 12/9/2018

3 petang mommy dah lapar. Aduh lapar sangat ni. Mommy makan baki roti gardenia 2 keping pagi tadi. Ngap ngap sekejap sahaja dah habis. 

Tak lama lapar lagi. Mommy makan epal hijau sebiji dan epal merah sebiji. Lapar lagi makan epal lagi. Lapar sahaja! 

Selalu kalau timbang kat rumah waktu macam ni berat 53kg. Kadang kadang cecah 54kg. Hari ni penimbang tak cecah 53 langsung. Kahkah! Boleh turun berat ye bila makan sikit-sikit macam ni.

6.30 petang mommy bagi anak makan. Hari ni mommy sakit urat belikat. Sakit-sakit ni nak berlama-lama kat dapur tu tak la. Jadi menu mudah untuk anak-anak adalah telur dadar  juga. Mereka makan dengan berselera sekali. Sampai bertambah dan puji mommy. Haha lawak la! Telur dadar saja. Sampai mommy yang plan taknak makan, makan juga sikit.

Mommy makan sama macam tadi; Nasi segenggam bersama telur dadar sikit dan daun salad banyak. Sayur dah ganti nasi demimu anak.

8 malam lepas hantar Adam dan Anis tuisyen, terus pergi Klinik Desa. Bacaan 8 malam adalah 5.7

Nurse pesan nak makan, makan 2 jam sebelum ambik darah iaitu sebelum 6 petang. Baiklah!

Selesai BSP hari ini. Balik rumah mommy makan khabsah lamb. Tadi minta daddy belikan. Tapi makan sikit saja. Tak sampai separuh pon. Kongsi satu bungkus 5 beranak. Haha.

Bila GDM ni mommy kena kurangkan karbohidrat. Bererti kena kurangkan portion nasi dan juga gula. 

Panjang kan cerita BSP. Mommy sabar lah ni boleh cerita satu satu apa jadi. Hehe

Mommy akan ada banyak lagi BSP kerana BSP kena buat 2 minggu sekali. Nanti mommy cerita lagi kisah BSP selanjutnya.

4 comments:

  1. KG pernah lalui fasa ni.. bertabahlah para mommy yang peknen.. heheheh.. semoga d kurniakan kesihatan sepanjang mengandung

    ReplyDelete
  2. semoga perjalanan pregnancy mommy irra dipermudahkan

    ReplyDelete
  3. Berguna ada alatan ni buat standby dekat rumah :D

    ReplyDelete