Sungguh mommy tak pernah tahu dalam botol Carrier Junior ada mainan. Mommy belek-belek licin elok sahaja botolnya. Celah mana mainan tu.
Selepas beberapa hari, rasa tak puas hati sebab mommy tak dapat pun mainan, mommy tanya lah mereka yang update pasal mainan Carrier Junior di facebook.
Mommy: Mommy tak dapat pun mainan
Kawan: Ada mommy, dekat belakang botol
Mommy: Tak ada pun
Kawan: Belakang bawah sticker tu mommy
Mommy: Oooo.. terima kasih
Bikin malu diri sendiri sahaja. Baca juga la arahan pada sticker tu. Tapi mommy faham nak mainan, redeem dengan sticker tu. Hahaha memang masa tu "tingtong" sampai salah faham macam tu
Dekat Shah Alam hari-hari menerima pesakit luar kanak-kanak dan dewasa. Di Meru ni, untuk pesakit kanak-kanak hanya lah pada hari Rabu. Pesakit luar dewasa pula hari Isnin, Selasa dan Khamis.
Terkini Klinik Pergigian Meru menerima pesakit luar kanak-kanak dan dewasa dari hari Isnin sehingga Khamis.
Hari Bayi Tollyjoy 2018 Memberi Tumpuan Kesihatan Mental Ibu & Anak | Alhamdullilah, tahun ini masih berpeluang menyertai sambutan Hari Bayi Tollyjoy 2018 dengan kerjasama OrphanCARE yang ke 4 di Strangers At 47 Cafe, Petaling Jaya. Di mana untuk kali ini isu yang dikupas oleh panel jemputan adalah Kesihatan Mental Anak dan Kemurungan Selepas Bersalin.
Hari Bayi Tollyjoy 2018
Untuk pengetahuan anda, Hari Bayi Tollyjoy telah dilancarkan pada Jun 2015 sebagai penghargaan buat si manja dan pengiktirafan buat usaha ibubapa dalam memberikan yang terbaik untuk anak-anak mereka.
Orang kuat Tollyjoy Baby Day 2018
Tollyjoy adalah satu jenama produk bayi yang telah menapak sejak tahun 1971 dan membantu menangani keperluan ibubapa dan bayi.
Cik Grace Ng, Pengurus Tollyjoy Corporation
Bagi Hari Bayi Tollyjoy 2018, kami memberi tumpuan kepada kepentingan dalam memastikan kesihatan mental yang bagus bagi para ibu dan bayi mereka. Kami sebagai ibu-bapa memahami cabaran yang mungkin dihadapi oleh sesetengah ibu dan juga sokongan yang diperlukan mereka, terutamanya jika mereka sedang mengalami kemurungan selepas bersalin. Dengan membantu ibu-ibu ini mengatasi cabaran tersebut, kami juga turut membantu memberikan persekitaran yang lebih stabil dan gembira di mana si bayi boleh membesar dengan baik.", kata Cik Grace Ng, Pengurus Tollyjoy Corporation.
Acara pada hari itu turut dimeriahkan dengan beberapa permainan dan aktiviti yang mengujakan seperti ‘Grow a Plant’, ‘Make Your Baby Smile’, "Draw Baby Picture on Your Head" dan cabutan bertuah.
Grow a Plant.
Tumbuhan dalam pasu comel ni perlu dijaga dan update di media sosial masing-masing mengenai pertumbuhannya dan tagged Tollyjoy Malaysia.
Make your baby smile
Mommy tak bawa baby sebab anak mommy semua dah besar. Tak dapat lah nak join permainan ini.
Draw Baby on Your Head
Permainan ini serius pelik. Macam mana nak lukis tanpa melihat. Tengok lah hasil mommy lukis di bawah. Mata ke mana. Hidung ke mana. Maka kalah la kesudahannya.
Rupa baby macam apakah ini? Haha
Seterusnya Cik Jessie Foo, Pakar Psikologi Klinikal di KIN & KiDS membincangkan tentang kepentingan kesihatan mental anak dan cara menangani kemurungan selepas bersalin?
Cik Jessie Foo, Pakar Psikologi Klinikal di KIN & KiDS
Bayi yang sihat akan mempengaruhi kesihatan ibubapanya, begitu juga sebaliknya, kesihatan ibu bapa akan mempengaruhi pertumbuhan dan kesihatan anak.
Sudah semestinya satu kegembiraan apabila kita dapat menatap, memegang, memeluk dan mencium anak yang telah 9 bulan kita kandung. Namun ada juga mereka yang dibayangi rasa sedih atau kebimbangan berterusan selepas kelahiran bayi. Ini dinamakan kemurungan selepas bersalin.
Jom kita kenali dahulu apa itu kesihatan mental anak. Sebagai seorang ibu, kesihatan anak pasti kita utamakan. Namun bagi mereka yang pertama kali menjadi ibu, masih belum berpengalaman, ilmu dari Cik Jessie Foo, Pakar Psikologi Klinikal mengenai kesihatan mental bayi ini sangat berguna buat anda.
Kesihatan mental anak adalah perkembangan emosi dan sosial yang sihat. Ia merangkumi aktiviti harian bayi di mana mereka akan belajar mengawal dan meluahkan perasaan.
Mereka menangis apabila lapar atau lampin basah. Mereka marah apabila terlalu lapar(lapar susu lah). Mereka ketawa apabila diagah.
Selain itu bayi perlu ada hubungan yang rapat dan selamat. Bayi akan berhenti menangis apabila didukung kerana dia rasa selamat.
Bayi akan meneroka alam sekitar dan belajar. Persekitaran yang positif akan memberi perkembangan positif kepada bayi.
Kenapa kesihatan mental anak begitu penting?
Kerana: -
🌷 Ia membantu mengawal tekanan
🌷 Ia membantu mengawal emosi
🌷 Ia memberi kesan kepada perkembangan tumbesaran
🌷 Ia memberi kesan keupayaan bayi untuk membentuk hubungan yang sihat dengan orang lain
🌷 Ia mempengaruhi pembangunan nilai-nilai diri dan keyakinan diri
Siapa sebenarnya yang berisiko apabila kesihatan mental bayi yang lemah?
Ibu bapa yang:-
🐝 mengalami penderaan semasa kanak-kanak
🐝 mempunyai masalah kesihatan mental
🐝 mempunyai masalah dadah / alkohol
🐝 mempunyai masalah hubungan
🐝 ganas
🐝 kurang sokongan sosial
Bayi
🐳 mempunyai masalah tidur / makan
🐳 terlebih atau kurang memberi respon terhadap sesuatu
🐳 mempunyai penyakit fizikal
Apa yang boleh dilakukan ibu bapa untuk menggalakkan kesihatan mental bayi yang baik?
🐦 selalu berkomunikasi dengan bayi seperti senyum, bersentuhan, bercakap, menyanyi, mengurut
🐦 meluangkan masa untuk memahami tingkah laku dan isyarat bayi anda
🐦 memahami keperluan bayi anda
🐦 menghibur dan menenangkan apabila mereka takut, marah, atau cedera
🐦 menyediakan persekitaran yang menenangkan
🐦 membina rutin harian
🐦 menjaga kesihatan anda sendiri
🐦 model hubungan yang baik dan cara yang sihat untuk menguruskan masalah
Apabila bayi tak sihat, secara tak langsung akan memberi kesan kepada ibu bapanya. Yang paling terkesan adalah ibu sehingga berlaku baby blue atau kemurungan selepas bersalin.
Jangan ingat ada monday blues sahaja. Baby blues pon ada.
Baby blues seperti
🐟 menangis tanpa sebab
🐟 terlampau sedih
🐟 keletihan
🐟 kurang tidur
🐟 mudah marah
🐟 tekanan
🐟 mengasingkan diri
Kemurungan selepas bersalin
🦀 susah untuk berhubung dengan bayi baru
🦀 cemas dan bimbang
🦀 serangan panik
🦀 rasa tidak mampu
🦀 merasa bersalah
🦀 merasa ganas atau agresif
🦀 ada rasa untuk membunuh diri
Siapa yang berisiko mendapat kemurungan selepas bersalin?
- anda mempunyai sejarah keluarga kemurungan postpartum atau masalah kesihatan mental yang lain
- anda mempunyai kehamilan yang tidak dirancang dan anda tidak berpuas hati dengan kehamilan
- anda mempunyai pasangan yang tidak berpengalaman
- anda mempunyai komplikasi obstetrik
- anda mengalami trauma zaman kanak-kanak, telah disalahgunakan, atau berasal dari keluarga yang bermasalah
- baru-baru ini anda mengalami perubahan kehidupan yang serius misalnya kehilangan pekerjaan, kematian, perpisahan, perceraian
Apa yang perlu dilakukan jika saya mengalami kemurungan selepas bersalin?
- pastikan keperluan asas anda dipenuhi
- dapatkan bantuan di sekitar rumah
- berbincang dengan ibu-ibu baru yang lain
- dapatkan bantuan profesional
Bolehkah bapa mengalami kemurungan selepas bersalin?
Rupanya ada bapa yang mengalami kemurungan. Di sini tugas isteri untuk berbuat sesuatu seperti menjauhkan anak dari suami. Atau dapatkan bantuan orang lain untuk menenangkan suami.
Anda bukan ibu yang tidak baik. Anda tidak gila. Anda tidak bersendirian. Kemurungan selepas bersalin adalah nyata.
Acara yang paling menarik seharusnya adalah cabutan bertuah. Sebab mommy salah seorang yang bertuah.
Mommy dapat set tilam bayi Tollyjoy
Sempat bergambar dengan blogger sabby yang hanya jumpa di Event Tollyjoy. Haha. Jumpa lagi next year!
Terima kasih Tollyjoy atas penganjuran Hari Bayi 2018 sekaligus meningkatkan kesedaran mengenai kesihatan mental anak dan ibu. Masalah kesihatan mental perlu dicegah dari peringkat muda. Ibu bapa perlu berinteraksi dengan bayi dan memastikan bahawa persekitaran mereka sentiasa ceria dan membesar dengan sihat. Selain itu, ibu-ibu yang mengalami kemurungan selepas bersalin harus diberi sokongan dan galakan untuk menanganinya dengan baik.
Sebelum ni Adam cabut gigi di Klinik Pergigian swasta. Kena bayaran sebanyak RM45. Gigi goyang sangat dah. Tapi taknak mommy cabutkan. Bila gigi Adam perlu dicabut lagi, kami pilih pergi ke klinik gigi kerajaan; Klinik Pergigian Meru.
Bayar untuk pendaftaran RM1. Kemudian tunggu sahaja giliran.
Macam lama sangat, kami pergi kedai makan berdekatan. Tak la rasa lama sangat menunggu.
Apabila kami kembali ke klinik, kebetulan angka giliran kami dah dipanggil. Kahkah! Tunggu lagi sekejap untuk dipanggil semula.
Mana-mana hospital kerajaan memang perlukan kesabaran menunggu yang tinggi. Jimat banyak dah dari pergi klinik swasta.
Pukul 8.30 pagi ada temujanji Amal dengan doktor gigi di Klinik Pergigian Meru. Kami sampai, orang dah penuh. Tunggu pendaftaran pun lama. Sampai sakit tulang belakang mommy. Dapat saja nombor 31 untuk Amal, 32 untuk Adam mommy terus masuk kereta untuk baring. Sakitnya.
Masa kat dalam klinik tadi mommy buka facebook. Facebook throwback gambar ni.
30 ogos 2011, raya pertama
Dari gambar ni mommy throwback habis anak-anak mommy. Haha macam rajin sangat. Mood memang luar biasa. Tengah tak larat mampu mengarang. Dari dalam klinik sampai ke dalam kereta menaip walaupun sakit-sakit. Jari tak sakit kan. Haha!
Gambar di atas adalah beberapa jam sebelum meletop. Sebelum bersalinkan Adam Rayyan.
Masa mengandung ni tak berani nak pakai makeup. Dalam alat makeup termasuk bedak kan ada chemical. Masa ni tak reti nak cari produk organik.
Tapi anak kedua ketiga pakai ja kot. Kahkah! Dah pergi jumpa orang, takkan tak pakai bedak langsung.
Masa mengandung jerawat penuh. Lagi dekat nak beranak lagi banyak jerawat. Kalau penuh jerawat sampai satu badan dan penuh muka, dah sampai masa lah tu.
Masa mengandung badan macam tong drum. Hitam. Tapi kan, lahir adam putih macam anak cina. Sampai orang cina tegur ni anak cina ke. Hahaha.
Berat 44kg jadi 66kg masa ni. Rekod berat naik masa mengandung, paling sikit 17.5kg. Dah puas jaga makan pon berat naik banyak juga. Apa pon tak boleh.
Tapi ada hati nak jadi tong drum lagi? Ya la dah orang tu nak anak 5.
Pengalaman beranak, masa beranak adam saja macam ngeri. Dari Hospital Baling dah bukaan penuh pergi Hospital Sungai Petani.
Masa beranak Anis, masuk labour room 3.55, 4.30 bersalin.
Daddy boleh hairan kenapa masa Adam tak boleh push. Hoho. Masa tu tak ada pengalaman. Berapa jam dari malam sampai nak buka 10cm tu. Tenaga tak ada. Haus. Lapar.
Masa Amal pula, masuk labour room je terus beranak. Daddy masuk pon kepala baby kat luar dah.
Bila dah ada pengalaman, kau sakit je terus makan. Makan banyak-banyak untuk bagi tenaga. Senang nak meneran masa beranak. Kalau tak ada tenaga, teran kuat mana pon macam kau tak teran.
Bila kau dah masuk labour room. Kau tak boleh makan atau minum. Bertabah lah. Kalau dekat bilik saringan(sebelum masuk labour room) kau boleh jalan keluar minta air @ makanan dengan suami.
Masa anak pertama, nak tengok muka siapa pon tak boleh. Aku sakit. Haha. Tu la nak beranak tak ada ilmu.
Ada cara nak handle sakit tu. Tarik nafas panjang-panjang, lepas. Ulang beberapa kali, kau akan rasa lega. Sakit berkurangan. Kalau kat rumah, kau mandi. Legakan sakit.
Anak pertama pecah ketuban terus pergi hospital. Anak kedua pecah ketuban, aku relax lagi siapkan baju adam. Hantar adam pergi rumah adik. Aku pesan kat suami bawa kereta slow slow. Aku ok. Pukul 1 sampai hospital. 3.55 baru masuk Labour Room.
Anak ketiga masa sakit tu pon aku relax lagi kat rumah. Tidur. Bangun mandi. Masak. Tak ada tanda lagi. Bila dah sakit sampai tak boleh duduk, aku makan sambil berdiri. Tapi relax kat rumah lagi. Haha. Dari pukul 12 sakit, suami sampai rumah 7 malam. Boleh makan lagi. 8.30 sampai hospital. Biasa la sampai je hospital bukan terus masuk labour room. Nurse nak periksa dulu. Tak ada tanda. Tapi bukaan dah 5cm 8.40. Doktor pecahkan ketuban. Lama juga nak keluar air ketuban tu. Dah keluar air ketuban semua baru tolak ke labour room. 9.25 beranak Amal.
Aku tak akan ingat satu-satu kalau aku tak tulis kat blog ni.
Nampak urusan bersalin makin dipermudahkan. Ya la dah suami pon nak anak ramai. Kalau makin ngeri, mungkin aku kena pujuk suami untuk tak cukupkan kuota yang dia nak. Haha!
Mommy Irra,
Tunggu giliran kat Klinik Pergigian Meru temujanji Amal, cabut gigi Adam.
Semalam mommy jumpa fernleaf full cream jenis UHT. Tengah promosi di Tesco. Murah juga. Niat nak beli pampers. Tapi biasalah kan, bukan sekadar pampers yang dibeli.
Fernleaf Full Cream UHT
Mari kita ambil tahu apa beza susu UHT dan susu segar.
Susu UHT adalah susu berbentuk cair dan ada jangka hayat lama. Antara proses susu UHT adalah pemanasan pada suhu yang tinggi. Jadi khasiat susu UHT telah berkurangan.
Susu segar adalah susu yang paling kurang di proses. Ada susu segar pasteur dan tidak dipasteur. Susu ini pendek jangka hayat dan wajib disimpan dibahagian chiller sebab ia akan jadi masam bila tidak disejukkan. Cara nak simpan sama seperti susu ibu. Menurut En Nizam Herbalist, susu segar yang dipasteur lebih baik dari susu tidak dipasteur kerana ada kontaminasi bakteria dan parasit. Vitamin B kurang sikit sahaja untuk susu segar pasteur. Jadi mommy salah la selama ni ingat unpastuer tu lagi bagus. Kalau nak amalkan susu segar unpastuer kena panaskan pada suhu 70°C selama 20 minit. Alamak! Rajin pula nak ukur suhu masak susu.
🐟 gula dalam apa-apa bentuk contohnya corn syrup solids,
🐟 bahan pengemulsi untuk senang bancuh,
🐟 vitamin atau zat galian tambahan selalunya dari sumber sintetik,
🐟 perasa tambahan untuk susu yang ada 'flavour'
🐟 lemak tambahan dari sumber lain seperti lemak sayur dan banyak lagi bahan lain.
Yang penting kena baca dahulu apa yang ditulis di tin yang nak dibeli. Macam mommy, susah sangat nak hadam, terus tanya Encik Nizam Herbalist.
Tahun 2014 mommy pernah buat entry mengenai fernleaf fullcream milk. Susu yang herbalist recommend. Sebabnya nak dapatkan stok susu segar mudah, namun kosnya yang buat mommy berfikir panjang.
Rupanya susu Fernleaf Full Cream hanya ada satu bahan tambahan iaitu soya lecithin berbanding susu lain. Untuk pensterilan kotak sheet susu UHT, kilang akan menggunakanrthyleneoxide gas. Bahan kimia ini tak bagus. Namun ntuk susu tepung tak ada bahan kimia ini. Jadi susu tepung lebih bagus dari susu UHT. Mommy nak kena minum susu dah ni. Sebabnya badan asyik sakit sahaja. Tak cukup kalsium kah?
Akhir kata, ukur poket sendiri nak minum yang mana. Pilihan terbaik adalah susu segar. Kalau tak minum susu, boleh amalkan pemakanan sihat.
Apakah yang menjadi perkiraan apabila memilih pelan panggilan dan data anda? unlimited call? unlimited sms? quota data yang banyak? harga dibawah RM50 sebulan?
Kad sim Yoodo dan Tune Talk.
Mommy tercari-cari pelan yang menawarkan data yang besar dengan nilai terbaik untuk poket ini dan secara kebetulan adik ipar mommy; seorang mahasiswa juga sedang usha pakej telekomunikasi yg mampu milik. Ramai orang yang mengejar pelan telekomunikasi dengan tawaran unlimited walhal penggunaan untuk panggilan dan sms tidak lah seberapa. Kenapa bayar lebih untuk perkara yang kita takkan utilise setiap bulan? Hidup zaman sekarang kita perlukan data untuk always connected with family and friends. Betul tak?
Kali ni mommy nak share satu (kombinasi) pelan yang berbaloi dan fleksibel. Dengan hanya RM31 sebulan kita boleh dapat 2000 minit masa panggilan, 50 sms, dan 20GB data. Teruja untuk tahu lebih lanjut? Teruskan membaca.
Digital Mobile Service
Sebelum mommy sambung cerita, diingatkan di sini pelan atau pakej yang akan disebutkan dibawah memerlukan akaun perbankan atas talian (online banking) dan juga telefon pintar yang menyokong dwi-kad sim. Kebanyakan telefon pintar terkini menyokong dwi-kad sim ini tetapi mommy kurang pasti samada telefon jenama Apple boleh menggunakan 2 kad sim atau tidak :P
Jeng jeng jeng...
Untuk mendapatkan pelan dengan harga RM31 ini kita perlu menggunakan 2 syarikat telekomunikasi (telco) yang berbeza kerana setiap telco mempunyai kekuatan dan kekurangan masing-masing. Ada yang menjual data mahal dan memberi masa panggilan secara percuma. Ada yang mengenakan caj panggilan seperti pelan dulu-dulu dan menjual data sedikit murah. Ada telco yang masih mengamalkan data split quota antara hari biasa dan hari minggu. Caj masa panggilan juga dipecahkan dan berlainan harga antara telco yang sama (on-net) dengan telco berbeza (off-net). Sungguh memeningkan pakej telco-telco ni. Apa kata kita customize sendiri mengikut rasa hati dan poket memasing. Kita mix and match dan ambil mana yang menguntungkan kita sebagai pengguna.
Pelan Telekomunikasi Bulanan Termurah Pada Masa Kini (Yoodo & Tune Talk)
Kad sim pertama (#1) SIL mommy langgan Yoodo. Kad sim Yoodo ini akan dikhaskan untuk panggilan suara dan sms sahaja. Adik ipar mommy sayangkan nombor lama ni sebab dah link kan dengan bank-bank dan akaun media sosial :). Jadi untuk mengekalkan nombor telefon sedia ada supaya keluarga dan sahabat handai tidak perlu mengubah nombor dalam buku telefon mereka, dia telah melakukan proses pemindahan nombor sedia ada ke Yoodo atau nama lainnya Mobile Number Portability (MNP). Kad sim Yoodo (#1) SIL customize untuk 2000 minit (RM12) masa panggilan dan 50 sms (RM3) menjadikan jumlah bayaran bulanan RM15.
Yoodo - Kad sim #1
Kad sim kedua (#2) SIL mommy pilih pakej atas talian +Vibe daripada telco Tune Talk. Untuk mendapatkan data bulanan dengan harga terbaik, dia memilih pelan +VIBE 200. Pelan ini akan memberikan quota data bulanan sebanyak 20GB. Mommy nak tekankan di sini bahawa +VIBE 200 adalah pelan tahunan; bermaksud pelan ini perlu dibayar lump sum untuk setahun. Jangan risau harga tidak lah mencekik darah. Selepas GST dihapuskan, bayaran +VIBE 200 hanyalah RM188.68 untuk data sebanyak 240GB bagi tempoh SETAHUN (12 bulan). Setelah dicongak-congak, dia hanya perlu membayar RM16 sebulan untuk 20GB data.
Tune Talk +VIBE 200 - Kad sim #2
Menarik bukan?
Dengan gabungan pelan-pelan di atas, kita boleh menikmati 2000 minit masa panggilan kesemua rangkaian, 50 sms, dan 20GB data dengan jumlah perbelanjaan RM31 sebulan.
Kita tak perlu risau tentang kawasan liputan (coverage) kerana Yoodo dan Tune Talk adalah Mobile Virtual Network Operator (MVNO) di bawah Celcom. Apa maknanya? Kiranya kedua-dua telco ini menggunakan rangkaian Celcom untuk panggilan dan data. Di mana ada coverage Celcom, di situ lah kita boleh guna Yoodo dan Tune Talk.
Akhir sekali, perasan tak mommy ada tulis subheading Digital Mobile Service kat atas? Kenapa ya? Ini kerana kedua-dua pelan Yoodo dan Tune Talk +VIBE ini hanya boleh dilanggan dalam talian (online) di web telco berkenaan SAHAJA. Korang takkan jumpa dan tak boleh beli pakej ni di kedai-kedai fizikal berdekatan yang menjual kad sim. Hehehe.
Jadilah pengguna telefon pintar yang bijak memilih dan thinking out the box.
Selalu kalau daddyG ada kerja hujung minggu, mommy akan bawa anak pergi berjalan-jalan. Kalau tak bawa ke Taman Tasik Shah Alam, mommy akan bawa ke Taman Setia Alam City Mall.
Tunggu anak main kat taman
Anak-anak sudah pasti gembira apabila dapat menghabiskan masa bermain di taman. Lagi gembira apabila mommy yang bawakan mereka. Kerana mommy akan bagi mereka main belon buih. Dengan daddy susah la. Haha
Mommy stress cara mommy. Anak-anak stress cara anak-anak. Mungkin mereka tak cakap mereka stress, tapi sebagai ibu, mommy sedari semua itu. Walaupun hakikatnya mommy dulu lalui perkara yang sama.
10 Tips Terbaik Untuk Masakan Bujang | Orang bujang sememangnya selalu ada masalah nak makan dekat mana dan nak makan apa hari ini. Sebagai jalan penyelesaiannya, orang bujang boleh cuba untuk masak sendiri makanan yang dimakan.
Selain dapat menjimatkan masa, anda juga dapat menjimatkan wang anda. Terdapat 10 tips untuk membantu anda dalam masakan bagi orang bujang. Bagi anda yang nak cuba masak, cubalah 10 idea ini untuk menjadi menu masakan anda.
10 Tips Terbaik Untuk Masakan Bujang
1. Nasi Goreng.
Menu ini sangat mudah disediakan. Anda hanya perlukan nasi putih dan rencah masakan goreng. Selain itu, anda juga perlukan bawang yang sudah dipotong untuk digunakan sebagai bahan tumisan.
2. Bihun Goreng.
Untuk menyediakan bihun goreng sebagai menu bujang anda. Anda hanya memerlukan bihun dan bahan tumisan yang lain. Pastikan bihun anda telah di lembutkan terlebih dahulu sebelum anda mula masak .
Bihun goreng
3. Telur Dadar.
Menu ini antara menu paling ramai diantara boleh buat. Sangat mudah cara penyediaannya.
4. Nasi Putih dan Kari.
Menu ini juga mudah untuk di sediakan tetapi ia memakan sedikit masa.
5. Magi goreng/ Magi kuah
Menu ini juga sangat ramai yang boleh masak. Pengalaman di asrama menjadikan kita semua pakar dalam memasak megi. Caranya seperti juga memasak bihun goreng. Pastikan meggi dilembutkan dahulu sebelum digaulkan bersama perencah yang disediakan.
6. Kari Ayam
Cara masak kari :-
Tumiskan bawang besar dalam kuali/periuk.
Tunggu sehingga tumisan menjadi warna kekuningan dan dah naik bau.
Masukkan rempah kari dan juga kayu manis, bunga cengkih dan lain-lain.
Tambahkan air untuk menjadikan dia cair.
Masukkan ayam ke dalam kuali/periuk
Tunggu sehingga bau naik dan akan sedia untuk dimakan.
Sila masukkan gula dan garam dalam kari anda tau .
7. Roti Bakar dan Telur ½ masak.
Cara buat roti bakar :-
Sediakan roti.
Msukkan dalam toaster dan tekan on.
Tunggu roti anda siap.
Untuk cara manual, anda perlukan kuali leper untuk membakar roti.
Letakkan sedikit majerin di atas kuali tersebut dan letakkan roti diatasnya.
Tunggu sehingga roti itu kelihatan keperangan dan kemudian angkatlah roti tersebut.
Cara buat telur 1/2 masak :-
Basuhkan telur ayam .
Rebuskan didalam periuk berisi air selama beberapa minit sehingga air menidih.
Kemudian boleh angkat telur tersebut dan sedia untuk dimakan.
8. Roti Sardin
Cara menyediakan sardin untuk roti:-
Lenyetkan sardin dari dalam tin didalam kuali atau mangkuk.
Letakkan sedikit garam.
Sapu diatas roti anda.
9. Roti Sosej
Cara penyediaannya adalah :-
Kacau telur seperti kita nak buat telur dadar.
Masukkan sosej dan gulungkan bersama roti.
Saluti roti dan sosej tersebut didalam telur dan kemudian gorengkan ia.
Tunggu sehingga roti dan sosej tersebut berwana kekuningan.
Angkat dan sedia untuk di makan.
10. Cucur jagung
Anda perlukan tepung gandum untuk menggoreng cucur udang ini.
Selain itu anda juga memerlukan bahan seperti jagung, ikan bilis dan telur.
Cara penyediaan:-
Gaulkan semua bahan tadi dalam mangkuk sehingga sebati.
Masukkan sedikit demi sedikit kedalam kuali panas untuk digorengkan.
Tunggu sehingga warnanya berubah kekuningan dan angkatlah ia dan sedia untuk dimakan.
Inilah antara 10 tips masakan untuk orang bujang. Anda boleh cubanya dirumah atau dimana sahaja yang anda mahukan. Tips ini memang sesuai untuk orang bujang yang ingin untuk memasak sendiri. Semoga berjaya !
Jangan katakan ibu mengandung sakit pinggang, mommy yang tak mengandung pun akan alami sakit-sakit pinggang apabila melakukan kerja seperti menyapu, mencuci lantai, menunduk-nunduk semasa mengemas.
Biobax melegakan sakit belakang, sakit pinggang
Bila sakit, mommy sapu lah Biobax. Stok Biobax memang sentiasa ada. Mommy setia dengan produk natural ni. Tak rasa takut takut nak guna.
Imaginasi , Bermain dan Belajar di Kiddomo, The Starling Mall | Kanak-kanak suka bermain tak kira masa. Tengah makan pon main. Tengah mandi pon main. Tengah belajar pon main. Sebelum tidur pon nak main. Mana lah mommy daddy tak menyinga sesekali kerana geram dengan mereka. Jadi hari minggu baru-baru ini mommy bawa anak-anak ke satu tempat permainan baru iaitu Kiddomo yang berada dalam The Starling Mall, Damansara Uptown, Petaling Jaya. Boleh la mereka bermain sehingga penat.
Kiddomo, The Starling Mall
Website : www.kiddomo.com
Facebook page : www.facebook.com/mykiddomo
Lokasi : T328, 3rd Floor, The Starling Mall.
Dibuka setiap hari dari Isnin hingga Ahad dari 10 pagi hingga 10 malam.
Kiddomo telah dianugerahkan The Best Children's Educational Playland 2017/2018.
Konsep Kiddomo sangat menarik perhatian mommy sebagai ibu beranak tiga kerana:-
Anak-anak boleh BERMAIN permainan baru
Anak-anak dapat BELAJAR dan mendapat pengalaman yang berilmu
MEMUPUK hubungan erat antara keluarga
MENEMUI perkara baru melalui teknologi terkini.
Di Kiddomo, ibu bapa boleh terlibat sama bermain dengan anak-anak. Imaginasi, bermain dan belajar.
Menarik kan? So mommy dah tak sabar nak sertai anak-anak untuk jelajah dunia baru di Kiddomo!
Perjalanan dari rumah mengambil masa 30 minit tanpa kesesakan lalu lintas. Pukul 10 pagi mommy dah berada di The Starling Mall. Ini merupakan kali pertama mommy menjejakkan kaki ke sini.
Mommy dah tahu Kiddomo berada di tingkat 3, maka kami terus parking kereta di tingkat 3. Senang!
Untuk kebersihan dan keselamatan, setiap orang perlu memakai stokin dalam Kiddomo. Mommy dah alert perkara ini. Cuma daddy seorang sahaja tak pakai stokin. Tapi tak perlu risau sebab stokin ada dijual di kaunter dengan harga RM5. Best pula tu stokin. Anti licin.
Stokin boleh dibeli di Kiddomo RM5 sahaja
Selepas pendaftaran, simpan kasut di ruangan kasut dan terus mulakan aktiviti.
Kiddomo | Artistic Play
Setiap orang perlu memakai hand band masing-masing. Untuk setiap permainan, kita perlu scan hand band. Mommy daddy boleh turut bermain tau. Have fun together!
Guna imaginasi anda untuk melukis di Kiddomo
Masa ni anak mommy masih segan silu. Baru pertama kali masuk. Belum dapat biasakan diri lagi. Staff Kiddomo ada berdekatan sedia membantu.
Boleh tengok video di atas untuk aktiviti pertama kami di Kiddomo.
Kiddomo | Play and learn together
Nak kena buat apa ni? Nampak tak Amal dah tak keruan melihat kakak menunggang mainan.
Untuk mainan ni, mommy daddy kena main bersama-sama. Ya la anak sebesar anak-anak mommy masih tak faham apa yang perlu dilakukan.
Amal dah tak fokus nak buat aktiviti. Sementara daddy layan Adam dan Anis, mommy bawa Amal dekat dengan unicorn.
Bergambar dengan unicorn je la. Besar sangat nak naik.
Adam dan Anis khusyuk buat aktiviti ini. Mereka perlu ambil gambar muka dan pilih watak apa yang mereka nak jadi.
Bagi mereka berimaginasi sendiri
Tengok lah Adam Anis dan Amal jadi watak apa dalam video di bawah.
Kiddomo | Tunggang Harimau Singa Keldai dan Unicorn
Seterusnya, jom naik tunggangan masing-masing! Ada harimau, singa dan keldai.
Happy kids!
Tak ketinggalan seekor unicorn besar. Mommy boleh naik.
Happy mommy at Kiddomo!
Budak kecik tu pon nak tumpang mommy sekali. Amal tak reti nak gerakkan binatang tu.
Memang khas untuk orang dewasa naik.
Ibu bapa atau orang dewasa boleh bermain bersama-sama anak. Jangan segan silu pula. Rugi tak naik tau. Haha
Lagi best tengok macam mana kami menunggang. Seronok habis walaupon mommy ada rasa segan sikit.
Kiddomo | Baby Gym
Setiap ruang dalam Kiddomo kami jelajah. Rugi lah kan, dah sampai, kenapa tak main puas-puas. Dalam masa yang sama skill motor anak dapat diasah.
Anak berlari, melompat, merangkak, berpusing, dan mengesot.
Seronok. Sudah pasti mommy ketua binaan rumah ini.
Rumah kecil pun nak masuk
Kawan pun tengok macam best je
Kiddomo | See art come to life
Kertas bergambar dan warna krayon disediakan. Anak-anak mommy suka aktiviti mewarna.
Amal khusyuk mewarna
Anis khusyuk mewarna
Adam khusyuk mewarna
Hai cari idea nak kaler ke?
Setelah siap mewarna, scan gambar dan gambar berwarna akan muncul di skrin.
Daddy suruh tulis nama. Senang nampak.
Mommy punya fish
Untuk menghabiskan satu-satu aktiviti di dalam Kiddomo ini tiada had masa. Jadi mommy daddy boleh luangkan masa sehingga anak-anak puas dan penat.
Bila dah penat, perut pon lapar. Nak makan di mana?
Homuri Cafe
Di sini ada kemudahan kafe. Harganya pun berpatutan. Kalau nak makan di luar pon boleh. Macam mommy yang tak rajin nak keluar, makan kat sini je.
Homuri Cafe
Tak menyesal makan kat sini. Nampak sedap dan rasanya memang sedap.
Spageti Bolognese
Mommy rasa 5 minit sahaja habis spageti bolognese ni. Kemudian mommy order satu lagi.
Sedap sangat nih
Amal nak aiskrim. Brownies ni sahaja ada aiskrim.
Brownies ice-cream vanilla
Air pula mommy order air coklat. Perghh sedap sangat.
Kemudahan sambutan hari lahir
Kiddomo Universe ada kemudahan sambutan hari lahir. Siap ada pakej, nak tahu lanjut boleh terus hubungi pihak Kiddomo ya.
Happy birthday Jayden.
Comelnya tema Dinasour
Kiddomo | Dino Discovery
Sampai kat sini saja, mommy daddy dah penat. 3 jam lebih rupanya kami berada di dalam Kiddomo.
Penjaga boleh menunggu dan berehat
Penjaga nak main sekali pon boleh.
Mommy Adam Anis Amal ada dalam bola tu nampak tak?
Mommy masuk ambil gambar sahaja.
Dekat sini sebenarnya ada telur Dinasour. Jadi mereka kena cari telur Dinasour tu dan letakkan di tempat khas. Ada satu sudut pembelajaran sains bagaimana telur itu akan menetas. Tak ada pula gambar.
Ada macam-macam lagi aktiviti seperti pecahkan belon, interactive slide, print and cut to a craft, puzzle, pink panther, Color and see Dino come to life dan kara-o-kid.
Beriya Amal minta mommy ambilkan gambar dengan Dino yang dia warnakan
Craft hasil kita print, gunting dan gamkan
Bergambar kenangan di entrance Kiddomo Universe
Anak-anak gembira kerana dapat merasai pengalaman baru yang mengujakan. Mommy daddy pon turut gembira. Keluar ja Adam dah ajak mommy datang ke sini lagi.
Jom bawa anak-anak ke Kiddomo Universe untuk alami dan rasai keseronokan berimaginasi, bermain dan belajar di sini.