Cabut gigi adam di Klinik Pergigian Meru

Sebelum ni Adam cabut gigi di Klinik Pergigian swasta. Kena bayaran sebanyak RM45. Gigi goyang sangat dah. Tapi taknak mommy cabutkan. Bila gigi Adam perlu dicabut lagi, kami pilih pergi ke klinik gigi kerajaan; Klinik Pergigian Meru.

Bayar untuk pendaftaran RM1. Kemudian tunggu sahaja giliran.

Macam lama sangat, kami pergi kedai makan berdekatan. Tak la rasa lama sangat menunggu.

Apabila kami kembali ke klinik, kebetulan angka giliran kami dah dipanggil. Kahkah! Tunggu lagi sekejap untuk dipanggil semula.

Mana-mana hospital kerajaan memang perlukan kesabaran menunggu yang tinggi. Jimat banyak dah dari pergi klinik swasta.
link
Sempat masa ni mommy ambil gambar.
Adam di Klinik Pergigian Meru
Adam di Klinik Pergigian Meru
Doktor gigi periksa gigi terus cabut.
Sekejap saja cabut gigi.
Untuk cabut gigi cuma perlu bayar RM1. Jadi daddy dah jimat RM45- RM2 = RM43. 
Hero heroin mommy hebat!
Ni gigi Adam mommy minta dengan doktor
Cerita lama tapi gambar masih ada dalam handphone untuk mommy update dekat blog😅 cerita gigi bongsu Adam yang ketiga.

2 comments:

  1. Alhamdulillah...memang jimat sangat-sangat...cuma kesabaran menunggu perlu tebal...hehe...

    ReplyDelete