Aku ada ijazah. Aku duduk di rumah. Dalam erti kata lain aku tidak menggunakan sijil yang aku miliki untuk bekerja tetap.
Aku pernah bekerja sebagai pengaturcara di syarikat yang aku mula buat kursus intern selama 3 bulan secara kontrak.
Dalam masa yang sama aku ada mengajar tuisyen di rumah pelajar dan juga di pusat tuisyen. Jadi, apabila kontrak dah habis, aku fokus pada cikgu tuisyen.
Lepas kahwin, aku masih meneruskan kerja mengajar di pusat tuisyen. Dah ada anak, suami akan jaga anak, aku pergi mengajar. Rutin ini berlaku sehingga aku bercuti panjang lagi untuk melahirkan Anis.
Ditakdirkan Anis pula menghidap ekzema. Setahun kami berjuang untuk merawat dan menyembuhkan Anis. Rawatan itu dan ini. Aku tak mengajar lagi.
Anis umur setahun dua bulan, aku mengandung lagi. Rezeki.
Anak dah tiga, cuba kira berapa RM belanja untuk hantarkan mereka ke rumah pengasuh. Amal RM350+ Anis RM250 + Adam RM200.
Tak senang nak jadi senang.
Dulu, bukan orang jauh pun bising aku tak kerja. Keluarga acapkali bertanya. Dah minta kerja kah? Dah dapat kerja kah?
Sehingga saat ini, orang yang paling dekat(suami lah), tak pernah sekali pun tanya atau meminta untuk bekerja. Namun suami sentiasa sokong 200% apa sahaja yang isteri dia nak buat.
Sebenarnya sama juga la kes apa pun. Masa aku berkeputusan untuk merawat ekzema Anis secara semulajadi, keluarga juga yang bising. Tak bawa jumpa doktor kah? Padahal dah bawa jumpa pakar. Pakar kata ekzema tak ada ubat.
Kami suami isteri usaha juga sehingga sembuh. Alhamdullilah. Cuma tinggal "takut" untuk mengulangi atau merasai benda yang sama.
Apa pun keputusan yang kita buat, pasti kita dan pasangan dah fikir jauh untuk kebaikan bersama. Kita boleh dengar apa orang cakap, tapi kekal dengan pendirian sendiri.
Weh, bab ni lelaki hebat. Kalau aku ni, apa orang cakap akan terus mengadu kat suami. Suami akan balas dengan jawapan mudah. "Abaikan, mereka bukan tahu."
Mesti lah hebat kan. Bukan senang nak jadi ketua keluarga. Kerja hari-hari, dapat gaji bayar itu ini, kemudian tunggu gaji bulan seterusnya. Beli barang sendiri 2-3 tahun sekali setelah baju dah pudar teruk, kasut dah koyak, semua dah rongak sana sini baru berganti.
Apabila Anis dah sembuh, aku mula buat blog. Memasuki dunia blogger adalah passion aku. Ya lah, dari saat itu sehingga sekarang aku masih seorang blogger. Walaupun aku dah mula jarang update blog.
Tapi aku lebih cenderung kepada media influencer. Aku buat duit melalui media sosial aku seperti facebook, instagram, twitter dan sudah semestinya blog.
Bulan-bulan aku ada income sendiri walaupon tak masuk pada waktu yang ditetapkan setiap bulan seperti mereka yang bekerja tetap.
Ini hasil aku menjadi media influencer yang nampak pada mata kasar
Aku boleh beli katil king yang aku gunakan setiap hari.
Aku beli katil double decker untuk anak-anak.
Aku beli basikal yang sangat banyak jasanya menghabiskan duit aku. Habis duit la dia bawakan aku ke kedai. Hehe
Aku belikan basikal baru untuk Adam dan Anis.
Aku beli almari Kallax Ikea.
Aku beli meja makan.
Aku beli almari baju.
Terbaru aku beli pressure cooker.
Pilihan aku menjadi blogger seterusnya media social influencer berjaya membantu memudahkan kehidupan aku dan kami sekeluarga.
Aku pon tak kedekut nak belanja anak-anak dan beli apa yang aku nak makan tanpa perlu meminta pada suami.
Tak ada benda mudah akan jadi mudah. Dari 8 Mei 2015 sehingga sekarang, suami aku lah yang menyokong 200% apa yang aku lakukan. Suami tahu lah susah payah yang aku lalui.
Aku tak boleh dikatakan jadi blogger/media sosial influencer berjaya. Namun aku dah berjaya ubah kehidupan aku.
Mak abah pun tak tanya dah pasal kerja. Yang penting bagi mereka aku bayar hutang PTPTN.
Kita boleh berjaya. Asalkan kita berusaha tanpa jemu. Walaupun gaji aku tak lah sebanyak gaji programmer. Hati aku rasa senang boleh buat kerja sambil bergolek atas katil dan uruskan rumah dan anak-anak. Terima kasih suami bagi aku peluang ini.
Tolong like gambar ni. Hehe mommy ada join contest. Klik pada gambar ya. Terima kasih. |
insyallah rezeki dimana2 Allah xkan abaikan kita. banyak da tu pencapaian semoga makin murah rezeki =)
ReplyDeleteYeayyy. Fighting kak irra.
ReplyDeleteInspirasi. Hopefully ada kudrat lebih dan berjaya macam Kak Irra. Tapi Auni pun dapat beli macam-macam hasil dari blogging, walaupun rezeki tu bukanlah hari-hari dapat.
ReplyDeletealhamdulillah. Duduk rumah.. lagi masyuk depan laptop.Ehehe.. insyallah,rezeki mommy irra dengan dunia digital.
ReplyDeletesetiap ibu nak buat yang terbaik untuk anak dan family ye.. InsyaAllah, rezeki ada di mana2 sis..
ReplyDelete