Food Court Tesco Shah Alam

Dulu mommy belajar di Shah Alam. Kemudian menetap di Shah Alam selama 4 tahun selepas berkahwin. Tempat kami selalu beli barang basah adalah Tesco.

Tapi, sejarah mommy suka makan di food court Tesco adalah apabila seorang kakak ni belanja mommy makan yee mee di Tesco Shah Alam.

Terus jadi makanan kegemaran setiap kali pergi ke Tesco Shah Alam.

Sedap. Makan panas-panas dengan cili padi, pergghhh terbaik!
A post shared by Irra Irrayyan (@irrayyandotcom) on

Anak-anak layan makanan anak-anak seperti nasi ayam. Tak rasa pedas jika tak letak sambal. Bila emaknya nak makan baru taruk sambal.
Ini pon salah satu kegemaran anak-anak yang sukar ditinggalkan.
Ubat sakit anak-anak juga ABC ni. Tak kira batuk atau selsema, balun juga. 
ABC lover
Wajib order ABC
Sekarang ni kami jarang dah ke Tesco Shah Alam. Kami ke Tesco Setia Alam sebab dekat dengan rumah.

Korang try la yee mee tu. Dari zaman bujang sampai sekarang, rasa masih sama. 

0 comments:

Post a Comment