Banglo mewah ada pool sewa murah di ampang kuala lumpur

Banglo mewah ada pool sewa murah di Ampang, Kuala Lumpur | Untuk gathering AFB, kumpulan komuniti blogger yang aku tubuhkan, aku nak cari rumah yang boleh memuatkan kami semua. Sangat penting untuk semua orang rasa selesa dan gembira sepanjang program. 

Taj villa, 2 storey banglo Zooview menjadi pilihan kerana:-
1. Unlimited. Boleh memuatkan sehingga 50 orang dewasa dalam satu masa.
2. Sewa semalam RM1600.
3. Ada pool
4. Rumah full aircond.
5. Ruang tamu yang luas
6. Dapur kering & basah
7. Toto & bantal banyak disediakan
8. Segala keperluan disediakan

Banglo mewah yang dinamakan Taj Villa terletak di Lot 1538 Jalan Bulbul, Taman Ulu Klang ,68000 Ampang Kuala Lumpur.

Lot 1538 Jalan Bulbul, Taman Ulu Klang, 68000 Ampang Kuala Lumpur
Lot 1538 Jalan Bulbul, Taman Ulu Klang, 68000 Ampang Kuala Lumpur 
Menarik ada pool. Sebelum majlis, aku dah imagine anak-anak akan seronok nak terjun kolam tak kira masa. 
Pool ni dalam tau
And yes! Betul sekali. Berulang kali tanya bila boleh mandi. 
Ada pelampung boleh mandi, mommy ada saja di situ memerhati.
Bila dah dapat mandi, taknak naik pula. Sabar saja la. 
Parking boleh muat 6 buah kereta
Banglo ni ada 4 bilik berhawa dingin dan satu bilik orang gaji(ada kipas sahaja). 
Pemandangan cantik. 
Dari luar dah nampak cantik. Banglo tersergam indah. Ada juga disediakan tempat berBBQ.
Alatan BBQ
Aktiviti malam pertama adalah BBQ.
Ada dapur basah untuk kami memasak sepanjang event. 
Dapur basah
Dapur kering untuk kami membawang. Eh untuk kami menyediakan bawang dan bahan masakan. Haha
Dapur kering
Disebabkan kami agak ramai. Nak tempatkan family dalam satu bilik tak boleh. Lagipun kami dah rancang yang kami akan asingkan lelaki dan perempuan.
Master bedroom
Kaum hawa tidur di atas. Kaum adam tidur di bawah. 
Bilik air luas
Bilik air sahaja yang kena ambil giliran dengan bijak. Hahaha 
Ruang tamu
Ruang tamu banglo ini sangat luas. Senang nak buat aktiviti. 

Kalau cerita pasal Taj Villa, semua dah lengkap. Memang terbaik lah buat family day kat sini. Semua happy. 

Nanti mommy buat entry aktiviti AFB Fun Day kami di sini. 

1 comment:

  1. Sesuai dibuat family gathering, kalau yang sedara-mara jauh dari kl :D

    ReplyDelete