Pelan Telekomunikasi Bulanan Termurah Pada Masa Ini (Yoodo & Tune Talk)

Apakah yang menjadi perkiraan apabila memilih pelan panggilan dan data anda? unlimited call? unlimited sms? quota data yang banyak? harga dibawah RM50 sebulan?

Kad sim Yoodo dan Tune Talk.
Mommy tercari-cari pelan yang menawarkan data yang besar dengan nilai terbaik untuk poket ini dan secara kebetulan adik ipar mommy; seorang mahasiswa juga sedang usha pakej telekomunikasi yg mampu milik. Ramai orang yang mengejar pelan telekomunikasi dengan tawaran unlimited walhal penggunaan untuk panggilan dan sms tidak lah seberapa. Kenapa bayar lebih untuk perkara yang kita takkan utilise setiap bulan? Hidup zaman sekarang kita perlukan data untuk always connected with family and friends. Betul tak?

Kali ni mommy nak share satu (kombinasi) pelan yang berbaloi dan fleksibel. Dengan hanya RM31 sebulan kita boleh dapat 2000 minit masa panggilan, 50 sms, dan 20GB data. Teruja untuk tahu lebih lanjut? Teruskan membaca.

Digital Mobile Service

Sebelum mommy sambung cerita, diingatkan di sini pelan atau pakej yang akan disebutkan dibawah memerlukan akaun perbankan atas talian (online banking) dan juga telefon pintar yang menyokong dwi-kad sim. Kebanyakan telefon pintar terkini menyokong dwi-kad sim ini tetapi mommy kurang pasti samada telefon jenama Apple boleh menggunakan 2 kad sim atau tidak :P

Jeng jeng jeng...

Untuk mendapatkan pelan dengan harga RM31 ini kita perlu menggunakan 2 syarikat telekomunikasi (telco) yang berbeza kerana setiap telco mempunyai kekuatan dan kekurangan masing-masing. Ada yang menjual  data mahal dan memberi masa panggilan secara percuma. Ada yang mengenakan caj panggilan seperti pelan dulu-dulu dan menjual data sedikit murah. Ada telco yang masih mengamalkan data split quota antara hari biasa dan hari minggu. Caj masa panggilan juga dipecahkan dan berlainan harga antara telco yang sama (on-net) dengan telco berbeza (off-net). Sungguh memeningkan pakej telco-telco ni. Apa kata kita customize sendiri mengikut rasa hati dan poket memasing. Kita mix and match dan ambil mana yang menguntungkan kita sebagai pengguna.

Pelan Telekomunikasi Bulanan Termurah Pada Masa Kini (Yoodo & Tune Talk)

Kad sim pertama (#1) SIL mommy langgan Yoodo. Kad sim Yoodo ini akan dikhaskan untuk panggilan suara dan sms sahaja. Adik ipar mommy sayangkan nombor lama ni sebab dah link kan dengan bank-bank dan akaun media sosial :). Jadi untuk mengekalkan nombor telefon sedia ada supaya keluarga dan sahabat handai tidak perlu mengubah nombor dalam buku telefon mereka, dia telah melakukan proses pemindahan nombor sedia ada ke Yoodo atau nama lainnya Mobile Number Portability (MNP). Kad sim Yoodo (#1) SIL customize untuk 2000 minit (RM12) masa panggilan dan 50 sms (RM3) menjadikan jumlah bayaran bulanan RM15

Yoodo - Kad sim #1

Kad sim kedua (#2) SIL mommy pilih pakej atas talian +Vibe daripada telco Tune Talk. Untuk mendapatkan data bulanan dengan harga terbaik, dia memilih pelan +VIBE 200. Pelan ini akan memberikan quota data bulanan sebanyak 20GB. Mommy nak tekankan di sini bahawa +VIBE 200 adalah pelan tahunan; bermaksud pelan ini perlu dibayar lump sum untuk setahun. Jangan risau harga tidak lah mencekik darah. Selepas GST dihapuskan, bayaran +VIBE 200 hanyalah RM188.68 untuk data sebanyak 240GB bagi tempoh SETAHUN (12 bulan). Setelah dicongak-congak, dia hanya perlu membayar RM16 sebulan untuk 20GB data.

Tune Talk +VIBE 200 - Kad sim #2

Menarik bukan?

Dengan gabungan pelan-pelan di atas, kita boleh menikmati 2000 minit masa panggilan kesemua rangkaian, 50 sms, dan 20GB data dengan jumlah perbelanjaan RM31 sebulan.


Kita tak perlu risau tentang kawasan liputan (coverage) kerana Yoodo dan Tune Talk adalah Mobile Virtual Network Operator (MVNO) di bawah Celcom. Apa maknanya? Kiranya kedua-dua telco ini menggunakan rangkaian Celcom untuk panggilan dan data. Di mana ada coverage Celcom, di situ lah kita boleh guna Yoodo dan Tune Talk.

Akhir sekali, perasan tak mommy ada tulis subheading Digital Mobile Service kat atas? Kenapa ya? Ini kerana kedua-dua pelan Yoodo dan Tune Talk +VIBE ini hanya boleh dilanggan dalam talian (online) di web telco berkenaan SAHAJA. Korang takkan jumpa dan tak boleh beli pakej ni di kedai-kedai fizikal berdekatan yang menjual kad sim. Hehehe.

Jadilah pengguna telefon pintar yang bijak memilih dan thinking out the box


4 comments:

  1. mcm2 jenis telco sekarang ni :)

    ReplyDelete
  2. byk dah pakej sekarang ni..kena pandai pilih..mmg pakej yg lebih pada panggilan & sms, orang tak berapa minat nak langgan..orang sekarang lebih perlukan data...zaman teknologi gitu...

    ReplyDelete
  3. Mantap dah banyak pilihan sekarang nih :-)

    ReplyDelete
  4. Murahnya.mcm tertarik pulak hati ni nk mencubanya

    ReplyDelete