Selamat hari lahir yang ke 32

Selamat hari lahir yang ke 32 | Di usia 32 tahun ini, pencapaian aku sebagai seorang ibu dan isteri, aku ada anak 3 orang. 

Adam 6 tahun 11 bulan 14 hari. 
Anis 5 tahun 1 bulan 17 hari. 
Amal 3 tahun  4 bulan 27 hari. 

Setiap hari aku menjaga keperluan anak-anak dan suami. Dari pakaian, makanan dan segalanya. 

Tapi sekarang dah pandai, kalau penat, minta daddy tapau makanan. Kalau tak larat nak sidai baju banyak-banyak, minta daddy keringkan kat dobi. Mengada eh! Mengada pon ada sebab tau.

Kalau mommy malas? Kebuluranlah anak-anakku. Nak tak nak kena ada makanan untuk mereka dan diri sendiri. Hahaha. Mommy kalau tak dapat makan, mahu mengamuk juga. Kena lah usahakan rajin untuk sediakan makanan.

Ada biskut weetameal cicah air teh pon dah ok. Senang!
Kadang tu, kita ni masak beriya, dia nak makan nasi dengan kicap saja. Allah. Mak awak tak masak ye? Sabar saja lah. 

Yang lagi tak tahan anak-anak nak mommy suap. Mommy dah kepenatan memasak, kena suapkan mereka yang makan sambil main. Mereka main, mommy suap mulut sendiri. Mommy pula yang makan banyak. Mommy yang gemuk. 

Pakaian. Mommy hanging saja semua baju. Seluar anak-anak dan adik-adik kecil tu mommy letak saja atas katil bilik belakang. Bila ada tetamu nak datang, baru bilik belakang bertukar dari bilik baju ke bilik tetamu. Haha!

Kemas rumah. Mommy kemas, anak sepah. Mommy kemas, anak sepah. Mommy jadi hulk sebab penat. Daddy kata bagi nampak kemas saja. So, bila daddy nak balik, kerahkan anak-anak kemaskan barang mereka. Sebelum daddy balik, ikut suka hati korang lah nak buat apa. Selalu saja membebel benda yang sama.

Sudah main, kemas. 
Lepas keluar bilik air, tutup pintu. 
Nak mandi, bawa towel.
Baju kotor letak dalam bakul. 
Sudah makan, letak dalam sinki.

Benda macam ni memang kena ulang dan ulang berterusan sementara nak melekat dalam jiwa. 

Kerja. Mommy kan seorang blogger. Kerja mommy sepenuhnya dengan telefon pintar. Hehe skema pula. Mommy kena update media sosial(blog, facebook, instagram, twitter). Kalau tengok mommy aktif update tu bukan saja-saja. 

Seronok lah juga kan, golek-golek atas katil, duit masuk. Bila kena pergi event, anak-anak mommy tinggal dengan jiran. Kalau event boleh bawa anak, mommy akan bawa anak-anak sekali.

Sebab tu mommy memilih nak pergi event. Mommy kena upah pengasuh untuk 3 orang anak. Duit minyak, tol dan makan. Tambahan pula event jauh, kalau tak berbaloi, maaf lah mommy terpaksa tolak. Bukan sengaja menolak. 

Itu saja lah cerita mommy. Eh birthday mommy? Haa selalu birthday memang tak sambut sakan lah. Setakat makan kat luar. Hadiah kalau nak, kena beranak. Atau rezeki tak terduga. Haha

Tak dapat hadiah pon tak apa. Janji tak lupa nak wish birthday. Huwaaaa daddy lupa lagi pagi ni. Menangis lagi. Sedih. 
Muka sedih paksa senyum. Malas touch up.
Selamat hari lahir yang ke 32 untuk diri sendiri. Semoga maju jaya. Semoga dipermudahkan segala urusan selepas ini. Dan tahniah untuk next baby😘

6 comments:

  1. Selamat hari lahir Irra yang ke 32 tahun..perjalanan masih panjang kan..semoga berbahagia selalu dan dikurniakan kesihatan yang baik..

    ReplyDelete
  2. Hepy bday.. semoga panjang umur, murah rezeki dan bahagia di samping keluarga.. sama umur rupanya.. hehe

    ReplyDelete
  3. Happy birthday mommy. Semoga mommy diberi kekuatan, dimurahkan rezeki dan yang penting jaga kesihatan ye

    ReplyDelete
  4. happy Bestday mommy. semoga mommy dan baby sihat selalu

    ReplyDelete