Anda pernah makan perut lembu? DaddyG suka makan perut lembu tapi hanya makan apabila dijamu. Haha. Kalau nak jumpa perut lembu ni mesti lah di musim Raya Haji. Tahu tak rupa asal perut lembu? Boleh tengok di sini --> http://www.irrayyan.com/2016/09/pertama-kali-tengok-perut-lembu-sebelum.html
Perut lembu
Selepas dicuci, perut lembu boleh di potong kecil. Ikut selera masing-masing juga.
Perut lembu
Mommy tengok adik ipar potong kecil-kecil. Mommy pun turut sama potong comel-comel.
Perut lembu
Mommy tak pernah makan tau. Haha ntah la tak pernah sesiapa suruh makan.

Lepas perut lembu dipotong, perut lembu tersebut akan direbus sehingga empuk.

link

Air Asam di Kedah lain, di Kelantan lain. Adik-adik tak makan sayur. Mak hanya letak perahan limau nipis dan cili tumbuk.
Air asam perut lembu

Kalau di Kedah, mak letak hirisan tomato, bawang, sedikit belacan dan kerisik. Sedap oi. Tapi mommy makan dengan daging sahaja. Haha

Mommy rasa juga la satu perut lembu ni. Nak try test kan. Rasa kenyal-kenyal. Gigit tak lumat-lumat. Alamak! Telan saja lah. So satu saja lah mommy makan. Sedap lagi telinga, hidung dan bibir lembu

Rumah Sewa Terbaik dengan harga di bawah pasaran | Sekarang ini, memiliki sebuah rumah merupakan impian setiap rakyat Malaysia. Ada yang nak beli rumah condominium, rumah teres dan sebagainya. Namun faktor kewangan menjadi penghalang untuk memiliki rumah sendiri. Sebagai alternative, rata-rata rakyat Malaysia mencari rumah sewa sebagai tempat berteduh sebelum mereka memiliki rumah sendiri.

Tujuan utama memiliki rumah sewa adalah sebagai tempat tinggal sama ada bagi bujang ataupun sudah berumah tangga. Ini bagi memudahkan mereka ulang alik ke tempat kerja dan melakukan aktiviti harian bersama kawan-kawan atau ahli keluarga.

Rumah Sewa Terbaik dengan harga di bawah pasaran 

Rumah Sewa Terbaik dengan harga di bawah pasaran

Bagaimanakah cara memiliki rumah sewa terbaik dibawah harga pasaran? 

Jawapannya adalah anda perlu melakukan lawatan atau survey ke tempat-tempat yang terdapat rumah untuk disewa. Dari sini anda kena sesuaikan dengan keperluan anda. Satu dari segi kewangan dan bajet. Kedua adalah jarak perjalanan anda untuk ke tempat lain seperti tempat kerja, kedai makan dan sebagainya.

Yang kedua, bagaimana kita nak dapat harga rumah sewa dibawah harga pasaran adalah dengan bertanyakan kepada perunding hartanah mengenai harga rumah sewa dikawasan mereka atau Kawasan yang kita mahu sewa. Dengan cara ini, anda akan lebih mudah untuk mengesan rumah yang terbaik sesuai dengan target anda.

Yang ketiga adalah apabila anda datang melihat rumah sewa terbabit. Pastikan anda berpakaian kemas dan segak. Dengan cara ini, anda dapat memberi keyakinan kepada tuan rumah supaya yakin untuk memberi sewa kepada anda. Jarang kita lihat, tuan rumah akan marah dengan orang yang professional dan baik.


Yang keempat adalah menawarkan bayaran sewa rumah secara pembayaran awal kepada tuan rumah. Dengan cara ini anda akan lebih berjaya untuk mendapat diskaun sewa rumah dari tuan rumah. Selain itu, cara ini dapat memudahkan tuan rumah mendapatkan duit sewanya tanpa perlu menunggu hujung bulan untuk menerima duit sewa tersebut.

Yang kelima, kalau anda masih buntu dalam mencari harga rumah sewa yang murah. Anda boleh buat survey secara online di portal-portal hartanah seperti gohartanah.com dan lain-lain. Dari sini anda akan dapat harga sewa yang berbeza-beza dan kemudian anda hanya perlu pilih yang paling murah dan sesuai dengan anda.

Nak cari sebuah rumah sewa yang memiliki semua perkara adalah sukar. Sebagai penyewa kita kena sesuaikan keadaan kita dengan suasana dirumah terbabit. Ada kala, kita dapat rumah sewa yang murah, tapi akses kebandar agak sukar. Begitu juga sebaliknya. Jadi pemilihan rumah sewa ini memang sangat penting dan ia perlu dilakukan secara terperinci agar hasrat anda untuk menyewa rumah itu dipermudahkan.

Pastikan anda berurusan dengan agen atau tuan rumah yang betul. Jangan sampai anda tertipu. Jika anda gabungkan teknik diatas, pasti anda akan dapat rumah sewa dibawah harga pasaran yang anda idam-idamkan.


BSP(Blood Sugar Profile) | Hari ni 12 September, mommy ada monthly checkup dan BSP. Asalnya temujanji check perut saja. Tapi disebabkan minggu lepas sangkut GDM(kencing manis semasa hamil), hari ni ada juga BSP.

Terpaksa lah mommy beli Blood Glucose Meter ni untuk  check BSP(Blood Sugar Profile) supaya tak perlu berulang ke Klinik Desa.

Blood Glucose Meter

Dah tinggal di desa, mommy checkup di klinik Desa. Apabila perlu akan buat checkup di Klinik Ibu dan Anak Meru, pekan Meru, Klang. 

Klinik Desa jaraknya hanya 600 meter. Manakala KKIA Meru jaraknya 2.7km. Macam dekat tapi perlu melintas jalan besar yang tak pernah lengang. Nak tak nak kena naik kenderaan untuk ke sana. Naik basikal dengan anak-anak, janganlah! Suami pon takkan benarkan. 

Ok sambung semula mengenai BSP. BSP kena buat 4x iaitu :-
8 pagi
10 pagi
2 petang
8 malam

Untuk 8 malam tu wajib pergi Klinik Desa. Memang Klinik Desa buka malam untuk BSP.

Jadi panjang lah entry mommy kali ni. Nak cerita kisah dari awal pagi sehingga malam hari. 

Seawal 7.15 pagi mommy pergi Klinik Desa. Rancangan asal minta daddy hantar, tapi mommy tumpang van sekolah ciksal yang Adam dan Anis naik sebab satu laluan, tumpang je lah alang-alang kan. Ciksal pon ok sahaja sebab banyak lagi kosong. 

Mommy sampai awal ke Klinik Desa. Orang kedua terawal.

Nak settle awal, kena lah datang awal.

Untuk BSP kena puasa dari 10 malam sebelumnya. Malam tadi mommy makan malam pukul 9. Makan nasi dengan Tomyam ayam. Sedap oi. Terlajak makan nasi banyak. 


Bacaan BSP 8 pagi adalah 5.2. Agak tinggi. 

Bacaan puasa tak boleh melepasi 5.3. 

Kalau lebih kena cucuk insulin. Seramnya! 

Lepas ambil BSP terus kena giliran untuk checkup. Datang awal hari ni kan. Sementara JM Siti  ambil tekanan darah beliau tanya bawa bekal tak? Nak makan, makan sekarang. Nak ambil bacaan pukul 10 nanti. JM Siti siap pesan minum air kosong saja.

Mommy makan roti gardenia sekeping bersama air kosong. Mommy bawa roti 3 keping. Berangan nak makan semua tapi takut tengok bacaan tinggi tadi. Perut pon tak jadi nak lapar. 

8.45 pagi mommy dah selesai check perut. Takkan nak tunggu pukul 10 untuk BSP. Lama lagi. Terus call minta daddy ambil.

Daddy terus pergi kerja, mommy kat rumah belek gajet mommy baru beli tadi. Ambil gambar yang penting. Haha! 

9.45 pagi mommy dah standby depan Blood Glucose Meter untuk ambil bacaan 10 pagi.  Tapi godek punya godek sampai hancur. Instruction ada pon tak faham. Tadi nurse dah terang pon tak boleh nak buat juga. 

10.10 mommy call grab. Kali kedua mommy naik grab. Siap minta driver grab tunggu. Sekejap saja nak ambil darah. Nak balik kena cari grab lagi. 

Nurse pon tunjuk lah cara nak guna betul-betul dan sekali check BSP mommy. Ya Allah! Haha apa dah jadi dengan aku ni. Senang je. Tak susah pon.

Masuk grab, driver kata "Eh dah siap?". Tak sampai 10 minit pon. 

Rezeki grab tu lah. Tadi hantar rm5. Balik rm5.

Bacaan pukul 10 pagi adalah 4.7.

Untuk bacaan pukul 10 pagi, 2 petang dan 8 malam tak boleh melebihi 6.8.

12 tengahari mommy makan nasi sikit dengan telur dadar sikit dan daun salad banyak. Daun salad cicah kicap dan cili padi. Pergh sedap walaupun dah macam makan salad bersayurkan nasi.

2 petang mommy ambil bacaan BSP sendiri kat rumah 5.2

BSP 2 petang 12/9/2018

3 petang mommy dah lapar. Aduh lapar sangat ni. Mommy makan baki roti gardenia 2 keping pagi tadi. Ngap ngap sekejap sahaja dah habis. 

Tak lama lapar lagi. Mommy makan epal hijau sebiji dan epal merah sebiji. Lapar lagi makan epal lagi. Lapar sahaja! 

Selalu kalau timbang kat rumah waktu macam ni berat 53kg. Kadang kadang cecah 54kg. Hari ni penimbang tak cecah 53 langsung. Kahkah! Boleh turun berat ye bila makan sikit-sikit macam ni.

6.30 petang mommy bagi anak makan. Hari ni mommy sakit urat belikat. Sakit-sakit ni nak berlama-lama kat dapur tu tak la. Jadi menu mudah untuk anak-anak adalah telur dadar  juga. Mereka makan dengan berselera sekali. Sampai bertambah dan puji mommy. Haha lawak la! Telur dadar saja. Sampai mommy yang plan taknak makan, makan juga sikit.

Mommy makan sama macam tadi; Nasi segenggam bersama telur dadar sikit dan daun salad banyak. Sayur dah ganti nasi demimu anak.

8 malam lepas hantar Adam dan Anis tuisyen, terus pergi Klinik Desa. Bacaan 8 malam adalah 5.7

Nurse pesan nak makan, makan 2 jam sebelum ambik darah iaitu sebelum 6 petang. Baiklah!

Selesai BSP hari ini. Balik rumah mommy makan khabsah lamb. Tadi minta daddy belikan. Tapi makan sikit saja. Tak sampai separuh pon. Kongsi satu bungkus 5 beranak. Haha.

Bila GDM ni mommy kena kurangkan karbohidrat. Bererti kena kurangkan portion nasi dan juga gula. 

Panjang kan cerita BSP. Mommy sabar lah ni boleh cerita satu satu apa jadi. Hehe

Mommy akan ada banyak lagi BSP kerana BSP kena buat 2 minggu sekali. Nanti mommy cerita lagi kisah BSP selanjutnya.

10 Tips Terbaik Untuk Kemasan Rumah Mudah | Zaman sekarang, rakyat Malaysia lebih gemar menghias rumah mengikut trend terkini berbanding mengikut keperluan kawasan rumah kita. Sebab itu, kalau kita perasan ada sesetengah perkongsian yang sangat menarik mengenai susunan barang rumah dilakukan kadang-kadang tidak sesuai dengan keadaan rumah kita.

Maka, sebelum kita memulakan proses kemasan rumah, kita perlulah tahu perkara yang sesuai dan perlu untuk rumah kita. Kalau tidak berkemungkinan rumah kita akan menjadi lebih kusut jika susunan tersebut tidak sepadan.

10 Tips Terbaik Untuk Kemasan Rumah Mudah

Terdapat 10 Tips untuk kemasan rumah yang mudah untuk anda lakukan di rumah masing-masing.

10 Tips Terbaik Untuk Kemasan Rumah Mudah

Pertama. Rancang posisi dan kedudukan perabut anda terlebih dahulu. Elakkan dari meletakkan semua perabut di tepi dinding kerana ia akan menjadikan ruang tersebut kelihatan kecil.

Kedua. Menggunakan warna yang sesuai untuk dinding anda. Warna memainkan peranan yang sangat penting dalam memastikan sama ada ruang itu kelihatan besar atau kecil. Sebagai contoh, kita gunakan warna gelap untuk bilik tidur supaya dapat membantu kita untuk berehat dengan lebih mudah pada waktu malam.

Ketiga. Pastikan siling rumah anda lebih tinggi. Jika anda baru nak buat rumah, masukkan tips ini sebagai perkara wajib yang perlu dipatuhi. Ini kerana, kedudukan siling yang lebih tinggi akan menjadikan ruang tersebut kelihatan lebih luas dan membantu peredaran udara didala rumah anda.

Keempat. Lampu. Ramai diantara pemilik rumah enggan bermain dengan lampu. Salah satu sebabnya adalah kerana penyediaan nya agak rumit untuk dilakukan. Sebab itu jugalah kita lebih gemar menggunakan lampu kalimantang untuk semua ruang dalam rumah kita. Bak kata orang “ asal ada dan terang sudahlah ".

Kelima. Kemasan Lantai. Rata-rata rakyat Malaysia akan menggunakan jubin berwarna putih sebagai jubin utama dalam rumah. Tidak salah menggunakannya, cuma pastikan lantai atau jubin ini sentiasa kemas dan terjaga.


Keenam. Kurangkan hiasan dinding. Semakin kurang frame di dinding semakin segar mata memandang.

Ketujuh. Guna semula atau buang. Dalam rumah kita pasti aka nada barang yang kita sayang nak buang. Kalau ada, lebih baik anda guna semula. Kadang-kadang ia diperlukan untuk fungsi yang berbeza. Kalau sudah tidak diperlukan, silakan untuk masukkan barang tersebut dalam tong sampah.

Kelapan. Jual barang lama untuk beli barang baru. Sebagai contoh, anda ada perabot lama yang anda tidak mahu. Jadi juallah perabot ini dan gunakan wang hasil jualan untuk mendapatkan perabot yang baru. Dengan cara ini, anda dapat menjaga kemasan rumah anda.

Kesembilan. Minimakan penggunaan perabot terutamanya di ruang tamu. Sering kali kita lihat di ruang tamu akan dipenuhi dengan barang-barang yang tak sepatutnya seperti baju yang belum dilipat, mainan kanak-kanak dan lain-lain. Sebolehnya jika ada ruang, asingkan barang-barang ini dari ruang tamu. Ini dapat membolehkan anda menggunakan ruang ini untuk berehat dan bersantai dengan ahli keluarga. Selain itu, anda juga dapat memastikan kawasan utama rumah anda berada dalam keadaan yang kemas dan teratur.

Kesepuluh. Gunakan cermin. Sebenarnya cermin banyak membantu dalam meluaskan sesuatu Kawasan dalam rumah anda. Jangan takut untuk bermain dengan cermin.

Akhir sekali, ada banyak tips dan panduan untuk membantu anda memastikan ruang rumah anda berada dalam keadaan kemas dan teratur. Cuba sesuaikan dengan ruang rumah anda. Jika sesuai maka gunakanlah tips ini. Semoga bermanfaat. 


Minum air gula / Modified Glucose Tolerance Test-MGTT | Modified Glucose Tolerance Test-MGTT atau dalam bahasa Melayu; Ujian Toleransi Glukosa, bertujuan untuk memeriksa tahap kawalan gula dalam badan.

Ujian ini digunakan untuk mendiagnosis penyakit kencing manis semasa hamil (diabetes gestasi). Ibu hamil yang sangat berkemungkinan mengalami penyakit ini seperti perlu menjalani ujian ini;
  • obes (dengan BMI lebih daripada 30).
  • pernah melahirkan bayi besar dengan berat 4kg atau lebih.
  • pernah menghidap diabetes gestasi dalam kehamilan sebelum ini.
  • sejarah keluarga dengan diabetes (ibu atau bapa, adik-beradik atau anak menghidap diabetes).

Prosedur MGGT atau minum air gula

  1. Puasa dari jam 10 malam.
  2. Sebaik tiba di klinik, jururawat akan mengambil sampel darah. Sampel darah yang pertama akan digunakan untuk mengukur tahap gula dalam darah ketika sedang berpuasa. 
  3. Seterusnya, minum air gula yang mengandungi kira-kira 75 gram glukosa. 
  4. Sampel darah kedua diambil selepas dua jam dan ukurannya dibandingkan dengan julat normal. Dalam masa dua jam menunggu itu, tidak boleh makan atau minum.
Ujian ini akan mengesan samada ibu hamil menghidap diabetes ataupun tidak. Seramai 14 peratus wanita hamil menghidap diabetes gestasi. Tidak seperti lain-lain jenis diabetes, diabetes gestasi biasanya hilang sebaik sahaja bayi dilahirkan.

Ia biasanya dijalankan semasa minggu ke-24 hingga ke-28 kehamilan, kecuali jika ibu hamil pernah mengalami diabetes gestasi sebelum ini, yang mana dalam kes ini ibu hamil akan diminta menjalani ujian pada minggu ke-16 hingga ke-18 dan sekali lagi pada minggu ke-24 hingga ke-28.

First pregnancy mommy Irra disahkan ada  Gestational Diabetes Mellitus(GDM) under diet control. Maka wajib lah minum air gula sebanyak 2x untuk pregnancy seterusnya. Second and third pregnancy Alhamdulillah tak ada GDM. Pada minggu ke 11, mommy kena minum air gula untuk 4th pregnancy.



Bacaan keputusan MGTT

Bacaan normal bagi MGTT adalah:
Berpuasa 3.0 mmol/L hingga 5.5 mmol/L
Selepas 2 jam minum air gula kurang daripada 7.8 mmol/L

Bacaan tidak normal adalah:
Berpuasa lebih daripada 5.5 mmol/L
Selepas 2 jam minum air gula lebih daripada 7.8 mmol/L 

Mommy flashback bacaan MGTT kandungan yang ketiga pada tahun 2014. Apabila dah mengandung ni, memang kena hadap la untuk derma darah selalu. Haha
Bcaan MGTT(1) 2014

Bacaan MGGT pertama pada 9/10/2014
Berpuasa: 3.9 mmol/L 
Selepas 2 jam minum air gula: 3.8 mmol/L

Bacaan MGTT (2) 2014
Bacaan MGTT (2) 2014

Bacaan MGGT kedua pada 29/12/2014
Berpuasa: 3.6 mmol/L
Selepas 2 jam minum air gula: 3.9 mmol/L

Bacaan gula dalam darah cantik masa tu. Mommy Irra bebas daripada kencing manis semasa mengandung kali ke 3.

Untuk kandungan ke 4, mommy kena minum air gula seawal 11 minggu. Sesekali rasa menyesal mommy pergi checkup awal. Haha.

Kali ini mommy akan berulang ke Klinik Desa yang jaraknya 600m dari rumah dan Klinik Kesihatan Ibu dan Anak Meru yang jaraknya 2.7km dari rumah. 

Nampak dekat tapi untuk naik basikal seorang diri melintas jalan besar yang sentiasa banyak kereta, tak mungkin lah daddy akan bagi. Melintas dengan kereta pon payah. 

Untuk minum air gula mommy kena pergi KKIA Meru. Mommy memandu sendiri ke Klinik. Biar daddy jaga anak-anak di rumah setiap kali checkup. 

Seramai 87 orang minum air gula. Wow! Ramai sungguh. Mommy yang ke 36. Patut lah lama sungguh menunggu. 8.24 pagi baru dapat minum air gula. Seawal 7.30 mommy dah ada di Klinik Meru. 10.40 pagi baru dapat ambil darah selepas 2 jam.

Keputusan tak akan dapat on the spot. Sekiranya positive ada kencing manis, nurse akan hubungi sebelum pukul 6 petang. Tetapi jika tak ada panggilan dari klinik, maksudnya keputusan MGTT adalah negatif.

Malangnya pukul 5 lebih mommy dapat panggilan dari KKIA. "Bacaan puan tinggi. Puan kena buat BSP minggu depan."

Murung sekejap!

MGTT Result for 4th pregnancy
Bacaan MGGT
Berpuasa: 4.9 mmol/L
Selepas 2 jam minum air gula: 7.9 mmol/L

Mommy kongsikan sedikit tips bagaimana mommy minum air gula. Pengalaman 4x mengandung dah 6x minum air gula.

Tips minum air gula

  1. Set minda bahawasanya air gula ni minum untuk kebaikan mommy and baby. 
  2. Untuk buktikan mommy tak ada diabetes.
  3. Taknak baby besar sebab susah nak beranak. Lagi satu lambat nak baik sebab bukaan besar semasa beranak. Seksa weii!
  4. Minum air gula sekali nafas. Tarik nafas panjang-panjang dan minum sampai habis. 
  5. Jangan fikir air tu manis. Bayangkan macam minum air biasa saja.
Bila dah ada GDM ni mommy kena buat pemeriksaan perut dan BSP 2 minggu sekali. Nasib lah badan. 
Setiap hari akan masuk message dari group sekolah agama Adam, ada sahaja yang tidak hadir sekolah dengan bermacam alasan.
Tidak hadir ke sekolah

Namun, bagi aku, aku lagi senang "PM" ustazah/cikgu kelas Adam.
Aku tak rasa "PM" aku mengganggu ustazah/cikgu kerana mereka perlu tahu situasi anak murid mereka. Malah aku tidak mengganggu parent pelajar lain.

Cukup sahaja group tersebut jadi tempat ustazah/cikgu menyampaikan info.

Oh aku yang terganggu dengan message mereka? Agak la. Aku ingatkan notification dari group sekolah adalah perkara penting. Aku segera buka dan baca. Alahai. Tak ada apa pon.

Itu belum masuk lagi soalan yang sudah ada jawapannya. Kan dah ada parent yang terlepas pandang. 

Ada isu yang aku rasa tak patut terjadi, aku terus ke sekolah bersemuka dengan cikgu. Senang. Tak ada salah faham. Aku sendiri tak susah hati memikirkan. 
Cara untuk Kahwin dalam Bajet | Kahwin merupakan antara perkara yang menjadi keutamaan bagi sesetengah orang. Ada yang nak kahwin awal dan ada juga yang nak kahwin lambat. Ini semua bergantung pada perancangan masing-masing. Untuk berkahwin, kita perlu merancang dengan sebaiknya agar kita dapat memastikan tiada penyesalan selepas perkahwinan terutamanya merancng bajet kahwin anda.
Carabuntuk kahwin dalam bajet

Zaman sekarang, ramai yang sanggup berbelanja lebih untuk sebuah majlis perkahwinan. Ada yang sanggup berhutang semata-mata nak pastikan yang majlis mereka kelihatan mewah dan bergaya. Jika anda ada persepsi begini,lebih baik anda lupakan hasrat anda itu.

Kesan dari terlalu mewah sebelum berkahwin akan menyebabkan anda diseksa dengan bebanan hutang yang sangat banyak. Untuk mengelakkan perkara ini berlaku, rancanglah bajet anda supaya sesuai dengan kemampuan anda.

Cara untuk Kahwin dalam Bajet

Terdapat beberapa langkah untuk memastikan perkahwinan anda berada dalam bajet yang anda telah tetapkan.

Sediakan bajet yang lengkap dan tersusun. Semakin detail bajet anda semakin bagus perbelanjaan anda. Kenapa perlu tulis secara detail? Ini bagi mengelakkan dari kerugian sebelum dan selepas majlis anda.

Sediakan checklist barang keperluan. Dari sini anda bahagikan kepada barang yang perlu dibeli dan barang tidak perlu dibeli. Berdasarkan checklist ini anda akan Nampak berapa perbelanjaan yang diperlukan dan dimana untuk kurangkan bajet anda.
Pastikan bajet yang dirangka adalah mengikut kemampuan anda. Jangan berlebihan sehingga membebankan anda di kemudian hari.

Berbincanglah dengan pasangan anda. Dalam sudut ini, perbincangan dan pemahaman diantara anda dan pasangan anda adalah sangat penting. Jangan pula hanya anda yang nak buat bajet sedangkan pasangan anda tidak. Terangkan dan bertolak ansur di antara satu sama lain.

Pastikan anda mematuhi bajet yang telah anda tulis. Jangan cuba skip atau langgar bajet yang telah dibuat. Jika tidak anda akan tetap mengalami masalah kerugian dan lebih perbelanjaan dalam perkahwinan anda.

Sediakan duit kecemasan dalam bajet anda. Ramai yang buat bajet tetapi tak  letakkan wang kecemasan dalam bajet mereka. Bila terdesak dan memerlukan wang segera, mereka tidak mampu memberikannya. Jadi wang kecemasan ini sangatlah penting untuk perancangan perkahwinan anda kerana andai ada pertambahan bajet, anda boleh gunakan wang ini untuk sementara waktu.

Nasihat untuk wang kecemasan ini adalah jangan guna selagi tidak ada keperluan untuk menggunakannya. Jangan buat hutang dengan wang kecemasan. Contohnya anda ingin membeli sesuatu, anda keluarkan wang kecemasan dahulu berbanding wang simpanan anda. Jika ini berlaku anda akan menghadapi masalah kekurangan wang di penghujungnya nanti.

Akhir sekali, bab perancangan bajet perlu dititik beratkan sebelum memikirkan perkara lain. Ini kerana untuk mengelakkan pasangan yang baru mendirikan rumah tangga terjerumus dalam kancah hutang. Orang kata kalau tak rancang bajet perkahwinan, anda akan masuk dalam jerat hutang yang tiada penghujungnya.

Kita pun tahu kesan berhutang sangatlah buruk bagi setiap manusia, jadi dengan perancangan bajet ini akan membantu kita untuk mengelakkan dari bebanan hutang selepas berkahwin. Semoga bermanfaat.


Akhirnya jadi juga ayam panggang guna La Gourmet Turbo Roaster
Ayam panggang Lagourmet Turbo Roaster
Perap ayam dengan sos BBQ Black pepper + bawang putih 5 ulas + sos tiram
Perap

Bakar dengan Lagourmet Turbo Roaster

40 minit 200°c

Muat elok seekor ayam

Cantiknya kejadian
link
Tak suruh pon amal posing macam ni

Ayam pon posing juga haha

Bila nak boleh makan ni?

Yummyyy
Panggang dengan La Gourmet Turbo Roaster 40 minit. Kemudian, terbalikkan ayam. Bakar lagi 15 minit. Siap!

Ayamnya lembut. Sedap. Berselera anak-anak makan tak sempat tunggu daddy balik.

#Lagourmet
#TurboRoaster
#AyamPanggang


Saya dikenali sebagai Mommy Irra di media sosial kerana saya mempunyai 3 orang cahaya mata. Adam 7 tahun. Anis 5 tahun. Amal 3 tahun. InsyaAllah tahun hadapan bertambah seorang lagi.
Mommy irra

Mommy irra seorang suri rumah sepenuh masa dan juga blogger atau lebih kepada media sosial influencer

Jika ditanya apa matlamat Mommy irra, pertama adalah Mommy irra nak sempurnakan impian suami tercinta; beranak 5. Banyak tahun lagi lah nak dapat capai Matlamat ini.
Disamping memenuhi keperluan suami dan anak-anak, mommy meluangkan masa menulis blog dan mengemas kini media sosial. Ia pastinya suatu kerja yang menguntungkan dan menjadi pendapatan sampingan mommy irra. 

Tidak buat sesuatu yang buang masa. Dulu mak selalu bising bila tengok mommy asyik ambil gambar. Mengadap handphone. Tapi sekarang ni mak tak kata apa lagi dah. Sebab ia merupakan kerja mommy. Mommy bukan buang masa mengadap handphone.

Blog ada nilai. Blog adalah harta bernilai. Ditambah pula dengan media sosial yang terjaga dan mempunyai engagement, seorang blogger dan media influencer mempunyai nilai tersendiri. Buktinya apabila ada tawaran kerja dengan bayaran tertentu. Itu bayaran atas usaha kita selama ini membangunkan media sosial. 

Bagi mommy, jika ia merugikan, mommy tak akan ambil task tersebut. Seperti contoh untuk pergi ke sesuatu majlis, mommy perlu keluarkan duit tol, duit minyak, duit makan dan duit upah mengasuh anak-anak yang mommy tinggalkan di rumah jiran. Belum kira duit internet dan juga tenaga yang dikerah sepanjang hari tersebut. Mommy tak ada sumber pendapatan lain. Daddy nak bagi duit pon, gaji habis untuk belanja setiap bulan. Macam mana nak pergi event free macam tu?

Belum masuk hal penat memandu sendiri pergi dan balik. Sampai rumah nak kemaskini blog, facebook dan instagram. Baik mommy duduk rumah golek atas tilam. Badan pon tak penat, otak tak serabut dengan kesesakan lalulintas dan kepala tak sakit kena panas matahari.

Sekarang ni masa mommy adalah sepenuhnya untuk suami, anak-anak dan melayan diri sendiri yang mengalami perubahan hormon serta kemaskini media sosial.
Pertama kali cashout dari churpchurp

Akaun media sosial sentiasa kena update dan maintain. Alhamdulillah, rezeki pon masuk juga. 
Zaman sekarang ni, penyakit berjangkit berleluasa di mana-mana seperti HFMD (Hand, Foot and Mouth Disease). Tinggal di kampung atau di bandar sama sahaja. Nak tak nak, sebagai ibu bapa prihatin, kita perlu memastikan tahap kesihatan anak adalah yang terbaik. Anak mommy akan diberi makan vitamin C setiap hari sebelum ke sekolah. 
Champs Vitamin C dari CCM Duopharma
Champs Vitamin C dari CCM Duopharma

Farmaseutikal Halal

Disebabkan ada banyak jenis supplemen dan ubat-ubatan dipasaran, isu lain yang timbul adalah farmaseutikal halal. Halalkah ubat-ubatan yang kita ambil di farmasi? 
 CCM Duopharma 100% halal
CCM Duopharma 100% halal
Sebagai seorang yang beragama Islam, mommy akan mengutamakan status halal sesuatu produk. Kini bukan pengguna Islam sahaja, malah pengguna bukan islam juga semakin bijak dan menuntut jaminan bahawa ubat-ubatan dan suplemen kesihatan adalah berkualiti tinggi.
CCM Duopharma Suci 100% Halal
CCM Duopharma Suci 100% Halal
Untuk pengetahun semua, pada November 2009, satu kenyataan mengejutkan telah dibuat, di mana hampir 30 peratus daripada 100 produk kesihatan diuji di makmal Pusat Pengajian Sains Farmasi Universiti Sains Malaysia (USM) didapati tidak halal kerana gelatin daripada bovine digunakan dalam membuat kapsul produk.

Walaupun telah 9 tahun telah berlalu, namun sebagai pengguna, kita masih perlu memastikan apa yang dimakan atau digunakan adalah halal. 

Kini dengan teknologi dihujung jari, pengguna boleh mengetahui dengan mudah status halal sesuatu produk.

Cara untuk memilih farmaseutikal halal

Cara yang lebih mudah nak kenal pasti bahawa apa yang kita beli adalah halal adalah dengan membeli ubat-ubatan atau supplemen dari jenama yang dipercayai.

CCM Duopharma

CCM Duopharma adalah pembekal halal pilihan dan rakan pilihan produk halal pharma secara global.


Antara produk kesihatan keluaran CCM Duopharma adalah:-

1. Ubat-ubatan
Zolterol, CCM Fenofibrate, Zynomax, Nicol Eye Drops, Sobenz, Oral Aid Lotion


2. Vitamin dan Suplemen Kesihatan
Champs Vitamin C and Multivitamins, Flavettes Vitamin C, Proviton Daily Multivitamins, Naturalle


3. Di Kaunter
Uphamol, EyeGlo, Alucid


4. Dermatologi
Dermoplex Antifungal Cream, Dermoplex Antiseptic Cream, Dermoplex Burn-aid Cream, Dermoplex Calamine Cream

Antara produk CCM Duopharma yang mommy gunakan adalah EyeGlo
EyeGlo antara produk wajib yang perlu ada dalam handbeg mommy. Mommy takkan pernah tinggal kerana mata mommy ada masalah silau. Lama-lama memakai cermin mata akan buat mata tak selesa. Jadi mommy akan titiskan EyeGlo. Sekarang mommy tak perlu risau lagi, EyeGlo adalah salah satu produk halal dari CCM Duopharma.

Misi CCM Duopharma

Bukan senang sesuatu produk farmaseutikal boleh mendapat Sijil Kementerian Kesihatan Malaysia dan Sijil Halal Malaysia JAKIM. Mereka perlu melalui proses halal yang ketat, mencapai tahap kebersihan yang tinggi dan selamat. 

CCM Duopharma adalah sebuah organisasi yang diiktiraf dan sentiasa memastikan bahawa produk mereka membawa manfaat kesihatan dan dibuat secara semula jadi, murni dan selamat untuk digunakan.

Produk yang mempunyai sijil halal ini memberi manfaat kepada orang Islam dan bukan Islam.

Bagus kan apabila ada oganisasi farmaseutikal halal ini. Kewujudan mereka membantu memberi kesedaran kepada pengguna. 

Sebagai pengguna, mommy tak perlu risau lagi kerana peneraju industri farmaseutikal sendiri menitikberatkan keperluan pengguna Islam. 

Nak tahu lebih lanjut boleh terus layari www.myh4p.com