Tengok Dinasour di 99 Wonderland, Selayang

Hari tu kami ke 99 Wonderland yang terletak di Selayang. Daddy bawa kami ke sini sebab ada Dinasour dan pelbagai lagi jenis haiwan. Kemudian masa tu masuk ke 99 Wonderland adalah percuma. 
Keluarga saya
Namun kalau kalian pergi sekarang, masih ada harga promosi seperti di bawah. Tak la mahal pon. Apa yang menariknya 99 Wonderland ni?
Harga tiket 99 Wonderland. Sumber dari http://www.99wonderlandpark.com.my

99 Wonderland

Terdapat banyak tarikan di sini seperti:-
  • Sky Fountain
  • T-Rex Ring
  • Magical Bridge
  • 2 Colourful Water Fountains
  • Bird Square
  • Ostrich Farm
  • Deer Yard
  • Duck Lagoon
  • Golden Waterfall
  • 12 Zodiac Walkway
  • Boardwalk
  • Bird Island
  • I Love BN Sculpture
  • 1Malaysia Sculpture
  • 99 Jetty & 99 Cruise
  • Mara House

Namun, disebabkan masuk percuma, 99 Wonderland terlalu sesak dan kami tak dapat nak luangkan masa di setiap tarikan yang ada. 

Kami masuk melalui Gate 3. Jadi tempat pertama yang kami jumpa adalah Dinasour. Tercapailah hajat daddy nak bawa anak-anak tengok Dinasour. Cuma Amal saja takut.
Adam dan Dino
Anis dan dino
Mommy dan Anis bersama dino
Adam dan Anis bersama dino
Posing sampai puas
Bab bergambar mommy taknak kalah
Eh ada lagi baby dino baru menetas
Besar dino ni dan siap ada bunyi-bunyi
Mommy pon nganga macam dino
Dino Adam
Ini yang lain pula
Ada 4 ekor dinasour. Dua besar, satu kecil dan satu lagi baby. Bunyi dinasour yang buat Amal takut. Langsung tak mahu bergambar.

Seterusnya di atas Sky Fountain ada zirafah. Gambar Sky Fountain pun tak ada sebab penuh orang kat situ. 
Adam bergambar dengan zirafah
Masa masuk tadi, mommy ada dapat peta 99 Wonderland. Namun disebabkan mereka dah jadikan one way, tak perlu nak plan nak mula ke mana dahulu.
link
Kalau kalian pergi sekarang ni, mommy tak pasti masih one way atau tidak. Harapnya tidaklah. Jadi boleh lah rancang nak pergi mana dahulu. 
Peta 99 Wonderland
Sekarang kita sedang berada di hadapan gate utama. Di sini terdapat
  • I Love BN Sculpture
  • 1Malaysia Sculpture
  • 99 Jetty & 99 Cruise
1Malaysia Sculpture, sebelahnya 99 Jetty & 99 Cruise
Nak bergambar punya lah ramai manusia. Jadi ada juga la orang lain. I Love BN pula mommy dapat selfie dengan BN saja. Haha
I Love BN sculpture
Kemudian kami melalui jambatan ke Bird Island. Di sepanjang jambatan ada Duck Lagoon.
Duck Lagoon
Banyak sungguh itik. Tapi kami tak boleh berlama-lama kerana ramai lagi orang nak melalui jambatan ke stesen seterusnya. 
Mommy selfie atas jambatan, di belakang ada banyak itik
Kalau boleh lepak lama-lama, mesti lagi seronok. Banyak pemandangan menarik. Tapi masa mencemburui. Jom tengok gambar apa yang mommy sempat snap.
Angsa berdiri kaki sebelah
Angsa berenang
Burung merak
Arnab
Iguana
Ayam
Burung apa ntah. Haha mommy lupa snap nama
Ayam
Burung merak sedang menjamu selera
Buat apa tu angsa putih? Besar angsa ni
Antara 12 Zodiac Walkway yang sempat mommy snap.
Tikus
Kerbau
Harimau
Harimau dari sisi sisi lain
Arnab
Sebenarnya water fountain ada dua. Tapi yang masuk kamera satu ja.
Water Fountain
Seterusnya kami melalui Golden Waterfall. Masa ni anak-anak muka dah masam berkedut. Masing-masing penat dan lapar.
Sebelah Golden Waterfall
Seterusnya kami melalui kawasan rusa. Nak bagi makan boleh beli makanan mereka.
Deer Yard
Kemudian kami melalui Ostrich Farm. Mommy tak ada gambar sebabnya masa nak ambil gambar tu, Ostrich kencing. Kesian mereka yang ada ada dekat Ostrich tersebut.

Destinasi terakhir adalah Mara House. Nampaj dari jauh sahaja.
Mara House
Akhirnya, tamat pusing satu 99 Wonderland. Lama juga lah kami di situ. Kemudahan tandas dan surau disediakan. Walaupun orang ramai, tandas dijaga rapi.

Kalau mommy tinggal berdekatan, hujung minggu mesti mommy singgah kat sini. Kalau tak sesak dengan ribuan orang, mesti lebih seronok.

26 comments:

  1. bestnya Irra .... tempat2 mcm ni suka nak pergi bawa anak anak, sambil berjalan jalan sambil mengajar anak tentang ilmu alam , hehe ... alahai, kan best kalau ada di Sabah juga....

    ReplyDelete
  2. Kinah pun dah singgah 99 wonderland ni mommy. Masa tu tengah free lagi punya la sesak masa tu. Lagipun kitorang sampai wonderland ni pun dah nak tutup. Lalu je. Nak bergambar pun terlalu ramai masa tu

    ReplyDelete
  3. Macam -macam ada kat sana. Bawa budak-budak happy dorang ni. Eh patung tikus tu, besar. Hihihi terkejut pula.

    ReplyDelete
  4. Wha bestnya. Kena tunggu abi diorang balik operasi nampaknya baru bawa anak anak gi 99 Wonderland. Tak boleh nak pergi sendiri sebab satu jauh kedua takut ak tehandle budak budak nih. Tapi bestlah 99 Wonderland. Anak anak mesti suka

    ReplyDelete
  5. menarik ni, irra.
    wajib pegi ni nanti. bwk anak-anak.
    sure Ijat happy.
    ada surau & tandas, ok la. boleh lepak lama dlm tu.

    ReplyDelete
  6. Wow sekarang ni Dinasour dah mengganas semua tempat mereka ada hehehe tapi tengok sini tempat baru memang macam kena singgah jer nanti wakakakak..

    ReplyDelete
  7. Teringin nak pergi tempat2 camni. Banyak ilmu yang boleh dipelajari oleh anak2 kita dan dapat meluangkan masa untuk anak2 kita. :)

    ReplyDelete
  8. Tak pernah singgah sini lagi. Alehai tak la dekat sangat dengan rumah. Kalau nak menikmati keindahan boleh pergi sini. Malam cantik kot sebab ada lampu-lampu berwarna-warni....

    ReplyDelete
  9. tak sempat singgah lagi walau dekat la jugak...mesti seronok anak2 kalau ke sini..mcm2 boleh tengok kan

    ReplyDelete
  10. Puas cari kat mana la 99 Wonderland. Rupanya kat tajuk rupanya. Hehe. Tiket pun murah, Bella ingat macam rege zoo negara. Seronok juga dpt jenjalan sini tgk haiwan. Yg penting tgk dinosour

    ReplyDelete
  11. Wah... Banyak betul tarikannya ya! Dinosaur tu semua boleh bergerak juga ke atau cuba mengeluarkan suara? Kalau bawak anak-anak kecil mesti sesuai sangat!

    ReplyDelete
  12. Bestnya aktiviti macam ni sesuai untuk bebudak seronok la tengok haiwan macam jenis ni.airah pun nak tengok dino jugakk

    ReplyDelete
  13. well.. not bad at all. anak2
    pasti suka sbb x banyak tempat
    ada dinasor utk mereka lihat
    dgn lebih dekat.. now di HBO pun
    ada kartun dinasor..

    ReplyDelete
  14. Wahhhh kalau bawak anak kecil ke 99 wonderland nie pasti mereka suka. First time dgr nma taman tema nie. Nk terjah jugak nanti

    ReplyDelete
  15. Saya ada plan nak ke sini. Tapi selalu postpone. Hahaha. Bukannya apa sebab dekat dengan rumah. InsyaAllah soon kak soon saya melawat dinosaur ni. Hehe

    ReplyDelete
  16. Uih, Selayang ada theme park?? Menarik ni. Macamana leh tak tau ni.

    ReplyDelete
  17. Haritu nak ajak suami ke sini, tapi dia sibuk je. Banyak juga ye tempat yang ada dekat situ. Sekarang mesti kena bayar agaknya. Nanti ada waktu lapang, bolehla pergi

    ReplyDelete
  18. Murah juga harga dia... Lama tak jejak kaki dekat Selayang.. Tak de la jauh sangat dari rumah.. Nak bawa anak-anak tengok, tapi ada sorang tue, takut sangat dengan dinosour hahhah

    ReplyDelete
  19. wahhh.. nampak macam menarik dan best je.. boleh la pi kalau ada masa nanti.. bawak si kecik harraz .. haha.. mesti dia suka tengok macam-macam ada kat sana.. tiket pun harga mampu milik.. boleh la pi

    ReplyDelete
  20. Wah nice gila tempat ni. Dah masuk dlm list bila ada freetime di hujung minggu..melepas la nak masuk free, seb baik tikext pun masih berpatutan.

    ReplyDelete
  21. waoo... so much to see so much to play and so much snap snap photo here... the giraffe look so real at first... lolz.. for sure will go there one day

    ReplyDelete
  22. hihihi Liez tak pergi tapi kejap je.. sbb weekdays dia tutup 9.30mlm...kami smp 8.45.adik liez smp jam 9 dah tak dibernarkancmasuk. tapi seronok boleh bawak anak-anak

    ReplyDelete
  23. sesuai jadi port bawa anak2 beriadah petang2. bayaran masuk kira reasonable dah tu..

    ReplyDelete
  24. bestnya tempat macam ni, mesti sha excited jugak ni kalau dapat pergi

    ReplyDelete
  25. Bagus review ni...kena share dengan husband ni....biar dia teruja sikit nak bwk anak bini pergi sini... :-)

    ReplyDelete