10 Tips Terbaik Untuk Kemasan Rumah Mudah

10 Tips Terbaik Untuk Kemasan Rumah Mudah | Zaman sekarang, rakyat Malaysia lebih gemar menghias rumah mengikut trend terkini berbanding mengikut keperluan kawasan rumah kita. Sebab itu, kalau kita perasan ada sesetengah perkongsian yang sangat menarik mengenai susunan barang rumah dilakukan kadang-kadang tidak sesuai dengan keadaan rumah kita.

Maka, sebelum kita memulakan proses kemasan rumah, kita perlulah tahu perkara yang sesuai dan perlu untuk rumah kita. Kalau tidak berkemungkinan rumah kita akan menjadi lebih kusut jika susunan tersebut tidak sepadan.

10 Tips Terbaik Untuk Kemasan Rumah Mudah

Terdapat 10 Tips untuk kemasan rumah yang mudah untuk anda lakukan di rumah masing-masing.

10 Tips Terbaik Untuk Kemasan Rumah Mudah

Pertama. Rancang posisi dan kedudukan perabut anda terlebih dahulu. Elakkan dari meletakkan semua perabut di tepi dinding kerana ia akan menjadikan ruang tersebut kelihatan kecil.

Kedua. Menggunakan warna yang sesuai untuk dinding anda. Warna memainkan peranan yang sangat penting dalam memastikan sama ada ruang itu kelihatan besar atau kecil. Sebagai contoh, kita gunakan warna gelap untuk bilik tidur supaya dapat membantu kita untuk berehat dengan lebih mudah pada waktu malam.

Ketiga. Pastikan siling rumah anda lebih tinggi. Jika anda baru nak buat rumah, masukkan tips ini sebagai perkara wajib yang perlu dipatuhi. Ini kerana, kedudukan siling yang lebih tinggi akan menjadikan ruang tersebut kelihatan lebih luas dan membantu peredaran udara didala rumah anda.

Keempat. Lampu. Ramai diantara pemilik rumah enggan bermain dengan lampu. Salah satu sebabnya adalah kerana penyediaan nya agak rumit untuk dilakukan. Sebab itu jugalah kita lebih gemar menggunakan lampu kalimantang untuk semua ruang dalam rumah kita. Bak kata orang “ asal ada dan terang sudahlah ".

Kelima. Kemasan Lantai. Rata-rata rakyat Malaysia akan menggunakan jubin berwarna putih sebagai jubin utama dalam rumah. Tidak salah menggunakannya, cuma pastikan lantai atau jubin ini sentiasa kemas dan terjaga.


Keenam. Kurangkan hiasan dinding. Semakin kurang frame di dinding semakin segar mata memandang.

Ketujuh. Guna semula atau buang. Dalam rumah kita pasti aka nada barang yang kita sayang nak buang. Kalau ada, lebih baik anda guna semula. Kadang-kadang ia diperlukan untuk fungsi yang berbeza. Kalau sudah tidak diperlukan, silakan untuk masukkan barang tersebut dalam tong sampah.

Kelapan. Jual barang lama untuk beli barang baru. Sebagai contoh, anda ada perabot lama yang anda tidak mahu. Jadi juallah perabot ini dan gunakan wang hasil jualan untuk mendapatkan perabot yang baru. Dengan cara ini, anda dapat menjaga kemasan rumah anda.

Kesembilan. Minimakan penggunaan perabot terutamanya di ruang tamu. Sering kali kita lihat di ruang tamu akan dipenuhi dengan barang-barang yang tak sepatutnya seperti baju yang belum dilipat, mainan kanak-kanak dan lain-lain. Sebolehnya jika ada ruang, asingkan barang-barang ini dari ruang tamu. Ini dapat membolehkan anda menggunakan ruang ini untuk berehat dan bersantai dengan ahli keluarga. Selain itu, anda juga dapat memastikan kawasan utama rumah anda berada dalam keadaan yang kemas dan teratur.

Kesepuluh. Gunakan cermin. Sebenarnya cermin banyak membantu dalam meluaskan sesuatu Kawasan dalam rumah anda. Jangan takut untuk bermain dengan cermin.

Akhir sekali, ada banyak tips dan panduan untuk membantu anda memastikan ruang rumah anda berada dalam keadaan kemas dan teratur. Cuba sesuaikan dengan ruang rumah anda. Jika sesuai maka gunakanlah tips ini. Semoga bermanfaat. 


0 comments:

Post a Comment