5 Cara untuk Meningkatkan Stamina Tanpa Belanja Lebih

5 Cara untuk Meningkatkan Stamina Tanpa Belanja Lebih | Setiap hari kita mengadu mengenai badan kita yang lemah selepas balik dari kerja atau selepas buat kerja rumah. Sedar atau tidak, keupayaan kita melakukan sesuatu berkait dengan stamina pada badan kita. Jika badan kita mempunyai stamina yang tinggi, maka kita akan lebih mudah melakukan kerja tanpa rasa penat dan lesu. Bagaimana untuk meningkatkan stamina tanpa belanja lebih atau tanpa mengeluarkan duit ? 

5 Cara untuk Meningkatkan Stamina Tanpa Belanja Lebih

Pertama sekali adalah melalui pemakanan. Pengambilan makanan seimbang akan membantu badan kita untuk menjana tenaga. Selepas itu, tenaga yang terhasil akan digunakan untuk aktiviti kita seharian. Elakkan makanan yang berminyak dan juga elakkan dari makan makanan yang tidak memberi tenaga pada badan.

Satu fakta yang anda kena tahu, Sumber dari kekacang dapat membantu meningkatkan stamina seseorang kerana kandungan zat besinya yang tinggi. Zat besi berfungsi untuk menambah sel darah merah dan sel ini yang akan membawa oksigen ke seluruh otot yang ada pada badan kita. Betapa pentingnya pemakanan yang betul untuk menjamin stamina yang hebat. 

Cara kedua untuk meningkatkan stamina adalah melalui aktiviti senaman. Kita disarankan untuk melakukan senaman sebanyak 150 minit dalam seminggu.
5 Cara untuk Meningkatkan Stamina Tanpa Belanja Lebih
Gambar sumber google | 5 cara meningkatkan stamina tanpa belanja lebih

Dengan cara ini, ia dapat memberi keseimbangan kepada badan dan dapat membekalkan tenaga pada badan untuk melakukan aktiviti seharian.
Yang Ketiga adalah dengan memastikan mental atau daya tahan otak kita berada di tahap yang tinggi. Seseorang yang mempunyai kekuatan mental yang tinggi dapat membuat pelbagai perkara. Otak merupakan ketua pada badan, ia akan memberi arahan kepada organ lain untuk menstabilkan sesuatu tindak balas yang berlaku dalam badan kita. Jadi kita kena pastikan mental kita berada pada tahap yang terbaik.

Cara keempat untuk meningkatkan stamina tanpa belanja lebih adalah dengan memberikan rehat yang cukup pada badan kita. Kita terlalu sibuk sehingga ada ketika kita sendiri tidak cukup rehat yang akhirnya membawa kepada keletihan, lemah dan lesu. Jika perkara ini berlaku pada anda, pasti anda mempunyai kesukaran dalam mengekalkan stamina.

Solusinya adalah dengan banyakkan berehat untuk memulihkan balik tenaga pada badan kita.

Cara yang terakhir adalah dengan jaga berat badan anda. Sedar atau tidak, berat badan kita setiap hari menggangu kita untuk melakukan kerja. Kalau berat badan anda ideal, tidak ada masalah tetapi jika berat anda tidak ideal sama ada terlebih atau terkurang, ia pasti akan membuatkan stamina anda juga turut terjejas.

Pastikan berat badan anda berada di tahap yang terbaik dan ideal.

Kesimpulannya, jika kita mahu sentiasa kuat ketika melakukan kerja setiap hari, pastikan kita menjaga stamina badan kita. Banyakkan bersenam dan amalkan gaya hidup sihat.  Pastikan anda bersenam sekali dalam 2 minggu atau sekali seminggu. Dengan cara ini, anda mampu untuk mengekalkan dan meningkatkan stamina anda tanpa mengeluarkan belanja yang banyak.


4 comments:

  1. terima kasih mummy atas perkongsian. lin bookmark sini.

    ReplyDelete
  2. hehehe bab jaga berat badan CT da fail sket. bulan posa ni xde turun pun hahaha..

    ReplyDelete