Dugaan di bulan Ramadan | Walaupun puasa dah lepas, mommy nak cerita pengalaman puasa kali ini. Puasa tahun 2018 banyak sungguh dugaan. Amal muntah. Adam demam beberapa kali. Mommy muntah sehingga pitam dan demam. Adam juga muntah beberapa kali dan cirit.
Di awal bulan puasa, Adam demam. Adam hanya demam malam. 4 malam berturut Adam demam. Dalam pada masa yang sama daddy tak ada. Cuba bayangkan bagaimana mommy menjaga anak-anak sendirian sepanjang 3 hari 2 malam ketiadaan daddy.
Adam bila demam, dia jadi manja. Adam nak mommy mandikan. Adam nak tidur mommy peluk.
Bila daddy balik, daddy take over. Fuhh lega sikit. Cuma tidur malam, mommy yang jaga sebab daddy dah penat outstation. Mommy la nak kena jaga dan pastikan suhu Adam tak naik mendadak.
Peperiksaan di bulan puasa
Kesian sungguh anak, selepas sahur terus mandi pakai baju sekolah. Sempat study sebelum pergi sekolah pukul 7.15 pagi. Balik rumah pukul 11 pagi. Bila puasa, adam jadi lapar. Nak elak Adam merengek, mommy suruh Adam tidur sekejap.
link
Pukul 12.30 tengahari Adam pergi sekolah dalam keadaan mengantuk. Balik rumah 6 petang, Adam terus sambung tidur sebab lapar. Adam bangun untuk berbuka puasa. Pukul 8 Adam pergi tusyen. Ada hari Adam tak pergi tusyen sebab mata dah tak boleh buka.
Amal muntah
Macam pelik apabila si kecil ni mengalami muntah-muntah. Mommy rasa perut Amal masuk angin. Apabila kakak dan abang tak makan, Amal pon ikut serta.
Kesian sungguh tengok Amal muntah sampai keluar asid perut warna kekuningan.
Amal pergi bilik air sendiri bila nak muntah. Dah besar anak mommy. Pandai berdikari.
Selepas 12jam, Amal kembali sihat. Terus minta makan aiskrim.
Dah sihat lah tu |
Mommy pening dan muntah
Adik Amal sihat, mommy pula pening. Lepas sejam pening terus muntah. Eh mommy tak ada baby ya. Baru ja habis period. Macam mana nak ada baby.
Adam muntah di sekolah
Petang tu juga cikgu hubungi mommy, bagitahu Adam muntah di sekolah. Cikgu akan hantar Adam pulang ke rumah memandangkan mommy tak ada pengangkutan.
Bermula lah selang seli mommy dan Adam muntah sepanjang hari. Tunggu daddy balik. Pukul 7 juga la daddy balik.
Mommy dah kesejukan. Demam pula. Badan pon sakit. Sambil merengek sakit minta daddy urutkan. Daddy sediakan makanan berbuka yang dia beli kat bazaar ramadan.
Pukul 8.30 mommy dah tak tahan sakit, mommy telan ubat tahan sakit. Daddy dah suap bubur nasi sikit. Buat alas perut sebelum makan ubat tahan sakit.
Dalam berapa minit sahaja, mommy rasa nak muntah. Sambil mengerang kesakitan, daddy beri bakul untuk muntah. Tapi mommy tumbang bersama bakul. Pitam.
Malam tu daddy jadi nurse sampai 3 pagi. Kesian daddy.
Esoknya mommy dah beransur baik sehingga boleh pergi event lagi. Dah janji kan nak pergi event. Rezeki sama mana boleh ditolak.
Puasa kali ini banyak hari juga la nak kena ganti. Dah tak sihat, apa boleh buat. Adam pun tak puasa penuh macam tahun lepas.
Moga tahun depan kita bertemu Ramadan lagi.
allahuakhbar kesian anak2 demam. yang dewasa selalu bertahan ja.. xpe anak2 semua cabaran untuk jadilebih kuat =)
ReplyDelete