Selalu kalau daddyG ada kerja hujung minggu, mommy akan bawa anak pergi berjalan-jalan. Kalau tak bawa ke Taman Tasik Shah Alam, mommy akan bawa ke Taman Setia Alam City Mall.
Tunggu anak main kat taman |
Anak-anak sudah pasti gembira apabila dapat menghabiskan masa bermain di taman. Lagi gembira apabila mommy yang bawakan mereka. Kerana mommy akan bagi mereka main belon buih. Dengan daddy susah la. Haha
Mommy pun nak juga main belon buih ni. Kecil dahulu mana ada nak main belon buih ni. Main belon sabun dalam bilik mandi sahaja.
Sesekali menjadi kanak-kanak dapat mengurangkan tekanan aktiviti harian kan.
Mommy stress cara mommy. Anak-anak stress cara anak-anak. Mungkin mereka tak cakap mereka stress, tapi sebagai ibu, mommy sedari semua itu. Walaupun hakikatnya mommy dulu lalui perkara yang sama.
Rindu nak main belon buih lagi
0 comments:
Post a Comment