Lagi sekali doktor syak mengandung luar rahim

Lagi sekali doktor syak mengandung luar rahim | Ini anak kedua yang doktor syak mengandung luar rahim. Yang pertama ada mommy cerita kat sini. http://www.irrayyan.com/2014/08/10-minggu-dah.html.

Apakah simptom mengandung luar rahim?

-Pendarahan kecil di dalam faraj
-Loya dan muntah-muntah beserta rasa sakit
-Sakit di bahagian bawah abdomen
-Kekejangan abdomen yang tajam
-Pening-pening lalat
-Rasa sakit di bahagian bahu, tengkuk atau dubur
-Jika tiub fallopio pecah, kesakitan dan pendarahan teruk boleh mengakibatkan anda pitam


Mommy ni doktor syak mengandung luar rahim kerana scan baby tak nampak apa-apa. 

Beberapa hari sebelum tu mommy dah pergi klinik. Doktor kata kalau sakit tak hilang  lagi, datang sini selepas 3 hari. Disebabkan mommy masih sakit, mommy pergi lah klinik.

Doktor scan, tak nampak. Doktor terus refer ke Hospital. Menapak la ke hospital malam hari. Anak-anak lena dalam kereta dengan daddy. Lagi kesian sebab kena angkut semua orang berjam-jam di Hospital.

Antara punca mengandung luar rahim adalah:-

-Pernah menghidap penyakit radang pelvik 
-Mengalami endometriosis tiub. 
-Pernah membuat pembedahan di bahagian perut, termasuk pembedahan membuang apendiks, caesarean atau pembedahan pada tiub falopio.
-Hamil melalui kaedah IVF. 
-Menggunakan IUD yang mengeluarkan hormon progesteron atau jika anda mengambil pil mini pencegah kehamilan. Kedua-duanya dikaitkan dengan kadar kehamilan di luar rahim yang sedikit tinggi.
-Merokok.
-Pernah mengalami kehamilan di luar rahim. Risiko anda meningkat daripada 1 dalam 100 kepada 1 dalam 10.



Lama juga la menunggu di bahagian kecemasan Hospital. Prosedur bahagian kecemasan memang macam tu. 

Petugas yang ambil darah tu dia cucuk macam nak tikam. Sakit! Weh aku manusia la! Aku cucuk kau balik macam tu kang. Alahai kenapa la teruk sangat cara kau cucuk.

Kemudian mommy di bawa ke bahagian bersalin tunggu doktor on call.

Doktor pon bising apabila scan nampak kantung baby.

Doktor : Ni ada baby ni. 
Mommy: Mana saya nak tahu doktor.
Doktor : Kesian kamu malam-malam kena menunggu kat sini

Doktor pon tak jadi marah, kesiankan kita pula. Doktor kat Klinik tak pandai. Saya bayar RM48 untuk scan. Haih tak puas hati betul. Buang masa sama tau. Tapi kita ni dah susah hati, follow saja la. 

Hurm sepatutnya doktor tu suruh mommy minum air banyak-banyak lagi dan scan semula. Mahal kot scan, tapi scan main-main. 


Mommy: Doktor, saya nak scan baby tadi boleh? 
Doktor: ok lah ambil lah.

5 weeks 6 days : 4th pregnancy

Baik pula doktor bagi scan baby. Itu yang mommy ada scan baby ni. Lega alhamdulillah bukan mengandung luar rahim. Nanti scan lagi masa temujanji dengan doktor KKIA masa baby 14 minggu.


Serabut la nak buat checkup kat klinik macam mana kalau doktor buat sambil lewa ni. Pergi KKIA, lagi banyak appointment dan cekadak juga. Setiap kali mengandung, checkup mengandung macam ni la. Masalah tak pernah tak ada. Dah mommy, tak nak stress. Happy kan dah berjaya ada baby. Yeay! 

6 comments:

  1. ya allah seriau dengarnya, semoga kandungan irra baik-baik sahaja, dan semoga dipermudahkan, take care dear

    ReplyDelete
  2. yeay...teringat masa kita borak kat uplive akak dengan kak bee dok ckp nak tmbah nak tambah..hahaha..alhamdulillah..

    ReplyDelete
  3. Hmmm.. Klinik mmg kan... Sabar je la kan.. .

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah, rezeki Allah untuk mommy sekeluarga. Take care and takmo stress ye mommy and baby.

    ReplyDelete
  5. semoga semuanya baik2 saja sis

    https://messarah.blogspot.com/2018/08/movie-review-game-night-uninvited-crush.html

    ReplyDelete
  6. Mommy take care.. Semoga klini dipermudahkan journey nya.. Sampai dapat lihat dunia dan membesar dengan sempurn :) Selamat hari raya!

    ReplyDelete