Cantik luar dan dalam dengan Berries Rose Sistastardust

Misi mommy nak kurus dah berjaya. Mommy dah turun 7 kilogram. Walaupun berat naik semula 3 kilogram selepas raya, namun dah turun sekilo jadi 51 kg. Boleh dimaafkan lah ya. Siapa boleh tahan tak makan masakan mak. Sedap sangat kot! Mommy balik raya 8 hari. Nah bukti Raya pertama mommy.
Masa ni mommy 49kg, mommy pakai foundation dan lipmatte sahaja. Simple tapi cantik kan? Muahahahaa. Angkat bakul sendiri. Siapa lagi nak puji kita ni kan.
Selain daripada misi kurus, mommy wajib lah nak cantik. Walaupun cantik tu adalah subjektif, mommy tetap nak cantik luar dan dalam.

Macam mana nak cantik luar dan dalam tu? Maksudnya di sini, mommy jaga kesihatan dalaman untuk tampil cantik.

Selama beberapa bulan ini mommy amalkan Berries Rose dari Sistastardust.
Berries Rose, Sistastardust
Berries Rose berbentuk serbuk dalam sachet
Setiap kotak mengandungi 60 sachet
Berries Rose berwarna merah
Berries Rose ini mampu merawat masalah kulit seperti pigmentasi, jeragat atau bintik hitam dan pelbagai lagi masalah kulit.

Di usia mommy 32 tahun, muka dah mula nampak bintik-bintik hitam. Tak lama lagi jadi jeragat lah kalau mommy tak jaga.

Alhamdulillah, apabila mommy amalkan Berries Rose, bintik-bintik dah semakin hilang. 

Takutnya kalau nampak tua dari usia sebenar. Buat masa ni, ramai yang teka umur mommy 20an. Yeay!

Kemudian, sesiapa yang nak amalkan Berries Rose ni tak perlu risau akan apa-apa alahan kerana ia sesuai untuk sesiapa yang ada alahan makanan laut.

9 Kebaikan Berries Rose

- Mencerahkan dan memutihkan kulit seluruh badan
- Menghalang pembentukan black head dan white head
- Membantu mengurangkan masalah jerawat dan jeragat
- Mengatasi masalah kulit berminyak
- Mengatasi masalah liang pori terbuka
- Menjadikan kulit lebih lembab
- Membaiki tona kulit tidak sekata
- Sesuai untuk masalah kulit sensitif
- Menyihatkan penglihatan mata

Bagi mommy yang berkulit sawo matang, tak mungkin lah mommy akan jadi putih gebu. Mommy dapat wajah bebas whitehead/blackhead dan jerawat sangat menggembirakan. Secara tak langsung ia memudahkan sapuan foundation.

Cara-cara nak amalkan Berries Rose

  • Campur 1 paket (10 grams) ke dalam 150ml air suam, kacau sehingga larut dan minum serta-merta selepas penyediaan.
  • Minum air yang secukupnya sepanjang hari untuk kesan yang terbaik.
  • Pemakanan Yang Dicadangkan: 1 paket sehari, sebelum tidur.
  • Perhatian: Jika anda hamil, menyusu atau sedang mengambil ubat, sila rujuk kepada doktor atau penasihat perubatan sebelum mengambil sebarang makanan tambahan.
Harganya RM150 dan ada 60 sachet didalamnya. Sehari hanya satu sachet sebelum tidur, jadi sekotak ni boleh tahan 2 bulan. Sehari kita hanya belanjakan pada kadar serendah RM2.50 untuk sihat dan cantik.

Dengan Berries Rose yang bersifat detox, ia membantu melancarkan sistem perkumuhan dan kulit mommy kekal licin dan mulus. Eh jangan risau detox nya tak ada cirit birit tau. 


3 comments:

  1. patutlah mommy makin cantik sekarang, ni rahsia nya ....

    ReplyDelete
  2. semakin banyak product kecantikan bagus2.. kena sihat luar dan dalam baru balance kan =)

    ReplyDelete